Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Guest
Login
Register
Home
Quiz
Battle
Practice
Class
Classes List
Timetable
Assignments
Learn
Learning Hub
Quick Notes
Videos
Experiments
Textbooks
Login
Register
Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Learn
Quick Notes
List
Melakukan perubahan diri ke arah yang lebih baik secara beradab dan istiqamah
Hijrah Detik Bersejarah
5.2
Hijarah Detik Bersejarah
Maksud Hijrah
Bahasa
:
Berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain.
Istilah
:
Perpindahan Rasulullah SAW dan umat Islam dari Mekah ke Madinah (Yathrib). Peristiwa Hijrah ini berlaku pada tahun ketiga belas kerasulan.
Faktor yang Mendorong Berlakunya Hijrah
Allah SWT mengisyaratkan Rasulullah SAW supaya berhijrah sebagaimana dalam firman Allah dalam Surah Al-Anfal ayat 30.
Untuk memelihara akidah.
Umat Islam mengorbankan tanah air dan harta mereka demi menyelamatkan akidah tauhid yang lebih berharga.
Pelawaan penduduk Madinah.
Sekumpulan penduduk Madinah telah mempelawa Rasulullah SAW untuk menjadi pemimpin mereka di Madinah.
Rasulullah SAW mengadakan Baiah Aqabah Pertama dan Baiah Aqabah Kedua dengan sekumoulan penduduk di Madinah.
Baginda telah menghantar Musaab bin Umair untuk berdakwah dan mengajar Al-Quran kepada penduduk Madinah.
Penentangan Musyrikin Quraisy semakin kuat.
Musyrikin Quraisy Mekah melakukan pelbagai bentuk penentangan termasuklah penyeksaan terhadap umat Islam.
Tekanan ke atas Rasullah SAW pula semakin hebat, terutamanya selepas kematian bapa saudara baginda iatu Abu Talib.
Kemuncak kepada penentangan mereka ialah mereka berpakat untuk membunuh Rasulullah SAW.
Pakatan Membunuh Nabi Muhammad SAW di Daar an-Nadwah
Mesyuarat bersetuju agar seorang pemuda yang gagah daripada setiap puak dipilih membunuh Nabi Muhammad SAW secara serentak supaya Bani Hashim tidak dapat menuntut bela atas kematian Nabi Muhammad SAW.
Isi kandungan Baiah Aqabah Kedua
Melindungi dan mempertahankan Rasullah SAW seperti melindungi keluarga sendiri.
Persitiwa Penting Semasa Hijrah Rasulullah SAW
27 Safar - Mekah
Pada waktu tengah malam Rasulullah SAW keluar bersama-sama dengan Saidina Abu Bakar R.A.
Saidina Ali pula tidur berselimut di tempat baginda untuk mengelirukan musyrikin Quraisy.
Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar menyusuri 2 jalan yang tidak biasa dilaui oleh orang ramai ke Madinah.
Abdullah, putera Saidina Abu Bakar bertugas meninjau dan melaporkan situasi yang berlaku di Mekah.
3 Asma’, pterinya pula bertugas menyediakan bekalan makanan.
Amir bin Fihairah, hambanya pula membawa kambing ke pintu gua untuk menyediakan bekalan susu dan menghilangkan kesan jejak kaki Rasulullah SAW.
Musyrikin Mekah menawarkan 100 ekor unta kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah SAW.
Kumpulan Quraisy membuat operasi besar-besaran 4 menjejaki Rasulullah SAW. sebahagian daripada mereka telah tiba ke Gua Thur dengan bantuan Allah SWT mereka tidak dapat menemui Rasulullah SWT.
Dalam keadaan yang cemas itu, Rasulullah mententeramkan Saidina Abu Bakar sebagaimana yang di sebut dalam ayat 40 surat at-Taubat.
Gua Thur
Setelah tiga hari di Gua Thur, mereka menuju ke Madinah bersama-sama dengan seorang penunjuk jalan, iaitu Abdullah bin Uraiqith, iaitu seorang musyrik yang jujur.
Suraqa ibn Malik berjaya menjejaki Rasululah SAW tetapi apabila dia menghampiri Rasulullah SAW, kuda yang ditunggang terperosok ke dalam pasir sebanyak tiga kali.
Rasulullah SAW memaafkan Suraqa dan memintanya merahsiakan pertemuan mereka lalu menjanjikan mahkhota Kisra untuknya.
8 Rabiul Awal - Quba'
Rasulullah SAW tiba di Quba' dan tinggal beberapa hari di sana.
Semasa berada di Quba', Rasulullah SAW telah membina masjid.
12 Rabiul Awal - Yathrib (Madina)
Ketibaan Rasulullah SAW disambut gembira oleh penduduk Yathrib.
Mereka berlumba-lumba merebut tali unta tunggangan Rasulullah SAW dengan harapan Rasulullah SAW menetap di rumah mereka.
Akhirnya unta Rasulullah SAW berhenti di rumah Abu Ayyub Al-Ansaari.
Kesan daripada Peristiwa Hijrah Rasulullah SAW ke Madinah
Agama
Ajaran Islam semakin tersebar kerana dakwah dapat dilaksanakan secara lebih terbuka.
Sosial
Kehidupan masyarakat Madinah berubah kepada sistem hidup yang lebih baik dari segi akidah, syariat dan akhlak.
Politik
Tertegak negara Islam pertma yang berdaulat di bawah pimpinan Rasulullah SAW.
Ekonomi
Kedudukan ekonomi umat Islam semakin kukuh melalui sistem ekonomi Islam yang dilaksankannya.
Iktibar daripada peristiwa Hijrah Rasulullah SAW ke Madinah
Bijak membuat perancangan dan menyusun strategi sebelum melakukan sesuatu tindakan.
Sentiasa bersikap optimis, yakin bahawa kejayaan pasti bersama-sama dengan orang yang benar.
Mencariteman yang soleh, baik budi pekerti dan akhlak membantu.
Sabar dan tabah menghadapi halangan dan cabaran.
Sentiasa bertawakal dan memohon pertolongan Allah SWT serta mematuhi segala perintah-Nya.
Sentiasa mengutamakan dan memelihara kesucian akidah dan keselamatan nyawa.

Chapter : Sirah dan Tamadun Islam
Topic : Melakukan perubahan diri ke arah yang lebih baik secara beradab dan istiqamah
Form 2
Pendidikan Islam
View all notes for Pendidikan Islam Form 2
Related notes
Terbitnya Fajar Dakwah
Wanita Suri Teladan Umat
Allah S.W.T Pengurnia Hidayah
Hanya Allah S.W.T yang Maha Esa
Luasnya kuasa Allah S.W.T
Mudahnya Tajwid
Manisnya Persaudaraan
Mengharap Keampunan Allah S.W.T
Kesantunan Dakwah Rasulullah S.A.W
Amanah terhadap Harta dan Nyawa
Report this note
Online Tuition
Live class daily with celebrity tutors
Learn more
Register for a free Pandai account now
Edit content
×
Loading...
Quiz
Videos
Notes
Account