Pergerakan Cahaya

  • Sifat cahaya ialah bergerak lurus, boleh dipantulkan dan boleh dibiaskan. Cahaya amat penting kerana ia membolehkan kita melihat persekitaran. Sifat-sifat cahaya ini juga memberi banyak kebaikan kepada manusia melalui pelbagai aplikasi.
 
5.1  Pergerakan Cahaya
 
  • Cahaya bergerak daripada sumber cahaya dalam garis lurus
 
Contoh situasi cahaya bergerak lurus
  • Cahaya matahari terpancar melalui celah-celah pokok

  • Lampu sorot di atas pentas

Kejelasan bayang-bayang objek
  • Bayang-bayang terbentuk apabila cahaya terhalang oleh sesuatu objek
  • Kejelasan bayang-bayang yang terbentuk berbeza mengikut jenis objek yang menghalangnya, sama ada:
  1. Lut sinar
  2. Lut cahaya
  3. Legap

  • Lut sinar adalah ciri sesuatu objek (sebagai contoh, plastik jernih) yang membenarkan semua cahaya melaluinya
  • Lut cahaya adalah ciri sesuatu objek (sebagai contoh, plastik berwarna) yang membernarkan sebahagian cahaya melaluinya
  • Legap adalah ciri sesuatu objek (sebagai contoh, kad manila) yang tidak membenarkan cahaya melaluinya
 
Faktor yang mempengaruhi saiz bayang-bayang

Dua faktor yang mempengaruhi saiz bayang-bayang

  1. Jarak di antara objek dengan sumber cahaya
  2. Jarak di antara objek dengan skrin

  • Semakin bertambah jauh jarak di antara objek dengan sumber cahaya, semakin mengecil saiz bayang-bayang.
  • Semakin bertambah jauh jarak di antara objek dengan skrin, semakin membesar saiz bayang-bayang. 
 
Faktor yang mempengaruhi bentuk bayang-bayang

  • Kedudukan sumber cahaya menjadikan bentuk bayang-bayang berbeza
  • Kedudukan/orientasi objek yang diubah-ubah juga boleh menghasilkan bentuk bayang-bayang yang berbeza-beza