02: Al-Quran Petunjuk Kebenaran

2 Al-Quran Petunjuk Kebenaran
 
Unit 1: Mesej Al-Quran
 
Surah Al-Kahfi : 1-5
1. Segala puji bagi Allah SWT yang telah menurunkan kepada hamba-Nya kitab suci Al-Quran dan tidak menjadikannya sesuatu yang bengkok.

اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ الَّذِيْٓ اَنْزَلَ عَلٰى عَبْدِهِ الْكِتٰبَ وَلَمْ يَجْعَلْ لَّهٗ عِوَجًا ۜ

2. (Bahkan keadaanya) tetap benar untuk memberi peringatan dengan azab yang sangat dahsyat di sisi Allah SWT قَيِّمًا لِّيُنْذِرَ بَأْسًا شَدِيْدًا مِّنْ لَّدُنْهُ
Dan memberikan berita gembira kepada orang yang beriman yang melakukan amal-amal soleh, bahawa mereka akan mendapat balasan yang baik.

وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِيْنَ الَّذِيْنَ يَعْمَلُوْنَ الصّٰلِحٰتِ اَنَّ لَهُمْ اَجْرًا حَسَنًاۙ

3. Mereka tetap tinggal dalam balasan yang baik itu selama-lamanya

مَّاكِثِيْنَ فِيْهِ اَبَدًاۙ

4. Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang yang berkata “Allah mempunyai anak”.

وَّيُنْذِرَ الَّذِيْنَ قَالُوا اتَّخَذَ اللّٰهُ وَلَدًاۖ

5. Mereka tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, dan tidak juga datuk nenek mereka

مَّا لَهُمْ بِهٖ مِنْ عِلْمٍ وَّلَا لِاٰبَاۤىِٕهِمْۗ

Besar sungguh perkataan syirik yang keluar daripada mulut mereka, mereka hanya mengatakan perkara yang dusta. كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ اَفْوَاهِهِمْۗ اِنْ يَّقُوْلُوْنَ اِلَّا كَذِبًا
 
Intisari Ayat
 Al-Quran
  • Sebuah kitab yang benar
  • Petunjuk kepada manusia
  • Memberikan peringatan tentang balasan neraka kepada orang yang melakukan syirik
  • Membawa berita gembira kepada orang yang beriman dan beramal soleh
Perbuatan Syirik
  • Berpunca daripada kejahilan
  • Berpunca daripada mengikut ajaran nenek moyang secara membuta tuli
  • Suatu pembohongan terhadap Allah SWT
 
Unit 2: Bimbingan Kejayaan
 
Surah Al-Kahfi : 6-10
6. Maka janganlah kamu membinasakan dirimu kerana berdukacita terhadap perbuatan mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini. فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلٰٓى اٰثَارِهِمْ اِنْ لَّمْ يُؤْمِنُوْا بِهٰذَا الْحَدِيْثِ اَسَفًا
7. Sesungguhnya Kami jadikan apa-apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, kerana Kami hendak menguji mereka, siapakah antaranya yang lebih baik amalannya. اِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْاَرْضِ زِيْنَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ اَيُّهُمْ اَحْسَنُ عَمَلًا
8. Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa-apa yang ada di bumi itu sebagai tanah yang tandus. وَاِنَّا لَجَاعِلُوْنَ مَا عَلَيْهَا صَعِيْدًا جُرُزًاۗ 
9. Adakah kamu menyangka kisah As-Habul Kahfi dan Ar-Raqim itu sahaja yang menakjubkan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami. اَمْ حَسِبْتَ اَنَّ اَصْحٰبَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيْمِ كَانُوْا مِنْ اٰيٰتِنَا عَجَبًا
10. (Ingkatkanlah peristiwa) ketika sekumpulan pemuda mencari tempat perlindungan ke gua. اِذْ اَوَى الْفِتْيَةُ اِلَى الْكَهْفِ
Lalu mereka berdoa, "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah rahmat dari sisi-Mu, dan berilah petunjuk yang benar dalam urusan kami. فَقَالُوْا رَبَّنَآ اٰتِنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَّهَيِّئْ لَنَا مِنْ اَمْرِنَا رَشَدًا 
 
Gambar ini menunjukkan sebuah slide pembentangan dengan tajuk ‘INTISARI AYAT.’ Terdapat empat poin utama yang dinyatakan: 1. Allah SWT memujuk Rasulullah SAW supaya tidak berdukacita terhadap keingkaran musyrikin. 2. Allah SWT menjadikan perhiasan dunia seperti harta benda dan anak-pinak sebagai suatu ujian kepada manusia. 3. Ujian Allah SWT adalah untuk memilih orang yang terbaik amalannya. 4. Orang beriman berasa bahagia melakukan ketaatan menghadapi kerumitan hidup. Di sudut kanan atas, terdapat logo ‘Pandai.’ Latar belakang slide ini berwarna biru muda dengan hiasan daun di sekelilingnya.