21: Perjanjian Hudaibiyah dan Pembukaan Kota Mekah

21 Perjanjian Hudaibiyah dan Pembukaan Kota Mekkah
 
Kronologi Perjanjian Hudaibiyah
1.

Rasulullah SAW bermimpi

  • Baginda memasuki Masjidil Haram.
  • Mengambil kunci Kaabah.
  • Melaksanakan umrah bersama para sahabat.
  • Para sahabat gembira dan menyambut mimpi itu dengan baik.
2.

Rasulullah SAW bertolak ke Mekkah

  • Pada hari Isnin, awal bulan Zulhijjah, tahun ke-6 Hijrah.
  • Bersama 1400 orang sahabat dengan pedang bersarung.
3.

Untuk melaksanakan umrah

  • Rasulullah SAW dan para sahabat berhenti di Zulhulaifah untuk berniat umrah.
  • Mereka membawa binatang korban.
4.

Musyriqin Mekkah

  • Dapat tahu tentang rombongan Rasulullah SAW.
  • Tidak membenarkan mereka memasuki Mekkah.
5. Khalid bin Walid dan tenteranya (200 orang)
  • Cuba menghalang Rasulullah SAW.
  • Di Kura' Al-Ghamim.
  • Rasulullah SAW melalui jalan lain untuk mengelakkan pertembungan dengan mereka.
6. Rasulullah SAW berhenti di Hudaibiyah
  • Dikunjungi oleh Budail bin Warqa'
    • Perantara Rasulullah SAW dan musyriqin Quraisy.
7. Al-Hulais bin Alqamah, diikuti 'Urwah bin Mas'ud
  • Diutuskan oleh musyiriqin Quraisy
    • Menemui Rasulullah SAW untuk memastikan niat sebenar rombongan itu.
  • Kedua-duanya berjaya diyakini bahawa kedatangan rombongan itu hanyalah untuk menunaikan umrah.
8. Uthman bin 'Affan
  • Diutuskan oleh Rasulullah SAW
    • Menemui musyriqin Quraisy untuk terangkan tujuan kedatangan mereka.
    • Uthman ditahan sehingga tersebar berita tentang kematiannya.
9. Bai'atul Ridhwan
  • Bai'ah (perjanjian) yang dibuat oleh Rasulullah SAW dan para sahabat untuk
    • Setia bersama Rasulullah SAW.
    • Tidak meninggalkan baginda.
  • Musyriqin Quraisy mengetahui tentang Bai'ah tersebut
    • Menghantar Suhail bin 'Amru
      • Membuat perjanjian dengan Rasulullah SAW.
10. Terhasilnya Perjanjian Hudaibiyah
 
Isi Kandungan Perjanjian Hudaibiyah
  • Rasulullah SAW dan para sahabat tidak boleh memasuki Mekkah pada tahun itu (tahun ke-6 Hijrah).
  • Hanya dibenarkan masuk ke Mekkah pada tahun hadapan (tahun ke-7 Hijrah).
  • Hanya dibenarkan berada di Mekkah sepanjang 3 hari.
  • Tidak boleh membawa senjata kecuali pedang bersarung.
  • Orang Quraisy tidak dibenarkan mengganggu mereka.
  • Tiada peperangan antara kedua-dua belah pihak selama 10 tahun.
  • Mana-mana Qabilah yang mengikut Perjanjian Hudaibiyah bersama Rasulullah SAW dan Musyriqin Mekkah terikat dengan perjanjian tersebut.
  • Orang Mekkah yang lari ke Madinah perlu dikembalikan.
  • Orang Madinah yang lari ke Mekkah perlu dikembalikan.
 
Hikmah Perjanjian Hudaibiyah
Perkembangan dakwah Islam
  • Musyriqin Mekkah tidak lagi menggangguusaha dakwah Rasulullah SAW.
  • Ramai orang Arab memeluk Islam secara terang-terangan.
    • Contoh: 'Amru bin Al-'Aas, Khalid al-Walid dan Uthman bin Thalhah.
  • Rasulullah SAW membuka ruang dakwah Islam dengan menghantar surat kepada kerajaan lain di Semenanjung Tanah Arab seperti (Bahrain dan 'Umaan) dan kerajaan di luar semenanjung Tanah Arabseperti Rom dan Parsi.
Perkembangan politik Islam
  • Musyiriqin Mekkah secara langsung mengiktiraf kerajaan Islam Madinah dan Rasulullah SAW sebagai pemimpin.
  • Rasulullah SAW mengikat perjanjian dengan qabilah-qabilah di sekitar Madinah termasuk Bani Khuz'ah.
  • Rasulullah SAW mula menghantar surat kepada pemimpin di dalam dan luar semenanjung Tanah Arab dan mendapat jawapan daripada mereka.
  • Menunjukkan pengiktirafan pemimpin lain terhadap kerajaan Islam Madinah.
  • Selepas Perjanjian Hudaibiyah, Rasulullah SAW menumpukan perhatian kepada Yahudi di Khaibar kerana musyriqin Mekkah bukan lagi menjadi ancaman besar kepada kerajaan Islam Madinah.
Perkembangan ketenteraan Islam
  • Kekuatan ketenteraan Islam bertambah:
    • Daripada 3000 orang kepada 10000 orang.
    • Dalam tempoh 2 tahun selepas Perjanjian Hudaibiyah.
  • Mewujudkan suasana aman antara:
    • Kerajaan Islam di Madinah.
    • Musyriqin Mekkah.
 
Peristiwa Pembukaan Kota Mekkah
  • Qabilah Bani Bakar dan Bani Khuz'ah telah bermusuhan sejak zaman Jahiliyyah.
  • Qabilah Bani Khuz'ah telah mengikat janji tidak boleh berperang selama 10 tahun dengan Rasulullah SAW
  • Qabilah Bani Bakar telah mengikat janji tidak boleh berperang selama 10 tahun dengan Musyriqin Mekkah.
  • Pada suatu malam, bulan Ramadhan, tahun ke-8 Hijrah: Naufal bin Mu'awiyah dapat mengetahui bahawa sekumpulan daripada Qabilah Bani Bakar dan musyriqin Mekkah telah menyerang Bani Khuz'ah yang berada di Watir.
  • Beberapa orang daripada Qabilah Bani Khuz'ah telah dibunuh.
  • Sebahagian daripada mereka dibunuh di kawasan Tanah Haram.
  • Ini bermaksud: Musyriqin Mekkah telah melanggar isi Perjanjian Hudaibiyah.
  • 'Amru bin Salim Al-Khuzai' segera menuju ke Madinah untuk memaklukan kejadikan itu kepada Rasulullah SAW.
  • Rasulullah SAW segera merancang strategi untuk membuka Kota Mekkah.
 
Prinsip Ilmu
  • Allah SWT menggunakan perkataan Al-Fatah yang bermaksud pembukaan kerana pembukaan memberi banyak kebaikan seperti semakin banyak orang yang beriman dan saling berkumpul.
  • Orang beriman dan orang kafir juga bebas berbincanh sehingga tersebar amalan yang bermanfaat dan keimanan.
  • Musyrikin Mekah turut bersama-sama sekutu mereka daripada kabilah Bani Bakar ketika menyerang Bani Khuz'ah.
  • Mereka menyalurkan bantuan tenaga dan senjata.
  • Mereka menyangka penglibatan mereka tidak akan diketahui oleh sesiapa kerana serangan mereka berlaku pada waktu malam.
 
Kronologi Peristiwa Pembukaan Kota Mekkah
1.
  • Di Madinah
  • 10 Ramadhan, tahun ke-8 Hijrah
  • Rasulullah SAW bergerak ke Mekkah
    • Bersama 10000 tentera.
  • Abu Rahim Al-Ghifari: ketua sementara di Madinah.
2.

Di Mar Az-Zhahran

  • Pasukan tentera Islam berhenti sebenar
    • Rasulullah SAW mengarahkan 10000 tentera untuk menyalakan 10000 unggun api.
3.
  • Abu Sufyan meninjau pasukan tentera Islam
    • Terserempak dengan Al-'Abas.
    • Dibawa bertemu dengan Rasulullah.
    • Beliau memeluk Islam
      • Penghargaan pengislamannya daripada Rasulullah SAW:
        • Diberi jaminan keselamatan kepada sesiapa yang berlindung di rumahnya.
4. Pagi Rabu, 17 Ramadhan, tahun ke-8 Hijrah
  • Perjalanan ke Mekkah diteruskan.
  • Musyriqin Mekkah terkejut dengan kedatangan tentera Islam.
5. Di Mekkah
  • Abu Sufyan mengumumkan kepada musyriqin Mekkah supaya berlindung
    • Di rumahnya.
    • Di rumah masing-masing.
    • Dalam Masjidil Haram.
6. Sampai di Zu Thuwa
  • Rasulullah SAW membahagikan tentera kepada 4 pasukan:
    •  Rasulullah SAW sendiri.
    • Khalid bin Al-Walid.
    • Zubair bin Al-'Awwam.
    • Abu 'Ubaidah Al-Jarrah.
  • Setiap pasukan masuk ke Kota Mekkah melalui arah yang berbeza.
7.
  • Tiada sebarang tentangan yang di terima oleh tentera Islam kecuali pasukan Khalid bin Al-Walid.
  • Mereka dihalang oleh sekumpulan musyriqin Mekkah menyebabkan:
    • 2 sahabat gugur syahid.
    • 12 musyriqin Mekkah terbunuh.
8. Di Mekkah Berjaya dibuka pada tahun ke-8 Hijrah (630 Masihi).
 
Faktor dan Kejayaan Pembukaan Kota Mekkah
Petunjuk Allah SWT
Mimpi Rasulullah SAW sebelum Perjanjian Hudaibiyah merupakan tanda pembukaan Kota Mekkah semakin hampir.
Strategi Rasulullah SAW
  • Tidak diketahui oleh musyriqin Mekkah.
  • Menimbulkan rasa gerun pihak musuh.
  • Masuk ke Mekkah mengikut arah yang berbeza.
Tentera Islam mempunyai semangat jihad yang tinggi dan berdisiplin
  • Tanpa mengira perbezaan suku kaum dan qabilah.
  • Pasukan Zubair bin Al-'Awwam
    • Masuk ke Mekkah melalui dataran yang tinggi.
    • Berhenti di Al-Hujun.
    • Tidak dibenarkan meninggalkan tempat itu sehingga Rasulullah SAW sampai kepada mereka.
Musyriqin Mekkah yang bertambah lemah
  • Khalid bin Al-Walid
  • Abu Sufyan
  • Abu Jahal
  • Tidak semua musyriqin Mekkah bangkit menentang kemaraan tentera Islam.
 
Langkah yang Diambil Rasulullah SAW selepas Pembukaan Kota Mekkah
Menegakkan Syariat Islam
  • Menunaikan tawaf.
  • Mengucup Hajarul Aswad.
  • Memusnahkan 360 berhala yang berada di sekeliling Kaabah
    • Menggunakan busurnya.
  • Mengarahkan Bilal bin Rabah untuk melaungkan azan di atas Kaabah.
  • Menghantar beberapa pasukan ke sekitar Mekkah untuk menghapuskan berhala di sana seperti berhala
    • 'Uzza di Nakhlah
    • Sua' di Rihath
    • Manah di Al-Musyallal
Amar makruf dan Nahi Mungkar
  • Menyeru musyriqin Mekkah memeluk Islam.
  • Berbai'ah dengan pendudukan Mekkah di Bukit Safa agar:
    • tidak melakukan syirik kepada Allah
    • tidak mencuri, berzina, membunuh anak.
Menguruskan Pentadbiran Mekkah
  • Mengekalkan pengurusan kunci Kaabah kepada Uthman bin Thalhah.
  • Memerintahkan Abu Usaid Al-Khuza'i untuk memperbaiki beberapa bahagian Masjidil Haram.
Memaafkan Kesalahan Penduduk Mekkah

  • Mengisytiharkan kemaafan kepada musyriqin Mekkah yang pernah mengingkari Baginda.
  • Mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
 
Iktibar daripada Pembukaan Kota Mekkah

Kita hendaklah: 

  • Mengamalkan ciri-ciri kepimpinan berdasarkan syariah Islam supaya agama Islam dihormati.
  • Melakukan sesuatu tugas secara terancang untuk menjamin kejayaan tugasan tersebut.
  • Memaafkan kesalahan orang lain kerana semua manusia berhak mendapat kemaafan.