Persekitaran Kod Arahan

 
3.1 Persekitaran Kod Arahan
 
 
  Kod arahan  
  Satu arahan yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan untuk mengarahkan komputer melaksanakan sesuatu tugas.  
     
 

Contoh bahasa pengaturcaraan komputer adalah seperti;

  • Scratch
  • HTML
  • Python
 
  Persekitaran kod arahan  
  Persediaan terhadap peralatan dan perisian yang diperlukan untuk menulis kod arahan.  
     
 

Contoh keperluan kepada kod arahan adalah seperti;

  • Perisian aplikasi bahasa pengaturcaraan
  • Perkakasan komputer
  • Sambungan internet
  • Pelayar web
 

Penterjemah bahasa pengaturcaraan adalah;

  • Penghimpun (assembly)
  • Pengkompil (compiler)
  • Pentafsir (interpreter)
 
  Pemboleh ubah  
  Ruang simpanan data supaya komputer dapat memproses data yang dimasukkan oleh pengguna  
     
 

Jenis data yang digunakan sebagai pemboleh ubah;

  • Integer
  • Double
  • Boolean
  • Char
  • String
 
  Integer  
 
  • Nombor yang tidak mengadungi bahagian pecahan dan tidak mempunyai titik perpuluhan
  • Terdiri daripada nombor negatif, sifar dan nombor positif
  • Pengisytiharan dalam Python adalah >>> a = int nombor
 
     
 
  Double  
 
  • Sejenis data yang mengandungi bahagian pecahan atau nombor perpuluhan
  • Boleh terdiri dari nombor negatif dan nombor positif dalam bentuk nombor perpuluhan atau pecahan
  • Python tidak mempunyai double, diganti dengan float
  • 64 bit diperuntukkan untuk jenis data double
 
     
 
  Char  
 
  • Jenis data yang digunakan untuk mewakili aksara (character) yang terdiri daripada huruf abjad, angka dan simbol.
  • Python tidak mempunyai Char, diganti dengan String
 
     
 
  String  
 

Satu perkataan yang dibina daripada aksara.

 
     
 
 
Fungsi Tujuan
Tanda [   ] atau [  :  ] Mencapai satu aksara atau lebih dalam string
len (  ) Menghitung bilangan aksara dalam string
Simbol  + Menggabungkan dua string tanpa ruang kosong
Simbol , Menggabungkan dua string dengan satu ruang kosong
Simbol * Mengulang string dengan bilangan yang dinyatakan
Join (  ) Menambah aksara diantara setiap aksara
 
  Boolean  
 
  • Mempunyai dua nilai iaitu benar dan palsu yang digelar nilai logik
  • Nilai 0 untuk palsu, 1 untuk benar
  • Digunakan dalam struktur kawalan pilihan dan struktur kawalan ulangan
  • Menggunakan operator perbandingan iaitu >, <, >=, <=
 
     
 
 
  Pemboleh ubah  
  Storan ingatan dalam komputer yang digunakan oleh atur cara untuk mewakili data yang dimasukkan oleh pengguna  
     
 
  • Semasa pengisytiharan pemboleh ubah, ruang ingatan dalam komputer ditempah berdasarkan jenis data yang diberi kepada pemboleh ubah
  • Contoh pengisytiharan pemboleh ubah;
    • subjek = str ("sains komputer")
  • Syarat untuk mengisytiharkan pemboleh ubah
    • Nama pemboleh ubah hanya boleh mengandungi aksara dan digit
    • Nama pemboleh ubah harus menggambarkan nilai yang dipegang
    • Nama pemboleh ubah tidak boleh bermula dengan nombor
    • Nama pemboleh ubah tidak boleh ada ruang kosong
  • Pemalar bertindak seakan-akan pemboleh ubah dan boleh menyimpan sesuatu nilai dengan tetap dalam ingatan komputer
  • Perbezaan utama ialah nilai sesuatu pemalar tidak akan berubah menjadi nilai yang lain semasa pelaksanaan atur cara
 
Fungsi input
 
  • Digunakan untuk mendapatkan data dari pengguna melalui segmen kod yang dibina
  • C++ sintaks umumnya : cin>>
  • C sintaks umumnya : scanf( )
  • Java sintaks umumnya : system.in
  • Python sintaks umumnya : input ( )
 
 
Fungsi output
 
  • Merujuk kepada maklumat yang dipaparkan pada skrin komputer yang dihasilkan melalui segmen kod atau data yang dimasukkan oleh pengguna
  • C++ sintaks umumnya : cout<<
  • C sintaks umumnya : printf( )
  • Java sintaks umumnya : system.out
  • Python sintaks umumnya : print ( )
 
 
 
Operator perbandingan
 
  • Digunakan untuk membandingkan nilai di sebelah kiri operator dengan nilai di sebelah kanan operator. Hasil kepada perbandingan ini adlaah nilai logik benar atau palsu.
Operator Maksud
== Sama dengan. Contoh a==b
!= Tidak sama dengan. Contoh a!=b
> Lebih besar daripada. Contoh a>b
< Lebih kecil daripada. Contoh a
>= Lebih besar atau sama dengan. Contoh a>=b
<= Lebih kecil atau sama dengan. Contoh a<=b
 
 
Operator logik
 
  • Digunakan dalam suatu ungkapan algebra ringkas untuk mendapatkan nilai boolean, iaitu benar atau palsu
Operator logik Penerangan
AND (DAN) Keadaan menjadi benar jika kedua-dua nilai operan adalah benar
OR (ATAU) Keadaan menjadi benar jika salah satu nilai operan adalah benar
NOT (TAK) Menyongsangkan seluruh keadaan logik operan
 
Operator tambahan operasi matematik dalam kod aturcara
   Operator    Nama Penerangan
% Modulus Operan kiri dibahagikan dengan operan kanan. Baki pembahagian dipaparkan
**     Eksponen    Operan kiri dikuaskan mengikut nilai operan kanan
// Floor division Operan kiri dibahagikan dengan operan kanan. Hasil pembahagian tanpa nilai baki dipaparkan
 
 
  Ralat  
  Kesilapan atau kesalahan dalam proses pembangunan aturcara.  
     
 
 

Ralat sintaks terjadi disebabkan;

  1. Penggunaan sintaks yang tidak betul
  2. Ejaan sintaks tidak betul
  3. Penggunaan simbol dan tatatanda yang salah
  4. Meletakkan sintaks pada tempat yang salah
  5. Penggunaan inden yang salah
 
  • Teknik langkah demi langkah boleh digunakan untuk mengesan dan membaiki ralat
  • Ralat masa larian akan menyebabkan pelaksanaan segmen kod terhenti secara tiba-tiba tanpa diduga
 

Ralat masa larian terjadi disebabkan;

  1. Pembahagian dengan sifar
  2. Melaksanakan operasi untuk dua pemboleh ubah yang berlainan jenis data
  3. Menggunakan pemboleh ubah, fungsi, modul atau objek yang belum ditakrifkan
  4. Mengakses nilai pustaka atau objek atribut yang tidak wujud
  5. Mengakses fail yang tidak wujud
 
  • Ralat logik tidak menggangu pelaksanaan segmen kod. Ralat logik disebabkan kecuaian pengaturcara
 

Ralat logik terjadi disebabkan;

  1. Pemanggilan pemboleh ubah yang salah
  2. Penggunaan nombor bulat atau nombor perpuluhan yang tidak betul atau bukan di tempat yang sepatutnya
  3. Penggunaan operator pengendali yang salah
  4. Kesilapan dalam ungkapan boolean
  5. Penggunaan ruang jarak yang salah