|
Bab ini adalah tentang analisis penyata kewangan dan perbandingan prestasi. |
|
1.1 |
Analisis Penyata Kewangan dan Perbandingan Prestasi
|
|
|
|
Analisis Penyata Kewangan |
|
|
Analisis yang dilakukan ke atas butir-butir dalam Akaun Perdagangan dan Untung Rugi dan Penyata Kedudukan Kewangan sesebuah perniagaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Tujuan Analisis Penyata Kewangan |
- Membantu pihak pengurusan menilai prestasi perniagaan dan seterusnya membuat keputusan kewangan perniagaan.
- Membantu pihak luar membuat keputusan mengenai kemudahan kredit.
- Membantu pihak pelabur membuat keputusan yang berkaitan dengan pelaburan.
|
|
|
Analisis Nisbah |
|
|
Satu kaedah untuk menginterpretasikan data-data kewangan tertentu yang terdapat dalam penyata kewangan. |
|
|
|
|
|
|
|
Jenis-jenis Nisbah Kewangan |
- Nisbah Keberuntungan
- Nisbah Kecekapan
- Nisbah Kecairan
|
|
|
Nisbah Keberuntungan |
|
|
Mengukur kemampuan sesebuah perniagaan dalam memperoleh keuntungan. |
|
|
|
|
|
|
|
Nisbah Keberuntungan
- Peratus Untung Kasar atas Kos Jualan (Tokokan)
- Peratus Untung Kasar atas Jualan (Margin Untung Kasar)
- Peratus Untung Bersih atas Jualan (Margin Untung Bersih)
- Pulangan atas Modal
|
|
|
Nisbah Kecairan |
|
|
Mengukur keupayaan perniagaan membuat pelbagai jenis pembayaran kepada pihak luaran seperti pembekal dan bank yang mana ia menunjukkan keadaan mampu bayar sesebuah perniagaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Nisbah Kecairan |
- Nisbah Semasa
- Nisbah Ujian Asid
|
|
|
Nisbah Kecekapan |
|
|
Mengukur kecekapan perniagaan mengurus inventori, mengutip dan membayar hutang. |
|
|
|
|
|
|
|
Nisbah Kecekapan |
- Kadar Pusing Ganti Inventori
- Tempoh Kutipan Hutang
- Tempoh Pembayaran Hutang
|
|
Peratus Untung Kasar atas Kos Jualan (Tokokan) |
- Mengukur peratus pertambahan pada kos barang bagi mendapatkan harga jualan.
- Menunjukkan hubungan antara Untung Kasar dengan Kos Jualan.
- Nisbah ini menunjukkan keberkesanan sesebuah perniagaan mengawal harga jualan dan kos untuk memaksimumkan keuntungan.
|
|
|
Peratus Untung Kasar atas Jualan (Margin Untung Kasar) |
- Untung Kasar yang diperoleh daripada setiap ringgit Jualan Bersih.
- Menunjukkan hubungan antara Untung Kasar dengan Jualan Bersih.
|
|
|
Peratus Untung Bersih atas Jualan (Margin Untung Bersih) |
- Mengukur Untung Bersih yang diperoleh bagi setiap ringgit Jualan Bersih.
- Menunjukkan hubungan antara Untung Bersih dengan Jualan Bersih.
- Menunjukkan keberkesanan sesebuah perniagaan mengurus kos operasi atau kecekapan kendalian sesebuah perniagaan.
|
|
|
Pulangan atas Modal |
- Mengukur Untung Bersih bagi setiap ringgit modal yang dilaburkan.
- Menunjukkan hubungan antara Untung Bersih dengan Modal Awal.
|
|
|
Nisbah Semasa |
- Mengukur keupayaan sesebuah perniagaan menjelaskan semua Liabiliti Semasa mengikut masa yang ditetapkan.
- Menunjukkan hubungan antara Aset Semasa dengan Liabiliti Semasa.
|
|
|
Nisbah Ujian Asid |
- Mengukur keupayaan sesebuah perniagaan untuk membayar hutang jangka pendek dengan cepat atau serta merta.
- Menunjukkan hubungan antara Aset Semasa (kecuali Inventori Akhir) dengan Liabiliti Semasa.
|
|
|
Kadar Pusing Ganti Inventori |
- Menghitung kekerapan pusingan inventori dalam setahun.
- Menunjukkan hubungan antara Kos Jualan degan Inventori Purata.
- Dapat mengukur keupayaan sesebuah perniagaan menjual barang niaga yang menyebabkan modal perniagaan terikat pada inventori yang tidak dijual.
|
|
|
Tempoh Kutipan Hutang |
- Mengukur keupayaan atau kecekapan perniagaan membuat kutipan hutang daripada pelanggan.
- Merupakan purata jangka masa yang diambil oleh pelanggan untuk membayar hutangnya.
|
|
|
Tempoh Pembayaran Hutang |
- Mengukur keupayaan atau kecekapan perniagaan membuat bayaran hutang kepada pembekal.
- Merupakan purata jangka masa yang diambil oleh perniagaan untuk membayar hutang kepada pembekal.
|
|
|
|
Tujuan Perbandingan Prestasi Perniagaan |
- Mengetahui Kekuatan dan kelemahan perniagaan.
- Merancang dan mengawal masa depan perniagaan.
- Membuat keputusan mengikut matlamat perniagaan demi memaksimumkan keuntungan.
|
|
Dua jenis perbandingan prestasi perniagaan:
- Antara tempoh
- Antara tempoh dalam tahun perakaunan semasa
- Antara tempoh perakaunan
- Antara perniagaan dalam industri yang sama
|
|
Empat cara meningkatkan prestasi perniagaan:
- Meningkatkan jumlah jualan dengan menambahkan unit keluaran. Jualan boleh ditambah melalui perniagaan dalam talian.
- Mengurangkan kos jualan dan belanja operasi melalui kawalan dan penjimatan
- Menggiatkan aktiviti promosi untuk menarik pelanggan. Perniagaan juga boleh memperkenalkan produk dengan menyertai pameran.
- Meningkatkan pelaburan untuk menambahkan modal perniagaan.
|
|
Tujuan perbandingan antara perniagaan dalam industri yang sama
- Mengetahui kedudukan perniagaan yang lebih baik
- Membantu pihak pengurusan memperbaiki prestasi perniagaan
|
|
|