|
4.2
|
Solat Jumaat Wadah Kesatuan
|
|
|
Maksud solat Jumaat
|
Bahasa |
Perhimpuan (segala kebaikan). |
Istilah |
Solat dua rakaat secara berjemaah pada hari Jumaat dalam waktu Zohor yang didahului dua khutbah beserta dengan rukun dan syarat tertentu. Solat ini menggantikan solat Zohor. |
|
|
|
Hukum solat Jumaat
|
Fardu ain bagi setiap lelaki Muslim yang mukallaf. |
|
|
Syarat wajib solat Jumaat:
- Islam, bukan kafir
- Baligh, bukan kanak-kanak
- Berakal, bukan gila
- Merdeka, bukan hamba
- Lelaki, bukan perempuan
- Sihat
- Mastautin, bukan musafir. Solat Jumaat kekal wajib bagi mukim yang mendengar azan.
|
|
Syarat sah solat Jumaat:
- Didirikan di masjid.
- Bilangan jemaah sekurang-kurangnya 40 orang yang bermastautin termasuk imam.
- Didirikan dalam waktu Zohor.
- Hanya satu solat Jumaat bagi satu tempat.
- Didirikan secara berjemaah.
- Didahului dengan dua khutbah.
|
|
Maksud mastautin, mukim dan musafir berserta hukum menunaikan solat Jumaat adalah seperti berikut:
|
|
|
Maksud
|
Hukum solat Jumaat
|
Mastautin |
Orang yang tinggal tetap di sesuatu tempat |
Wajib |
Musafir |
Orang yang sedang dalam perjalanan dengan jarak melebihi dua marhalah (81 kilometer) |
Wajib solat Jumaat jika memulakan perjalan selepas waktu subuh hari Jumaat |
Mukim |
Orang yang menetap di satu tempat lebih daripada tiga hari tidak termasuk hari perjalanan |
Wajib jika mendengar azan |
|
|
Hikmah solat Jumaat:
- Melaksanakan salah satu ajaran Islam, iatu solat Jumaat.
- Menzahirkan syiar Islam pada hari kebesarannya iatu hari Jumaat.
- Saling mengenali dan merapatkan ukhwah antara umat Islam.
- Menyatukan pandangan umat Islam serta mengikatkan isu semasa yang berlaku dalam masyarakat kita dan negara melalui khutbah solat Jumaat.
- Melatih umat Islam supaya bersatu.
|
|
Maksud khutbah Jumaat
|
Ucapan yang disampaikan oleh khatib sebelum solat Jumaat yang mengandungi nasihat, peringatan dan pengajaran mengikut syarat tertentu. |
|
|
Hukum khutbah Jumaat
|
Wajib dan termasuk dalam syarat sah solat Jumaat. |
|
|
Syarat khutbah Jumaat:
Bagi Khatib:
- Khatib berdiri jikan mampu dan duduk di antara dua khutbah.
- Khutbah disampaikan sebelum solat Jumaat.
- Rukun khutbah disampaikan dalam bahasa Arab.
- Khatib suci daripada hadas dan najis serta menutup aurat.
Bagi khutbah:
- Betrurut-turut antara rukun khutbah, khutbah pertama dengan khutbah kedua serta khutbah kedua dengan solat.
- Rukun khutbah didengar oleh 40 jemaah (mastautin) yang wajib solat Jumaat.
|
|
Rukun khutbah Jumaat:
- Memuji Allah SWT, sekurang-kurangnya "Alhamdulillah".
- Berselawat ke atas Rasulullah SAW sekurang-kurangnya " اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد ".
- Memberi nasihat supaya bertakwa.
- Membaca satu ayat Al-Quran pada satu daripada dua khutbah.
- Berdoa untuk orang Islam pada khutbah kedua sekurang-kurangnya " اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ ".
|
|
Sunat khutbah Jumaat:
Bagi khatib:
- Berkhutbah di atas mimbar.
- Duduk di atas mimbar sebelum menyampaikan khutbah.
- Menghadapkan wajahnya tanpa menoleh ke kanan atau ke kiri.
- Memberi salam setelah naik ke atas mimbar.
- Menguatkan suara agar khutbah didengari lebih daripada 40 jemaah (mastautin).
- Memendekkan kedua-dua khutbah. Khutbah kedua lebih pendek daripada khutbah pertama.
- Memegang tongkat dengan tangan kiri.
Bagi makmum:
- Mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatib.
- Melaksanakan solat sunat secara ringkas jika khatib sedang berkhutbah.
|
|
Adab mendengar khutbah Jumaat:
- Memberikan fokus kepada isi kandungan khutbah.
- Diam dan tidak bercakap-cakap. Hukum bercakap ketika khutbah sedang disampaikan adalah makruh dan boleh menghilangkan pahala Jumaat.
- Tidak tidur.
- Sekiranya rasa mengantuk, hendaklah berpindah ke tempat yang lain dengan syarat ridak melangkah orang lain.
- Tidak melakukan perbuatan sia-sia contohnya menggunakan sebarang gajet seperti telefon bimbit.
|
|
Amalan sunat hari Jumaat:
- Memotong kuku dan misai
- Mencabut bulu ketiak
- Menggunting bulu ari-ari
- Mandi sunat
- Memakai pakain terbaik serta berwangi-wangian
- Bersegera ke masjid
- Memperbanyak berselawat ke atas Rasulullah SAW dan berdoa
- Membaca surah Al-Kahfi
|
|