Cabaran ke Arah Pembentukan Malaysia

1.4   Cabaran ke Arah Pembentukan Malaysia
 
  • Proses pembentukan Malaysia melalui pelbagai cabaran dengan usaha untuk menjelaskan matlamat pembentukan Malaysia sehinggalah menghadapi penentangan daripada negara Indonesia dan Filipina.
 
Imej ini mengandungi teks dalam dua kotak berwarna. Kotak di sebelah kiri berwarna coklat muda dengan teks putih yang berbunyi: ‘Tunku Abdul Rahman dan pemimpin negara kita telah berusaha untuk menyakinkan masyarakat akan tujuan pembentukan Malaysia’. Kotak di sebelah kanan berwarna merah dengan teks putih yang berbunyi: ‘Penolakan rancangan pembentukan Malaysia oleh Sarawak United People's Party (SUPP) kerana mahu membentuk sebuah persekutuan sendiri terdiri daripada Brunei, Sarawak dan Borneo Utara’. Di atas kedua-dua kotak ini, terdapat teks berwarna merah yang berbunyi: ‘CABARAN KE ARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA’.
 
  • Dari tahun 1963 hingga tahun 1966, Indonesia mengisytiharkan konfrontasi terhadap Malaysia kerana menganggap pembentukan Malaysia mengancam kedudukan negaranya.
 
Konfrontasi
  • Bermaksud pertentangan dengan sesuatu pihak
 
  • Cabaran seterusnya adalah daripada negara Filipina. Filipina mendakwa Sabah sebahagian daripada wilayahnya.
 
  • Hubungan tegang Malaysia dengan Indonesia dan Filipina akhirnya kembali pulih.
  • Ketegangan hubungan dapat ditangani hasil permuafakatan pemimpin negara-negara tersebut.
 
  • Pada 16 September 1963, terbentuklah Malaysia setelah melalui pelbagai cabaran.