Mengharap Keampunan Allah S.W.T

1.6 Mengharap Keampunan Allah SWT
 
Surah Al-Imran ayat 133-136
وَسَارِعُوْٓا اِلٰى مَغْفِرَةٍ مِّنْ رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمٰوٰتُ وَالْاَرْضُۙ اُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِيْنَۙ (133)
الَّذِيْنَ يُنْفِقُوْنَ فِى السَّرَّۤاءِ وَالضَّرَّۤاءِ وَالْكَاظِمِيْنَ الْغَيْظَ وَالْعَافِيْنَ عَنِ النَّاسِۗ وَاللّٰهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِيْنَۚ(134)
وَالَّذِيْنَ اِذَا فَعَلُوْا فَاحِشَةً اَوْ ظَلَمُوْٓا اَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللّٰهَ فَاسْتَغْفَرُوْا لِذُنُوْبِهِمْۗ وَمَنْ يَّغْفِرُ الذُّنُوْبَ اِلَّا اللّٰهُ ۗ وَلَمْ يُصِرُّوْا عَلٰى مَا فَعَلُوْا وَهُمْ يَعْلَمُوْنَ(135)
اُولٰۤىِٕكَ جَزَاۤؤُهُمْ مَّغْفِرَةٌ مِّنْ رَّبِّهِمْ وَجَنّٰتٌ تَجْرِيْ مِنْ تَحْتِهَا الْاَنْهٰرُ خٰلِدِيْنَ فِيْهَا ۗ وَنِعْمَ اَجْرُ الْعٰمِلِيْنَۗ(136)
 
Maksud Potongan Ayat

وَسَارِعُوْٓا اِلٰى مَغْفِرَةٍ مِّنْ رَّبِّكُمْ

Dan segeralah kamu kepada (menjaga amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhanmu

وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمٰوٰتُ وَالْاَرْضُۙ اُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِيْنَۙ

Dan (mendapat) syurga yang lebarnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertakwa

الَّذِيْنَ يُنْفِقُوْنَ فِى السَّرَّۤاءِ وَالضَّرَّۤاءِ

Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah

وَالْكَاظِمِيْنَ الْغَيْظَ

Dan orang yang menahan kemarahannya

وَالْعَافِيْنَ عَنِ النَّاسِۗ

Dan orang yang memaafkan kesilapan orang lain

وَاللّٰهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِيْنَۚ

Dan (ingatlah) Allah mengasihi orang yang berbuat perkara yang baik

وَالَّذِيْنَ اِذَا فَعَلُوْا فَاحِشَةً

Dan juga orang yang apabila melakukan perbuatan keji

اَوْ ظَلَمُوْٓا اَنْفُسَهُمْ

Atau menzalimi dir sendiri

ذَكَرُوا اللّٰهَ

Mereka (segera) ingat kepada Allah

فَاسْتَغْفَرُوْا لِذُنُوْبِهِمْۗ

Lalu memohon ampun akan dosa mereka

وَمَنْ يَّغْفِرُ الذُّنُوْبَ اِلَّا اللّٰهُ

Dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah

وَلَمْ يُصِرُّوْا عَلٰى مَا فَعَلُوْا وَهُمْ يَعْلَمُوْنَ

Mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang telah dilakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan kesalahan dan akibatnya)

اُولٰۤىِٕكَ جَزَاۤؤُهُمْ مَّغْفِرَةٌ مِّنْ رَّبِّهِمْ

Orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan daripada tuhan mereka

وَجَنّٰتٌ تَجْرِيْ مِنْ تَحْتِهَا الْاَنْهٰرُ خٰلِدِيْنَ فِيْهَا

Dan syurga yang mengalir di bawahnya beberapa batang sungai, mereka kekal di dalamnya

وَنِعْمَ اَجْرُ الْعٰمِلِيْنَۗ

Dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang yang beramal
 
Tuntutan Segera Bertaubat
  • Taubat bermaksud kembali mentaati Allah SWT setelah melakukan maksiat atau dosa.
  • Seorang yang melakukan dosa dituntut untuk segera bertaubat.
  • Amalan ini merupakan ciri orang yang bertakwa.
  • Allah SWT telah menyediakan syurga untuk orang yang bertakwa.
 
Imej ini menunjukkan grafik dengan empat kelopak yang mengelilingi bulatan tengah. Di dalam bulatan tengah tertulis ‘Ciri-Ciri Orang Bertakwa’. Setiap kelopak mengandungi satu ciri, iaitu: 1. Memohon keampunan 2. Menafkahkan harta 3. Menahan kemarahan 4. Memaafkan Logo ‘Pandai’ terletak di bahagian bawah kiri imej.
 
Syarat Taubat
  • Ingat kepada Allah SWT dengan rasa menyesal atas dosa yang dilakukan.
  • Beristighfar memohon keampunan daripada Allah SWT.
  • Berhenti daripada melakukan dosa dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi.
  • Jika dosa berkait dengan orang lain, maka hendaklah meminta maaf daripadanya, memulangkan hak atau hartanya dan meminta supaya dihalalkan.
 
Pengajaran Ayat
  • Segera bertaubat serta melakukan amal soleh agar menjadi orang yang bertakwa dan mendapat ganjaran syurga.
  • Membelanjakan harta ke jalan Allah SWT seperti bersedekah sama ada ketika dalam keadaan senang mahupun susah.
  • Menahan kemarahan agar pergaduhan dapat dielakkan.
  • Memaafkan kesalahan orang lain terhadap kita agar hidup lebih harmoni.
  • Sentiasa memohon kemaafan Allah SWT dengan berzikir dan beristighfar serta berazam tidak melakukan dosa lagi.