08: Penciptaan Manusia Bukti Kekuasaan Allah S.W.T

8 Pencapaian Manusia Bukti Kekuasaan Allah SWT
 
Surah Ghafir, 40: Ayat 67
هُوَ ٱلَّذِى خَلَقَكُم مِّن تُرَابٍۢ ثُمَّ مِن نُّطْفَةٍۢ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍۢ ثُمَّ يُخْرِجُكُمْ طِفْلًۭا ثُمَّ لِتَبْلُغُوٓا۟ أَشُدَّكُمْ ثُمَّ لِتَكُونُوا۟ شُيُوخًۭا ۚ وَمِنكُم مَّن يُتَوَفَّىٰ مِن قَبْلُ ۖ وَلِتَبْلُغُوٓا۟ أَجَلًۭا مُّسَمًّۭى وَلَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ (٦٧)
 
Potongan Ayat Maksud

هُوَ الَّذِيْ خَلَقَكُمْ مِّنْ تُرَابٍ

Dialah yang menciptakan kamu daripada tanah

ثُمَّ مِنْ نُّطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ

Kemudian daripada air mani, kemudian daripada sebuku darah beku

ثُمَّ يُخْرِجُكُمْ طِفْلًا

Kemudian Dia mengeluarkan kamu berupa anak kecil

ثُمَّ لِتَبْلُغُوْٓا اَشُدَّكُمْ

Kemudian kamu dipelihara sampai ke peringkat dewasa

ثُمَّ لِتَكُوْنُوْا شُيُوْخًا ۚ

Kemudian kamu sampai menjadi tua

وَمِنْكُمْ مَّنْ يُّتَوَفّٰى مِنْ قَبْلُ

Dan ada antara kamu yang dimatikan sebelum itu

وَلِتَبْلُغُوْٓا اَجَلًا مُّسَمًّى

Supaya kamu sampai ke masa yang ditentukan

وَّلَعَلَّكُمْ تَعْقِلُوْنَ

Dan supaya kamu memahami kekuasaan Allah SWT.
 
Proses Kejadian Manusia
Nama/Tahap Proses Kejadian Huraian

Nutfah

"Percampuran air mani/sperma (lelaki) + ovum (perempuan).
Alaqah (zigot) "Segumpal darah yang tergantung di dalam rahim". Allah SWT menciptakan rahim ibu sebagai tempat yang paling sesuai dan selamat untuk proses kejadian manusia.
Mudghah (embrio) "Seketul daging yang lembut".

Tahap ini adalah permulaan pertumbuhan:

  • Otak.
  • Saraf tunjang.
  • Anggota lain seperti mata, telinga, dll.
Janin (fetus) Pembentukan seluruh anggota telah sempurna.
  • Roh ditiup selepas sempurnanya pembentukkan organ-organ tubuh.
  • Hakikat roh tidak dapat dikaji kerana ia adalah antara rahsia Allah SWT dalam penciptaan manusia.
 
Fasa Kehidupan Manusia
Ketetapan syariat adalah mengikut fasa kehidupan manusia dan bersesuaian dengan tahap kesediaan psikologi mereka.
 
Fasa Kehidupan Tanggungjawab yang Ditetapkan Syariat
Kanak-kanak

Belajar:

  • Bercakap.
  • Berjalan.
  • Bermain.
  • Bergaul dengan persekitaran mereka.
Remaja

Bertanggungjawab dengan apa-apa yang dilakukan, berpandukan aturan syariat.

Dewasa dan sudah mencapai tahap kematangan akal yang sempurna.

Menerima tanggungjawab yang lebih besar:

  • Membina keluarga.
  • Mencari rezeki.
  • Memimpin masyarakat.

Tua

  • Semakin lemah.
  • Hidup yang dilalui sangat berharga.

Jadikan pengalaman hidup sebagai pengajaran untuk generasi berikutnya.

Mati

Kesedaran bagi kita untuk memanfaatkan kehidupan:

  • Membuat perkara yang memberi kebaikan.
  • Kepada diri sendiri dan orang lain.
 
Kekuasaan Allah SWT pada Penciptaan Manusia
  • Antara bukti kekuasaan Allah SWT adalah penciptaan manusia.
    • Allah SWT menyeru manusia untuk meneliti dan memikirkan kejadian manusia untuk:
      • Memahami dan merasakan kehebatan dan kekuasaan Allah SWT.
      • Memahami kelemahan dan kehinaan manusia.
 
Pengajaran Ayat

Sebagai umat Islam, kita hendaklah: 

  • Meyakini bahawa Allah SWT Maha Berkuasa menciptakan manusia dengan sangat sempurna agar kita menjadi hamba yang bertaqwa.
  • Menghargai anggota badan ciptaan Allah SWT kerana manusia merupakan sebaik-baik kejadian.
  • Mengakui bahawa anatomi tubuh manusia dicpitakan dengan fungsi yang tersendiri dan saling melengkapi agar kita yakin dengan kesempurnaan Allah SWT.
  • Menjadi hamba Allah SWT yang sentiasa bersyukur agar tidak termasuk dalam gologan yang kufur dengan nikmat.