|
|
4.1
|
Solat Berjemaah Pengikat Hati
|
|
|
Maksud solat berjemaah
|
Bahasa |
Berkumpul. |
Istilah |
Solat makmum bersama-sama dengan solat imam dengan sekurang-kurangnya seorang iamam dan seorang makmum mengikut syarat-syarat tertentu. |
|
|
|
Hukum solat berjemaah
|
Bagi individu |
Sunat muakkad |
Bagi komuniti masyarakat |
Fardhu kifayah |
|
|
|
Syarat menjadi imam:
- Imam boleh membaca Al-Fatihah dengan bacaan yang betul.
- Imam lelaki bagi semua makmum. Imam perempuan pula hanya boleh jika semua makmum adalah perempuan.
- Makmum meyakini sahnya solat imam.
|
|
Ciri-ciri keutamaan orang yang dipilih sebagai imam:
- Pemimpin
- Imam yang dilantik oleh pemerintah
- Tuan rumah
- Lebih alim dan berpengetahuan
- Lebih fasih bacaan Al-Quran
- Lebih warak dan soleh
- Lebih baik akhlaknya
- Lebih bersih badannya dan kemas pakaiannya
- Lebih merdu suaranya
- Telah berkahwin
- Lebih tua
|
|
Syarat solat berjemaah:
- Makmum berniat mengikut imam.
- Makmum mengetahui pergerakan imam.
- Kedudukan makmum di belakang imam, iaitu tumit makmum mesti dibelakang tumit imam.
- Pergerakan makmum mengikut semua rukun fi'li imam selepas sempurna pergerakan imam.
- Jarak di antara saf terakhir di dalam masjid dengan saf pertama di luar masjid tidak boleh melebihi 150 meter (300 hasta).
|
|
Perbezaan makmum masbuk dan makmum makmum muafik adalah seperti berikut:
|
|
Makmum muafik
|
Makmum masbuk
|
- Makmum yang sempat membaca Al-Fatihah dengan sempurna bersama-sama dengan imam sebelum imam rukuk pada rakaat pertama.
- Makmum muafik hendaklah menyempurnakan rakaat bersama-sama dengan imam.
|
- Makmum yang tidak sempat membaca Al-Fatihah dengan sempurna bersama-sama dengan imam sebelum imam rukuk pada rakaat pertama.
- Jika sempat rukuk dan tamakninah bersama-sama dengan imam, makmum mendapat rukuk pertama.
- Makmum masbuk hendaklah sempurnakan rakaat yang tertinggal selepas imam memberi salam.
|
|
|
Kaifiat solat bagi makmum masbuk:
- Tidak tergesa-gesa mendapatkan rakaat bersama imam.
- Berdiri tegak, berniat, takbiratulihram dan tamakninah serta terus mengikut pergerakan imam.
- Tidak memberi salam bersama-sama dengan imam, sebaliknya berdiri selepas imam memberi salam untuk menyempurnakan rakaat yang tertinggal.
- Menyempurnakan segala rukun solat sehinggan salam.
|
|
Hikmah solat berjemaah:
Solat secara berjemaah dapat:
- Melahirkan masyarakat yang berdisiplin dan patuh kepada araahn pemimpin kerana melazimkan diri mengikut segala pergerakan imam.
- Menyatukan hati umat Islam kerana sentiasa solat dalam saf yang teratur.
- Melatih diri menjadi pemimpin yang berkualiti kerana mengikut kaifiat solat berjemaah yang betul.
- Ganjaran pahala dengan kelebihan 27 ganda berbanding solat bersendirian.
- Menjadikan tubuh badan lebih segar dan bertenaga kerana solat berjemaah menyambungakn cas elektrik positif dan negatif dalam badan.
|
|
|