Wanita Suri Teladan Umat

 

5.4

Wanita Suri Teladan Umat

 

Biodata ringkas Saidatina Khadijah AS

Nama sebenar Khadijah binti Khuwailid
Keturunan Berbangsa Quraisy daripada suku bani Asad
Gelaran Al-Tahirah bermaksud suci maruah diri
Perkahwinan Berkahwin dengan Rasulullah SAW pada usia 40 tahun dan dikurniakan enam orang cahaya mata.
Kerjaya Tokoh perniagaan yang kaya dan berjaya
Keislaman Orang pertama yang menerima Islam
Kewafatan Tahun ke-10 kerasulan pada usia 65 tahun.
 

Sifat utama Saidatina Khadijah AS:

 

  1. Bijak bertindak
    • Beliau merujuk  seorang yang berilmu iatu Waraqah bin Naufal serta memberikan kata-kata semangat kepada Rasulullah SAW ketika baginda menerima wahyu yang pertama di Gua Hira.
  2. Mempunyai semangat pengorbanan yang tinggi.
    • Banyak hartanya digunakan untuk membantu umat Islam, termasuklah keluarga Bani Hashim semasa dipulau oleh Musyrikin Quraisy. Pada saat kematian beliau, kesuluruhan hartanya telah digunakan ke jalan Allah SWT.
 

Sumbangan Saidatina Khadijah AS:

  • Saidatina Khadijah AS sentiasa bersama dengan suami yang tercinta. Beliau memberi sokongan penuh dalam semua tindakan Rasulullah SAW sebagai contoh beliau menyediakan bekalan kepada Rasulullah SAW sewaktu di Gua HIra.
  • Saidatina Khadijah AS menjadi pendorong dan penyokong perjuangan Rasulullah SAW memberikan dakwah Islam.
  • Saidatina Khadijah AS telah membelanjakan semua hartanya untuk Islam. Beliau membantu orang yang kesusahan dengan hasil perniagaannya.
 

Biodata ringkas Saidatina Aisyah  AS

Nama sebenar Aisyah bin Abu Bakar
Keturunan Berbangsa Quraisy daripada suku bani Tamim
Gelaran Al-Humaira yang bermaksud putih kemerah-merahan
Perkahwinan Berkahwin dengan Rasulullah SAW pada bukan Syawal, tiga tahun sebelum Hijrah.
Kewafatan Tahun 58 Hijrah pada usia 67 tahun.
 

Sifat utama Saidatina Aisyah AS:

  1. Cerdas dan pintar.
    • Saidatina Aisyah AS mendapat didikan daripada ayahandanya dan daripada Rasulullah SAW. Beliau rajin bertanya dan selalu mengikut majlis ilmu Rasululah SAW. Antara ilmu yang dikuasainya termasuklah Al-Quran, Hadis, bahasa Arab, Syair dan Perubatan.
  2. Sabar dan pintar.
    • Apabila difitnah golongan munafik dalam peristiwa Hadis Al-Ifk. Beliau berserah diri kepada Allah SWT. Akhirnya diturunkan ayat Al-Quran membersihkan Saidatina Aisyah daripada fitnah tersebut.
  3. Pemurah dan lembut hati.
    • Saidatina Aisyah AS sangat dermawan. Beliau suka bersedekah apa sahaja yanga ada di tangannya. Beliau pernah memeberikan sebiji kurma kepada seorang wanita bersma dengan dua orang anaknya, sedangkan itu sahaja makanan yang beliau ada.
 

Sumbangan Saidatina Aisyah AS:

 

  • Meriwayatkan tidak kurang daripada 2210 hadis Rasulullah SAW dalam pelbagai bidang.
  • Tempat rujukan para sahabat dan umat Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW terutamanya dalam hal kewanitaan dan kekeluargaan.
  • Pakar dalam pelbagai bidang ilmu antaranya termasuklah ilmu Al-Quran, Hadis, Feqah terutamanya Feqah kewanitaan, Bahasa Arab dan Syair.
 

Biodata ringkas Saidatina Fatimah  AS

Nama sebenar Fatimah binti Muhammad SAW
Gelaran Al-Zahra yang bermaksud putih berseri-seri
Perkahwinan Berkahwin dengan Ali bin Abu Talib dan dikurniakan empat cahaya mata.
Keislaman Kanak-kanak perempuan pertama yang menerima Islam
Kewafatan Enam bulan selepas kewafatan Rasulullah SAW pada usia 28 tahun
 

Sifat utama Saidatina Fatimah AS:

  1. Kasih dan taat kepada ayahandanya.
    • Selain menyokong usaha dakwah, beliau juga mengurus makan dan minum ayahandanya selepas kematian ibunya sehingga digelar "ibu kepada ayahnya".
  2. Reda dan tabah terhadap perkara yang berlaku kepada anggota keluarganya.
    • Saidatina Fatimah AS reda dengan dugaan yang dihadapinya dan tabah menghadapi kehidupan yang serba kekurangan.
 

Sumbangan Saidatina Fatimah AS:

  • Pendorong kepada Rasulullah SAW ketika ditentang oleh kafir Quraisy.
  • Mengambil berat terhadap ayahandanya dengan memberi khidmat bakti dalam menyediakan keperluan harian.
  • Berjaya mendidik anak-anak menjadi muslim yang soleh.
 

Biodata ringkas Saidatina Sumayyah AS

Nama sebenar Sumayyah binti Khubbat
Status Bekas hamba kepada Abu Huzaifah bin Al-Mughirah
Perkahwinan Berkahwin dengan Yasir bin Amir. Anaknya bernama Amar. 
Kelebihan Wanita pertama yang mati syahid
Keislaman Keluarga Sumayyah antara keluarga yang terawal emmeluk Islam
Kewafatan Disula dengan tombok oleh Abu Jahal
 

Sifat utama Saidatina Sumayyah AS:

  1. Kesabaran yang tinggi dalam mepertahankan akidah Islam.
    • Sumayyah dan anggota keluarganya diseksa dengan kejam di tengah kepanasan padang pasir. Sumayyah dan keluarganya dipaksa untuk kembali kepada agama asal mereka tetapi mereka tetap beriman kepada Allah SWT. Sumayyah akhirnya mati diseksa oleh Abu Jahal.
 

Sumbangan Saidatina Sumayyah AS:

  • Menjadi contoh dalam mempertahankan agama Islam.
  • Sanggup menggadaikan nyawa demi Islam.
  • Memberi imej yang baik dalam memperjuangkan akidah Islam.