Terbitnya Fajar Dakwah

5.1

  Terbitnya Fajar Dakwah

Wahyu Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW
(٥) يَـٰٓأَيُّهَا ٱلْمُدَّثِّرُ(١)  قُمْ فَأَنذِرْ (٢)  وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ (٣)  وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ (٤)  وَٱلرُّجْزَ فَٱهْجُرْ
Maksud: Wahai orang yang berselimut, bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesarannya. Dan bersihkanlah pakaianmu. Tinggalkanlah perbuatan yang keji. (Surah Al-Muddathir, 74: ayat 1 - 5)
 
Dakwah Rasululah SAW secara Sulit
  • Pada peringkat ini, baginda menyeru individu daripada keluarga terdekat dan sahabat yang rapat.
  • Antara orang yang awal memeluk Islam termasuklah Khadijah binti Khuwailid, Ali bin Abu Talib dan Zaid bin Harithah (pembantu baginda).
  • Hal ini, diikuti pengislaman Abu Bakar iatu sahabat baik baginda. Abu Bakar pula berjaya berdakwah kepada orang yang berpengaruh dalam masyarakat seperti Usman bin Affan dan Abdul Rahman bin Auf.
  • Dakwah secara sulit ini mengambil masa hampir tiga tahun.
  • Dalam tempoh tersebut, umat islam berjumpa dan solat secara bersembunyi di lorong atau di lembah yang jauh daripada pengetahuan umum.
  • Pusat penyebaran Islam pada masa ini ialah rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam.
 
Dakwah secara Terang-terangan
  • Kepada kaum kerabat
  • Kepada masyarakat umum
 
Strategi Dakwah
Ucapan Awam
Baginda naik ke Bukit Safa dan mengajak masyarakat Mekah beriman kepada Allah SWT dan meyakini hari kiamat.
Mencari Sokongan
  • Rasulullah SAW bertemu dengan kabilah-kabilah yang datang ke Mekah pada setiap musim Haji.
  • Pertemuan dibuat pada waktu malam untuk mengelak gangguan kafir Quraisy.
Mencari Tempat Selamat
Rasulullah SAW memerintahkan sebahagian umat Islam agar berhijrah ke Habsyah. Habsyah negara yang aman dan mempunyai raja yang baik.
Mengadakan Jamuan
Rasulullah SAW menjemput  seluruh keluarga Bani Mutalib ke jamuan makan dan kemudian menyampaikan ajaran Islam kepada mereka.
 
Hikmah Strategi Dakwah
Secara Sulit
  • Memantapkan akidah umat Islam yang masih baru dengan ajaran Islam.
  • Memastikan ajaran Islam dapat diterima tanpa gangguan.
  • Untuk kemaslahatan dan menyelamatkan nyawa umat Islam yang menjadi pengikut dakwah.
Secara Terang-terangan
  • Menyuntik semangat berdakwah dalam diri umat Islam.
  • Menimbulkan rasa tanggungjawab umat Islam untuk menegakkan syiar Islam.
  • Kemaslahatan untuk menyelamatkan nyawa umat Islam yang menjadi pengikut dakwah.
 
Faktor Penentangan Kaum Musyrikin
Agama
  • Mereka berpegang kuat dengan kepercayaan nenek moyang mereka, iaitu percaya kepada Tuhan yang berbilang.
  • Mereka menolak keesaan Allah SWT dan menafikan hari kebangkitan.
Sosial
  • Mereka berpegang kuat dengan semangat perkauman dan mengamalkan perhambaan.
  • Oleh itu, mereka menolak persamaan taraf dan keadilan masyarakat yang dibawa oleh Islam.
Politik
  • Golongan bangsawan dan kaya tidak mahu kehilangan kuasa.
  • Mereka melihat Islam sebagai ancaman yang membahayakan kepimpinan mereka.
Ekonomi
  • Golongan pengukir dan peniaga berhala merasakan ekonomi mereka terjejas.
  • Hal ini kerana Islam melarang penyembahan berhala.
 
Bentuk Penentangan yang Dihadapi Rasulullah SAW
Bertemu Abu Talib

Kaum Musyrikin cuba mempengaruhi Abu Talib, bapa saudara Rasulullah SAW agar menghalang usaha dakwah baginda.

Memburuk-burukkan dakwah Islam

Memesongkan perhatian masyarakat Mekah daripada dakwah beginda melalui syair serta memburuk-burukkan baginda dan umat Islam.

Menyeksa umat Islam

Menyakiti dan menyeksa Rasulullah SAW dan umat Islam Para hamba diseksa oleh majikan seperti Bilal bin Rabah dan Sumayyah.

Para pemuda Islam pula ditentang oleh anggota keluarga mereka sendiri

Tawaran

Memeberi tawaran pangkat, harta dan wanita kepada Rasulullah SAW dengan syarat baginda menghentikan dakwah.

Kompromi

Meminta Rasululah SAW agar vertolak ansur mengamalkan ajaran Islam dan ajaran mereka secara bersilih ganti. 

Pemulauan

Memulaukan nabi, keluarga Bani Hashim dan Bani Mutalib serta orang Isalm dengan memutuskan segala bentuk perhubungan dengan mereka.

Bunuh

Mengancam untuk membunuh nabi, sehingga turun wahyu untuk nabi berhijrah.

Keadaan Masyarakat Arab setelah Menerima Dakwah Rasulullah SAW
Akidah
  • Meninggalkan kepercayaan syirik kepada mentauhidkan Allah SWT dan mengakui Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah SWT.
  • Hanya Allah SWT yang disembah dan menjadi tempat mengharap sesuatu hajat.
Akhlak
  • Meninggalkan akhlak yang keji kepada berakhlak mulia dengan menjaga hubungan yang baik dan harmoni dengan Allah SWT dan makhluk-Nya.
  • Menghapuskan semangat perkauman dan mewujudkan persaudaraan yang menjadikan umat Islam hidup saling menghormati dan berkasih sayang.
Syariat
Hidup belandaskan panduan daripada Al-Quran dan sunnah. Hukum yang diamalkan ini memelihara hak individu dan masyarakat.
 
Faktor Kejayaan Dakwah Rasulullah SAW
Keunggulan Akhlak Rasulullah SAW
Rasululah SAW mempunyai akhlak yang tinggi dan terpuji sehingga mendapat gelaran Al-Amin, iatu yang jujur. Keperibadian yang unggul ini menjadikan masyarakat Arab tertarik kepada seruan baginda.
Keadilan dan Persamaan dalam Islam
Ajaran Islam membawa keamanan dan kesejahteraan sebagai contoh keadilan dan persaudaraan dalam Islam dapat memelihara hak setiap individu.
Kebijaksanaan Rasulullah SAW
Baginda sentiasa berfikiran positif dan yakin dengan kejayaan Islam. Baginda berdakwah secara teratur dan berstrategi. Kebijaksaan strategi Rasulullah SAW berjaya menjadikan Islam berkembang dengan sempurna.
Semangat Jihad yang Tinggi
Umat Islam mempunyai keyakinan dan semangat jihad yang tinggi. Mereka sangat yakin kepada Allah SWT dan hari akhirat menyebabkan mereka sanggup menghadapi pelbagai rintangan untuk mempertahankan akidah.
 
Iktibar daripada Dakwah Rasulullah SAW di Mekah
  • Umat Islam mestilah berdakwah kerana dakwah ialah sunnah Rasulllah SAW. Tugas ini perlu dilaksanakan secara bersungguh-sungguh agar Islam tersebar keseluruh alam.
  • Umat islam mesti menunjukkan contoh tauladan yang baik kerana cara ini merupakan dakwah yang paling berkesan.
  • Setiap umat Islam bertanggungjawab menyelamatkan anggota keluarga daripada kekufuran dan kemaksiatan. Oleh itu, dakwah mesti bermula daripada rumah sendiri sebelum kepada masyarakat.
  • Berdakwah perlu dilakukan secara terancang dan berstrategi dan bukannya menharapkan perkara luar biasa berlaku supaya mendapat hasil lebih baik.