Getaran Dan Bunyi

  • Bunyi terhasil melalui getaran, bergerak ke semua arah dan boleh dipantulkan. Sifat-sifat ini memberi banyak faedah kepada manusia apabila digunakan dengan baik. Bunyi membantu hidupan untuk berkomunikasi antara satu sama lain
 
6.1  Getaran Dan Bunyi
 
  • Bunyi terhasil disebabkan oleh getaran dari sumber

  • Bunyi dapat dihasilkan melalui beberapa cara seperti:
  1. Apabila seruling ditiup, udara di dalam seruling bergetar
  2. Apabila xilofon diketuk, bar xilofon bergetar
  3. Tali gitar yang dipetik atau tali biola yang digesek akan bergetar
  4. Kepingan simbal akan bergetar apabila ditepuk

Bunyi bergerak

  • Walaupun berada pada kedudukan yang berbeza, mereka dapat mendengar bunyi siren kereta polis kerana gelombang bunyi yang bergerak ke semua arah
 
Bunyi boleh dipantulkan
  • Apabila bunyi terkena pada suatu permukaan yang keras, bunyi akan dipantulkan semula.

  • Contoh pantulan bunyi adalah seperti dalam gambar di atas
  1. Menjerit di dalam gua
  2. Menjerit di dalam dewan kosong
 
Fenomena pantulan bunyi
  • Gema ialah bunyi yang terhasil apabila bunyi dipantulkan pada permukaan yang keras.

  • Ultrasonik ialah bunyi yang tidak dapat didengar oleh manusia tetapi dapat didengar oleh haiwan seperti kelawar, ikan lumba-lumba dan paus untuk memandu arah dan mengesan lokasi mangsa masing-masing.
  • Dalam bidang perubatan, pantulan bunyi ultrasonik digunakan untuk mengesan organ di dalam badan pesakit atau bayi di dalam kandungan.

  • Sonar ialah teknologi pantulan bunyi ultrasonik yang digunakan untuk mengesan objek di dalam air. 
 
Bunyi yang berfaedah & bunyi yang memudaratkan
  • Faedah bunyi kepada kehidupan seharian:
  1. Bunyi suara membolehkan kita berkomunikasi
  2. Bunyi muzik boleh menghiburkan
  3. Bunyi siren ambulans memberikan isyarat kecemasan
  4. Bunyi deringan telefon memberikan maklumat ada panggilan masuk
  • Kekuatan bunyi diukur dalam unit decibel (dB). Bunyi kuat yang melebihi 85 dB boleh merosakkan telinga kita. 
  • Bunyi yang memudaratkan, contohnya:
  1. Persekitaran yang bising menyebabkan sukar berkomunikasi
  2. Bunyi bising yang keterlaluan boleh menganggu ketenangan dan menyebabkan tekanan emosi
  3. Bunyi bising yang didengar secara kerap atau terlalu kuat boleh menyebabkan masalah pendengaran
 
Mengurangkan pencemaran bunyi
  • Bunyi yang terlalu kuat atau bunyi yang tidak diingini dapat dikurangkan supaya lebih senyap atau kurang jelas.
  • Situasi dan cara untuk mengurangkan pencemaran bunyi:
  1. Petugas di landasan kapal terbang menggunakan pelindung telinga untuk melindungi telinga supaya tidak rosak akibat bunyi pesawat yang terlalu kuat.
  2. Penyerap bunyi seperti permaidani, langsir dan tingkap dapat mengurangkan getaran bunyi.
  3. Penggunaan pokok dapat membantu mengurangkan pencemaran bunyi di persekitaran kita.