Matlamat dan Prinsip Rukun Negara

3.3   Matlamat dan Prinsip Rukun Negara
 
Imej ini menunjukkan carta alir yang menerangkan matlamat Rukun Negara. Carta alir ini mempunyai lima kotak bernombor dari 1 hingga 5, setiap kotak mengandungi teks berikut: 1. Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya. 2. Memelihara satu cara hidup demokrasi. 3. Mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. 4. Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak. 5. Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
 
Prinsip
 
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Prinsip Pertama (KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN)
  • bermaksud agama sebagai pegangan utama rakyat Malaysia.
  • dapat melahirkan rakyat yang menghormati amalan beragama masyarakat lain.
  • dapat menyatupadukan masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum.
 
Prinsip Kedua (KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA)
  • setiap warganegara Malaysia memberikan sepenuh taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara.
  • menjadikan masyarakat Malaysia bersatu padu dan mempunyai semangat patriotik.
 
Prinsip Ketiga (KELUHURAN PERLEMBAGAAN)
  • bermaksud Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi negara.
  • tiada institusi yang dapat mengatasi ketertinggian Perlembagaan Persekutuan.
  • menuntut rakyat Malaysia menerima, mematuhi dan mempertahankan kemuliaan perlembagaan.
 
Prinsip Keempat (KEDAULATAN UNDANG-UNDANG)
  • bermaksud setiap rakyat Malaysia perlu menghormati dan mematuhi segala undang-undang yang ditetapkan.
  • dapat menjamin keharmonian masyarakat dan keselamatan negara.
  • kedaulatan undang-undang negara perlu dipertahankan.
 
Prinsip Kelima (KESOPANAN DAN KESUSILAAN)
  • bermaksud amalan nilai murni yang melambangkan keperibadian rakyat Malaysia.
  • dapat membentuk masyarakat yang berdisiplin, berakhlak mulia serta hidup dalam suasana yang harmoni.
  • saling memahami antara satu sama lain serta saling bekerjasama.