Puasa Benteng Diri

4.5 Puasa Benteng Diri
 
Keistimewaan Bulan Ramadan
  • Bulan diturunkan Al-Quran.
  • Bulan untuk berpuasa.
  • Terdapat Lailatur Qadar yang lebih baik daripada seribu bulan.
  • Bulan pengampunan.
 
Maksud Puasa
Bahasa Menahan diri
Istilah Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa, bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari dan disertai dengan niat puasa.
 
Hukum Puasa
Wajib bagi setiap individu muslim.
 
Syarat Wajib Puasa
  • Islam, bukan kafir
  • Baligh, bukan kanak-kanak
  • Berakal, tidak gila
  • Tidak uzur syarie seperti yang menghalangnya berpuasa:
    • haid atau nifas
    • gila walaupun seketika
    • pitam sepanjang hari
  • Tidak uzur syarie yang mengharuskannya berbuka puasa:
    • Musafir
    • Sakit yang memudaratkan
    • Orang tua atau pesakit yang tiada harapan untuk sembuh
 
Syarat Sah Puasa
  • Islam, bukan kafir
  • Mumayyiz

Rukun Puasa
  • Niat
  • Tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa
 
Perkara yang Membatalkan Puasa
  • Makan dan minum
  • Muntah dengan sengaja
  • Haid atau nifas
  • Mengeluarkan air mani dengan sengaja
  • Pitam sepanjang hari
  • Hilang akal
  • Memasukan sesuatu ke dalam anggota badan melalui rongga terbuka
  • Bersetubuh
  • Murtad
 
Perkara Makruh Ketika Berpuasa
  • Tidur berlebihan di siang hari
  • Merasa makanan di lidah tanpa menelannya
  • Berkumur atau memasukkan air ke hidung secara berlebihan
  • Mandi wajib selepas fajar
  • Berbekam
  • Mandi secara berlebihan untuk menyegarkan badan
  • Melewatkan berbuka
  • Melakukan permulaan persetubuhan bagi suami isteri
 
Perkara Sunat Ketika Berpuasa
 Ketika Sahur
  • Bersahur
  • Melewatkan sahur
  • Mandi wajib sebelum fajar jika berjunub
Ketika Berbuka
  • Bersegera untuk berbuka
  • Mendahulukan kurm, air atau makanan manis ketika berbuka
  • Membaca doa berbuka
  • Menjamu orang lain berbuka puasa walau hanya dengan sebiji kurma atau seteguk air
Ibadah pada Waktu Siang dan Malam
  • Membaca Al-Quran
  • Berzikir, berselawat dan berdoa
  • Bersedekah
  • Beriktikaf di masjid, terutama pada sepuluh hari terakhir Ramadan
  • Menahan lidah daripada perkara yang haram seperti mengumpat dan berbohong
  • Menahan diri daripada perbuatan yang memberahikan seperti menonton video lucah dan melihat bukan muhrim tanpa sebab
  • Solat tarawih dan witir (waktu malam sahaja)
 
  Contoh
Puasa wajib
  • Puasa Ramadan
  • Puasa qada
  • Puasa nazar
  • Puasa kafarah
Puasa sunat
  • Puasa pada hari Isnin dan Khamis
  • Puasa selang sehari (Puasa Nabi Daud)
  • Puasa Hari Arafah (9 Zulhijjah)
  • Puasa Hari Tasu'a (9 Muharram) dan Asyura (10 Muharram)
  • Puasa pada Hari Putih (Ayyamul Bidh), iatu pada 13, 14, 15 setiap bulan
  • Puasa enam hari pada bualan Syawal selepas Aidilfitri
Puasa makruh
  • Puasa hari Jumaat sahaja
  • Puasa hari Sabtu sahaja
  • Puasa hari Ahad sahaja
  • Puasa sepanjang tahun
Puasa haram
  • Puasa pada hari Aidilfirti dan Aidiladha
  • Puasa pada harimTasyrik, iatu pada 11, 12, 13 Zulhijjah
  • Puasa selepas Nifsu Syaban (kecuali bagi orang yang biasa berpuasa dan orang yang wajib berpuasa)
  • Puasa pada hari Syak, iatu pada 30 Syaban
 
Golongan yang Diharuskan Berbuka Puasa
  • Musafir yang diharuskan syarak.
  • Orang yang ditimpa sakit yang memudaratkan.
  • Orang tua yang tidak mampu berpuasa.
  • Ibu yang mengandung atau menyusukan anak yang bimbang akan kesihatan diri atau anaknya.
  • Orang yang terlalu lapar atau dahaga sehingga boleh membahayakan dirinya.
  • Orang yang melakukan pekerjaan berat sehingga boleh memudaratkan dirinya jika meneruskan puasa.
 
Maksud Qada, Fidyah dan Kafarah

Qada

Menggantikan hari puasa Ramadan bagi setiap hari yang ditinggalkan.

Fidyah

Memberi makanan kepada fakir miskin dengan kadar secupak makanan asas sesebuah negara bagi sehari puasa yang ditinggalkan. Secupak bersamaan dengan 675 gram makanan. 

Kafarah

Denda yang dikenakan kepada suami isteri yang membatalkan puasa pada bulan Ramadan dengan melakukan persetubuhan, mengikut turutan berikut:

  1. Memerdekan seorang hamba.
  2. Jika tidak mampu, berpuasa dua bulan berturut-turut.
  3. Jika tidak mampu, memberi makanan kepada  60 orang miskin dengan kadar secupak seorang.
 
Imej ini menunjukkan carta yang menerangkan ‘Golongan yang Wajib Qada.’ Terdapat empat bulatan yang dihubungkan kepada bulatan tengah. Bulatan tengah berwarna hitam dengan teks putih. Empat bulatan yang mengelilinginya berwarna biru muda dengan teks putih. Setiap bulatan mewakili kategori yang berbeza: 1. Musafir yang diharuskan syarak. 2. Perempuan yang haid atau nifas. 3. Ibu yang mengandung atau menyusukan anak yang bimbang akan kesihatan dirinya. 4. Orang yang ditimpa sakit yang memudaratkan. Di bahagian bawah terdapat logo Pandai.
 
Golongan yang Wajib Fidyah
  • Pesakit yang tiada harapan untuk sembuh.
  • Orang yang tidak mampu berpuasa.
  • Orang yang mati sebelum sempat qada puasa, jika tidak diqada oleh waris.
 
Golongan yang Wajib Qada dan Fidyah
  • Ibu yang mengandung atau menyusukan anak yang bimbang akan kesihatan anaknya.
  • Tidak qada puasa tanpa keuzuran sehingga bulan Ramadan seterusnya tiba.
 
Golongan yang Wajib Qada dan Kafarah
  • Suami yang membatalkan puasa pada bulan Ramadan dengan melakukan persetubuhan.
 
Hikmah Puasa
  • Menambah ketaatan kepada Allah SWT kerana melaksanakan ibadah kepada-Nya dan mengurangkan maksiat.
  • Memelihara kesihatan badan kerana merehatakan sistem pencernaan dan mengatur diet seimbang.
  • Melahirkan sifat muhibah belas ihsan kepada fakir miskin kerana merasai pengalaman kekurangan makanan.
  • Menjimatkan perbelanjaan kerana puasa dapat mengurangakn perbelanjaan makanan dan minuman pada siang hari.
  • Mengelakkan diri daripada terjerumus dalam perzinaan kerana dapat mengawal nafsu syahwat.
 
Kelebihan Puasa dari Sudut Sains
  • Puasa merupakan satu proses detoksifikasi yang baik. Proses detoksifikasi ialah proses membersihkan dan menyucikan badan daripada racun dan toksik.
  • Puasa dapat menyembuhkan dan membantu mempercepat proses penyembuhan oenyakit seperti asma, radang sendi, susah tidur, sakit kulit dan gangguan pada sistem pengahdaman.
  • Melewatkan sahur membantu memelihara kesihatan badan dan mengelakkan risiko seperti kegemukan, sakit jantung, kencing manis dan kekurangan zat besi yang boleh mengakibatkan penyakit anemia.
  • Kurma yang digalakkan untuk dimakan ketika berbuka mengandungi sejenis gula yang mudah diserap badan iatu glukosa dan fruktosa serta 23 jenis asid amino yang sebahagiannya tidak terdapat dalam buah-buahan yang lain.