Penyata Penyesuaian Bank

3.2

Penyata Penyesuaian Bank

  Penyata Bank  
  Salinan rekod urus niaga yang dihantar oleh pihak bank pada setiap akhir bulan kepada pemegang Akaun Semasa.  
     
Fungsi Penyata Bank
  • Mengetahui baki akhir Akaun Bank.
  • Mengetahui jumlah yang dibayar dan diterima.
  • Menyemak dan membandingkan catatan di Buku Tunai dengan Penyata Bank.
 
Tujuan Penyediaan Penyata Penyesuaian Bank
  • Mengenal pasti butiran yang menyebabkan berlakunya perbezaan antara baki Akaun Bank di Buku Tunai dengan baki di Penyata Bank.
  • Mengenal pasti ketepatan catatan di Buku Tunai.
  • Menyelaraskan baki Akaun Bank di Buku Tunai dengan baki di Penyata Bank.
 
Sebab berlaku perbezaan baki akaun bank di Buku Tunai dengan baki di Penyata Bank
  1. Butiran yang dicatat di Buku Tunai tetapi belum dicatat di Penyata Bank
    • Cek belum dikemukakan 
    • Deposit belum dikreditkan
  2. Butiran yang dicatat di Penyata Bank tetapi tidak dicatat di Buku Tunai
    • Pembayaran bank bagi pihak pelanggan.
    • Penerimaan bank bagi pihak pelanggan.
    • Cek Tak Laku (Cek Tak Layan).
  3. Kesilapan catatan di Buku Tunai
 
Kaedah Penyediaan Penyata Penyesuaian Bank
  1. Dengan mengemas kini Buku Tunai
    • Bermula dengan baki di Buku Tunai terselaras
  2. Tanpa mengemas kini Buku Tunai
    • Bermula dengan baki di Buku Tunai
    • Bermula dengan Baki di Penyata Bank
 
Enam langkah Penyediaan Penyata Penyesuaian Bank
  1. Membuat perbandingan baki akhir Buku Tunai dengan baki akhir Penyata Bank.
  2. Membuat perbandingan butiran sebelah debit di Buku Tunai dengan butiran sebelah kredit di Penyata Bank.
  3. Membuat perbandingan butiran sebelah kredit di Buku Tunai dengan butiran sebelah debit di Penyata Bank.
  4. Tentukan sama ada terdapat kesilapan catatan di Buku Tunai bagi transaksi yang sama.
  5. Lihat maklumat tambahan sekiranya terdapat cek tak laku dan tandakan (CTL) di sebelah amaun pada Buku Tunai.
  6. Sediakan Penyata Penyesuaian Bank mengikut kaedah dengan mengemas kini Buku Tunai atau tanpa mengemas kini Buku Tunai.
 
Penyediaan Penyata Penyesuaian Bank dengan Mengemas kini Buku Tunai (Kaedah 1)
  • Mengikut kaedah ini, Buku Tunai perlu dikemas kini terlebih dahulu sebelum menyediakan Penyata Penyesuaian Bank.
  • Buku Tunai dikemas kini dengan merekodkan butiran yang terdapat di Penyata Bank tetapi tidak dicatat di Buku Tunai. Misalnya:
    • Penerimaan terus oleh bank bagi pihak pelanggan seperti dividen, pindahan kredit dan faedah atas simpanan tetap.
    • Pembayaran oleh bank bagi pihak pelanggan seperti caj bank, perintah sedia ada (Arahan tetap), bayaran buku cek dan faedah atas overdraf.
Butiran yang menyebabkan baki Buku Tunai bertambah Butiran yang menyebabkan baki Buku Tunai berkurang
Terdapat di Penyata Bank
  1. Dividen
  2. Pindahan kredit
  3. Faedah atas Simpanan
  1. Caj bank
  2. Perintah sedia ada (Arahan tetap)
  3. Bayaran buku cek
Terdapat di Buku Tunai
  1. Kesilapan catatan di Buku Tunai (Penerimaan terkurang catat dan Pembayaran terlebih catat)
  1. Kesilapan catatan di Buku Tunai (Penerimaan terlebih catat dan Pembayaran terkurang catat)
  2. Cek tak laku
 
Format Penyata Penyesuaian Bank dengan mengemas kini Buku Tunai:

Penyediaan Penyata Penyesuaian Bank Tanpa Mengemas kini Buku Tunai (Kaedah 2)
 
a) Bermula dengan baki di Buku Tunai

b) Bermula dengan baki di Penyata Bank

Penyediaan Penyata Penyesuaian Bank (Akaun Bank berbaki overdraf)
 
Overdraf berlaku apabila pengeluaran wang melebihi baki yang terdapat dalam akaun bank pelanggan.

Buku Tunai berbaki kredit

atau

Penyata Bank berbaki debit