Algoritma

 

Bab ini adalah tentang pembangunan algoritma, yang mana anda akan belajar tentang struktur kawalan pilihan bersarang dan ulangan. Selain itu, anda akan belajar menggunakan pseudokod dan carta alir, mengesan dan membaiki ralat dalam penyelesaian masalah.

 
2.1 Pembangunan algoritma
 
 
  Algoritma  
 
  • Satu set langkah untuk menyelesaikan sesuatu tugas yang terdiri daripada prosidur yang tersusun
  • dibangunkan sebelum proses pembangunan aturcara
 
     
 
 
  Struktur kawalan pilihan bersarang  
 
  • Terdiri daripada satu struktur kawalan yang terbenam dalam satu struktur kawalan yang lain
  • Berlaku apabila kejadian satu struktur kawalan diikuti dengan satu struktur kawalan yang lain secara serentak
 
     
 

Di bawah adalah contoh carta alir struktur kawalan pilihan bersarang.

 
  • Berdasarkan carta alir di atas syarat "kereta buatan malaysia merupakan syarat pertama, jika syarat pertama tidak dipenuhi maka syarat kedua iaitu "harga kurang RM5000" akan dinilai.
  • Kedua syarat-syarat ini akan disemak secara serentak dalam proses membuat keputusan.
 
 

MULA

Masuk ke kedai buku

Jika ada buku rujukan ASK

     Semak kandungan

          Jika memenuhi sukatan pelajaran

               Beli buku rujukan

          Jika tidak

                    Keluar dari kedai buku

Jika Tidak

     Keluar dari kedai buku

TAMAT

 
  • Pseudokod di atas menunjukkan struktur kawalan pilihan bersarang dengan dua pilihan syarat
  • Syarat pertama dinilai serentak dengan syarat kedua. Dengan kata lain, syarat kedua bersarang dalam syarat pertama.
 
 
  Struktur kawalan ulangan  
 
  • Terdiri daripada satu set langkah atau arahan yang sentiasa berulang sehingga suatu syarat dipenuhi
 
     
 
  • Set langkah-langkah tersebut dikenali sebagai gelung (loop) dan setiap ulangan gelung dikenali lelaran (iteration)
  • Struktur kawalan ulangan dibahagikan kepada
    • Struktur kawalan ulangan for
    • Struktur kawalan ulangan while
  • Struktur kawalan ulangan for melakukan ulangan bagi sesuatu pernyataan untuk bilangan yang tertentu. Bilangan ulangan dikawal oleh sesuatu nombor disebut pembilang.
  • Pembilang akan mengawal bilangan ulangan yang akan berubah pada setiap kali ulangan dilakukan.
  • Dalam struktur kawalan ulangan while, ulangan dilaksanakan selagi syarat yang diuji adalah benar. Bilangan ulangan ditentukan oleh syarat yang ditetapkan.
 
 
  1. MULA
  2. Hadir ke hospital
  3. Serahkan kad pengenalan
    • Jika YA, paparkan "Anda akan dilayan sekejap lagi
    • Jika TIDAK, ulang langkah 2
  4. Paparkan "Anda akan dilayan sekejap lagi
  5. Melalui proses saringan untuk menentukan tahap kesihatan
    • Jika YA, paparkan "Keputusan anda akan diketahui..."
    • Jika TIDAK, ulang langkah 4
  6. Paparkan "Keputusan anda akan diketahui..."
  7. Menemui doktor pakar untuk rawatan
    • Jika YA, paparkan "Keputusan anda akan diketahui..."
    • Jika TIDAK, ulang langkah 6
  8. Menerima keputusan untuk pendaftaran kemasukan ke wad
    Jika YA, masuk wad
    TAMAT jika
  9. TAMAT

Arahan yang digaris merupakan syarat-syarat yang perlu dipenuhi, jika tidak setiap syarat perlu diulangi.

 
Di bawah adalah contoh carta alir struktur kawalan ulangan.
 
Di bawah adalah contoh carta alir dan pseudokod struktur kawalan ulangan while.
 
  1. Mula
  2. Masukkan nilai 'm' dan 'n'
  3. Selagi 'm' lebih besar dari 'n'
              Paparkan m,n
  4. Ulang langkah 3
  5. Tamat
 
 
   Perbezaan    Struktur kawalan ulangan for Struktur kawalan ulangan while
Pembilang Pembilang dinyatakan dalam bentuk nombor Tiada pembilang di tetapkan
Syarat Syarat di tentukan oleh pembilang Syarat ditetapkan dalam bentuk benar atau palsu (boolean)
 

Semasa merangka algoritma, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian supaya algoritma yang dihasilkan dapat memaparkan output yang tepat;

  • Pengisytiharan pemboleh ubah
  • Pernyataan kawalan ulangan for atau while
  • Nilai input dan output
  • Penetapan dan pengujian syarat atau pembilang
 
 

Mengesan dan membaiki ralat dalam pseudokod dan carta alir

 
  Ralat  
  Kesilapan atau kesalahan dalam proses pembangunan aturcara segmen kod.  
     
 

Terdapat 3 jenis ralat;

  • Ralat logik
  • Ralat sintaks
  • Ralat masa larian
 
  Ralat logik  
  Kesilapan yang menyebabkan aturcara memberi output yang tidak dijangka dan ini sering berlaku semasa pembangunan algoritma  
     
 
  Ralat sintaks  
  Kesilapan dalam penggunaan bahasa pengaturcaraan seperti kesilapan ejaan atau tatabahasa  
     
 
  Ralat masa larian  
  Kesilapan yang akan menyebabkan aturcara terhenti secara tiba-tiba tanpa diduga semasa menjalankan ujian (run)  
     
 

Dua teknik pengesanan ralat;

  • Teknik semakan meja
  • Teknik langkah demi langkah
 
 
Menggunakan pseudokod dan carta alir dengan menggabungkan pelbagai struktur kawalan
 
  • Proses penyelesaian masalah yang lebih kompleks memerlukan masalah tersebut dileraikan kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil untuk memudahkan proses pembentukan algoritma.
  • Algoritma boleh bertindak sebagai plan penyelesaian yang berkesan untuk menyelesaikan masalah.
  • Berikut adalah langkah-langkah untuk menghasilkan algoritma yang menggabungkan pelbagai struktur kawalan;
    • Mengenalpasti masalah
      Membuat analisis tentang punca masalah dan membahagikan masalah tersebut kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil
    • Merangka algoritma penyelesaian
      Mengenalpasti proses-proses yang terlibat dalam penyelesaian masalah termasuk masalah-masalah yang kecil. Pembina algoritma boleh menjangka output yang akan dihasilkan
    • Menyusun langkah-langkah algoritma
      Maklumat dari rangka algoritma dimurnikan supaya susunan langkah-langkah penyelesaian lebih tepat dan mampu menghasilkan output yang diingini.