Kemahiran Proses Sains

  • Kemahiran saintifik adalah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan saintifik dalam mengenal pasti soalan dan masalah yang dapat dijawab melalui proses saintifik & membuat kesimpulan berdasarkan fakta yang diperoleh untuk lebih memahami dunia dan perubahan yang dialamainya disebabkan aktiviti oleh manusia, sekali gus dapat membantu manusia dalam membuat keputusan.
 
1.1  Kemahiran Proses Sains
 
Kemahiran proses sains merangkumi

  • memerhatikan kualiti
  • menimbang/mengira kuantiti
  • mengasingkan/mengelaskan
  • membuat kesimpulan awal
  • meramal
  • menjalankan eksperimen
  • berkomunikasi
 
Menggunakan perhubungan ruang dan masa

Menggunakan perhubungan ruang dan masa adalah kemahiran untuk memerihalkan perubahan sesuatu kejadian atau fenomena berdasarkan perubahan parameter seperti lokasi, arah, bentuk, ukuran, isipadu dan berat mengikut urutan masa
Dalam eksperimen di atas, bentuksaiz ais krim adalah perubahan parameter.
Perhubungan ruang-masa dalam situasi di atas adalah, seiring dengan bertambahnya waktu, bentuk ais krim menjadi semakin tidak rata dan saiznya berkurang.
 
Mentafsirkan data
Kemahiran memberikan penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada data yang dikumpulkan
 
Mendefinisi secara operasi
Kemahiran memberikan definisi tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang dapat dilakukan dan diperhatikan.
 
Mengawal pemboleh ubah
Pemboleh ubah ialah sesuatu yang boleh berubah dalam sesebuah penyiasatan.

Jenis-jenis pemboleh ubah:

  • Pemboleh ubah dimanipulasi (pemboleh ubah tidak bersandar dalam eksperimen yang boleh diubah/dimanipulasi)
  • Pemboleh ubah malar (tidak berubah sepanjang eksperimen)
  • Pemboleh ubah bergerak balas (sesuatu yang "bertindak balas" terhadap perubahan yang dibuat dalam eksperimen)
 
Membuat hipotesis
Kemahiran membuat pernyataan umum awal yang boleh diuji tentang hubungan antara pemboleh ubah dalam sesuatu penyiasatan.
Sesuatu hipotesis dapat disahkan/diperakui dengan menjalankan eksperimen.
 
Mengeksperimen
Kemahiran merancang & menjalankan penyiasatan untuk menguji sesuatu hipotesis dengan mengumpulkan dan mentafsirkan data bagi membuat kesimpulan daripada penyelidikan tersebut

Langkah-langkah untuk merancang eksperimen:

  1. Mengenal pasti masalah & membuat pernyataan masalah
  2. Membuat hipotesis
  3. Mengawal pemboleh ubah
  4. Menyenaraikan alat dan bahan
  5. Merancang langkah-langkah untuk menguji hipotesis
Hipotesis dapat diuji dan disahkan dengan menjalankan eksperimen menggunakan langkah-langkah yang telah kita rancang sebelumnya.
Setelah menjalankan eksperimen, data dikumpulkan dan data ditafsir.
Berdasarkan tafsiran data yang telah dibuat, kita dapat menentukan sama ada hipotesis diterima atau tidak