Sistem Nombor Perlapanan

1.1 Sistem Nombor Perlapanan
 
Pengenalan kepada Nombor Perlapanan
  • Sistem nombor perlapanan juga dikenali sebagai Sistem Asas 8 atau sistem nombor oktal.
  • Nombor perlapanan terdiri daripada lapan nombor iaitu \(0\,,1\,,2\,,3\,,4\,,5\,,6\,,7\).
  • Dalam pengkomputeran, sistem nombor perlapanan adalah penting kerana merupakan salah satu sistem nombor yang digunakan untuk mewakili nombor perduaan yang bertindak sebagai bahasa mesin.
  • Sistem nombor perlapanan digunakan kerana dapat saling bertukar kepada sistem nombor perduaan dan sebaliknya dengan mudah.
  • Nombor perduaan yang panjang dapat diwakili oleh nombor perlapanan yang lebih pendek dan kemas.
 
Nilai Tempat Nombor Asas 8
\(8^3\) \(8^2\) \(8^1\) \(8^0\)
   \(512\)       \(64\)       \(8\)       \(1\)   
 
1.1.1 Perbezaan antara Nombor Perlapanan dan Nombor Perpuluhan
Sistem Nombor Perpuluhan
  • Sistem nombor perpuluhan atau disebut sistem nombor desimal menggunakan digit-digit \(0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8\) dan \(9\) untuk mewakilkan sebarang nombor.
  • Sistem nombor perpuluhan digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian kita.
  • Contohnya dalam bidang perbankan, kita mesti mengira wang dengan menggunakan sistem nombor perpuluhan.
  • Sistem nombor ini juga dikenali sebagai Sistem Asas \(10\) kerana terdapat sepuluh pilihan digit, iaitu bermula daripada \(0\) hingga \(9\)
  • Sistem nombor ini ditanda dengan subskrip \(10\) di hujung nombor tersebut.
  • Contohnya, nombor perpuluhan \(1025\) ditulis sebagai \(1025_{10}\).
  • Setiap digit dalam sistem nombor perpuluhan mempunyai nilai tempatnya yang tertentu.
  • Nilai tempat sistem nombor perpuluhan ialah \(1, 10, 100, 1000, 10 000\) dan seterusnya.
  • Nilai sesuatu digit dikira dengan mendarabkannya dengan nilai tempatnya.
Sistem Nombor Perlapanan
  • Sistem nombor perlapanan atau disebut sistem nombor oktal menggunakan digit-digit \(0, 1, 2, 3, 4, 5, 6\) dan \(7\) untuk mewakilkan sebarang nombor.
  • Sistem nombor perlapanan juga dikenali sebagai Sistem Asas \(8\) kerana terdapat lapan pilihan digit bermula daripada \(0\) hingga \(7\).
  • Apabila kita membilang secara perlapanan, selepas \(7\) adalah \(10\) kerana sistem perlapanan tidak mempunyai digit \(8\).
  • Nombor dalam sistem nombor perlapanan ditanda dengan subskrip 8 pada hujung nombor tersebut.
  • Contohnya, nombor perlapanan \(2001\) akan ditulis sebagai \(2001_8\).
  • Setiap digit dalam sistem nombor perlapanan mempunyai nilai tempatnya yang tertentu.
  • Nilai tempat sistem nombor perlapanan ialah \(1, 8, 64, 512\) dan seterusnya.

Perbezaan antara Nombor Perlapanan dan Nombor Perpuluhan
 
Sistem Nombor Perlapanan Sistem Nombor Perpuluhan
Sistem asas lapan. Sistem asas sepuluh.
Sistem nombor oktal. Sistem nombor desimal.
Ditanda dengan subskrip \(8\). Ditanda dengan subskrip \(10\).
Mempunyai lapan pilihan digit. Mempunyai sepuluh pilihan digit.
Nilai tempat : \(1,8,64,...\) Nilai tempat: \(1,10,100,...\)
 
1.1.2 (i) Penukaran Nombor Perpuluhan kepada Nombor Perlapanan
Langkah-Langkah Penukaran 
  1. Dapatkan satu nombor perpuluhan.
  2. Jika nombor tersebut lebih besar dari \(7\), maka bahagikan dengan \(8\).
  3. Hasil bahagi dan bakinya dicatatkan.
  4. Langkah 2 dan 3 diulangi sehingga bakinya tidak boleh dibahagi lagi.
  5. Tuliskan semua hasil baki dari bawah ke atas.
Contoh

Tukarkan nombor perpuluhan \(78\) kepada nombor perlapanan.

  \(78\div8=9\)     baki \(6\)  
\(9\div8=1\) baki \(1\)
\(1\div8=0\) baki \(1\)

Oleh itu, nombor perlapanan adalah \(116_8\).

1.1.2 (ii) Penukaran Nombor Perlapanan kepada Nombor Perpuluhan
Langkah-Langkah Penukaran 
  1. Bina jadual nilai tempat nombor perlapanan. Bermula lajur kanan ke kiri, isikan nombor perlapanan.
  2. Dapatkan hasil darab nombor perlapanan dengan nilai tempat nombor perlapanan.
  3. Jumlah hasil darab nombor perlapanan dengan nilai tempat nombor perlapanan.
Contoh

Tukarkan nombor perlapanan \(127_8\) kepada nombor perpuluhan.

Nilai tempat \(8^2=64\) \(8^1=8\) \(8^0=1\)
  Nombor perlapanan   \(1\) \(2\) \(7\)
Jumlah   \((64\times1)+(8\times2)+(1\times7)=87\)  

Oleh itu, nombor perpuluhan adalah \(87_{10}\).

1.1.2 (iii) Penukaran Nombor Perlapanan kepada Nombor Perduaan
Digit-digit dalam Nombor Perlapanan dan Perwakilannya dalam Nombor Perduaan
 
Nombor Perlapanan Nombor Perduaan
\(0\) \(000\)
\(1\) \(001\)
\(2\) \(010\)
\(3\) \(011\)
\(4\) \(100\)
\(5\) \(101\)
\(6\) \(110\)
\(7\) \(111\)
Langkah-Langkah Penukaran
  1. Kenalpasti dan pisahkan digit-digit dalam nombor perlapanan.
  2. Tukarkan digit-digit nombor perlapanan kepada nombor perduaan seperti rajah di atas.
  3. Cantumkan nombor-nombor perduaan dari kiri ke kanan.
Contoh

Tukarkan nombor perlapanan \(137_8\) kepada nombor perduaan.

Nombor perlapanan \(1\) \(3\) \(7\)
  Digit nombor perduaan     \(001\)     \(011\)     \(111\)  
Nombor perduaan \(1011111_2\)

Oleh itu, nombor perduaan adalah \(1011111_2\).
Nota: Leading zero dua sifar di hadapan tidak perlu ditulis.

1.1.2 (iv) Penukaran Nombor Perduaan kepada Nombor Perlapanan
Kaedah untuk Menukarkan Nombor Perlapanan kepada Nombor Perduaan
  • Terdapat dua kaedah untuk menukarkan nombor perlapanan kepada nombor perduaan iaitu:
    • Kaedah pengumpulan tiga digit nombor perduaan dan tukarkan kepada nombor perlapanan
    • Kaedah pengiraan
Langkah-Langkah Menggunakan Kaedah Pengumpulan Tiga Digit Nombor Perduaan
  1. Kumpulkan tiga digit nombor perduaan dari kanan ke kiri.
  2. Kalau perlu boleh tambah nombor sifar (\(0\)) pada nombor paling kiri untuk cukupkan \(3\) digit nombor perduaan.
  3. Setiap kumpulan tiga digit, tukarkan kepada nombor perduaan.
Contoh

Tukarkan nombor peduaan \(10110011_2\) kepada nombor perlapanan.

Nombor perduaan     \(1\) \(0\) \(1\) \(1\) \(0\) \(0\) \(1\) \(1\)
Kumpulan tiga digit    \(010\)       \(110\)       \(011\)   
   Nombor perlapanan    \(2\) \(6\) \(3\)

Oleh itu, nombor perlapanan adalah \(263_8\).

Langkah-Langkah Menggunakan Kaedah Pengiraan
  1. Bahagikan digit-digit nombor perduaan kepada kumpulan tiga digit.
  2. Setiap digit didarabkan dengan nilai tempat masing-masing bagi nombor perduaan.
  3. Hasil darab dijumlahkan dalam kumpulan masing-masing.
  4. Hasil akhir dicantumkan menjadi nombor perlapanan.
Contoh

Tukarkan nombor perduaan \(100101110_2\) kepada nombor perlapanan.

Nombor perduaan \(1\) \(0\) \(0\) \(1\) \(0\) \(1\) \(1\) \(1\) \(0\)
Kumpulan tiga digit \(100\) \(101\) \(110\)
Nilai tempat \(4\) \(2\) \(1\) \(4\) \(2\) \(1\) \(4\) \(2\) \(1\)
Jumlah    \((4\times1)=4\)    \((4\times1)+(1\times1)=5\) \((4\times1)+(2\times1)=6\)

Oleh itu, nombor perlapanan adalah \(456_8\).

1.1.3 Penukaran Kod ASCII kepada Nombor Perlapanan berdsaarkan Aksara yang Diberi
  • Komputer hanya boleh memproses nombor perduaan yang mempunyai dua digit iaitu \(0\) dan \(1\) yang dikenali sebagai bit iaitu unit data terkecil.
  • Satu bait bersamaan dengan \(8\) bit.
Skema Pengekodan
  • Gabungan \(0\) dan \(1\) yang berbeza dalam \(1\) bait boleh mewakili sehingga \(256\) aksara yang berbeza.

Imej ini menunjukkan carta yang menerangkan ASCII. Terdapat bulatan besar di tengah dengan teks ‘ASCII’. Terdapat empat bulatan kecil yang mengelilinginya, setiap satu disambungkan dengan garis putus-putus. Bulatan-bulatan kecil mengandungi teks berikut: 1. ‘Singkatan kepada American Standard Code for Information Interchange’ 2. ‘Digunakan untuk mewakili teks dalam komputer dan alat telekomunikasi yang lain’ 3. ‘Sistem pengekodan yang paling luas’ 4. ‘Kod utama dalam bentuk nombor perpuluhan’ Di bahagian bawah carta, terdapat logo Pandai.

Contoh

Tukarkan kod ASCII "G" kepada nombor perlapanan.

Kod ASCII "G" dalam nombor perpuluhan = \(71\)

   \(71\div8=8\)       baki \(7\)   
\(8\div8=1\) baki \(0\)
\(1\div8=0\) baki \(1\)

Oleh itu, dalam nombor perlapanan adalah \(107_8\).

1.1.4 Perkaitan antara Nombor Perlapanan dan Kod ASCII dalam Bahasa Mesin
  1. Kod aturcara komputer ditulis dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti Scratch, java dan Python.
  2. Komputer tidak boleh memahami bahasa pengaturcaraan ini kecuali ditukarkan kepada kod mesin.
  3. Pengekodan ASCII yang menggunakan nombor perduaan digunakan supaya manusia dapat berinteraksi dengan komputer.
  4. Proses pemindahan aksara dari papan kekunci ke unit peprosesan pusat (CPU) dan paparan pada skrin:
    • Apabila pengguna menekan kekunci "H" sebagai input.
    • Kod ASCII "\(0100\,1000\)" akan dihantar ke CPU melalui sistem bas.
    • Isyarat elektronik kod ASCII akan dihantar kepada ruang ingatan untuk disimpan.
    • CPU akan memaparkan semula huruf H hasil dari pemprosesan tersebut pada skrin.