Struktur Kod Arahan

 
3.2 Struktur Kod Arahan
 

Empat struktur kawalan dalam pengaturcaraan adalah :

  1. Struktur kawalan jujukan
  2. Struktur kawalan pilihan
  3. Struktur kawalan pilihan bersarang
  4. Struktur kawalan ulangan
 
Struktur kawalan jujukan
 
  • Struktur ini melaksanakan kod arahan baris demi baris dari atas ke bawah secara linear
  • Sesuai untuk permasalahan yang mudah
 
Struktur kawalan pilihan
 
  • Struktur ini melaksanakan aturcara mengikut syarat tertentu mengikut yang telah ditetapkan oleh pengaturcara
  • Terdapat 3 jenis kaedah kawalan pilihan iaitu :
    • Pilihan tunggal
      • IF
    • Dwi pilihan
      • IF . . .
        ELSE . . .
    • Pelbagai pilihan
      • IF . . .
        ELSE IF . . .
        ELSE . . .
 
 
Struktur kawalan pilihan bersarang
 
  • Struktur bersarang adalah melibatkan dua struktur kawalan pilihan yang berada dalam struktur kawalan pilihan yang lain
 
 
Struktur kawalan ulangan
 
  • Struktur kawalan ulangan akan mengarahkan atur cara supaya melaksanakan arahan selagi syarat tidak dicapai
  • Ia mempunyai gegelung (loop) iaitu bahagian aturcara yang mempunyai syarat dan kenyataan untuk diulang
  • Terdapat dua jenis iaitu:
    • Gegelung for
    • Gegelung while
 

Menguji atur cara dan membaiki ralat

  • Terdapat 3 jenis ralat yang mungkin berlaku semasa aturcara dilaksanakan iaitu ralat sintaks, ralat logik dan ralat masa larian
  • Ralat sintaks mudah dikenalpasti kerana penterjemah Python akan memberitahu tempat berlaku kesilapan pengaturcaraan. 
    Jika ralat ini berlaku, pengompilan aturcara tidak dapat dilakukan sehingga ianya diperbetulkan.
  • Ralat logik pula sukar dikesan berbanding dengan ralat sintaks. Atur cara boleh dilaksanakan dengan jayanya tanpa memaparkan sebarang mesej ralat atau terhenti secara tiba-tiba. Ia boleh dikesan berdasarkan output yang dipaparkan. Output yang dipaparkan adalah salah atau tidak sepatutnya.
  • Ralat larian boleh berlaku apabila aturcara tiba-tiba berhenti atau aturcara tidak boleh berhenti. Ia juga berlaku apabila nilai yang dimasukkan adalah tidak sama dengan nilai yang diisytiharkan.