Percukaian

4.1

 Percukaian

Apakah itu percukaian?
 
Percukaian ialah satu proses hasil (wang) dikumpul daripada individu atau syarikat untuk digunakan dalam pembangunan negara dengan menyediakan pelbagai kemudahan (misalnya pendidikan, kesihatan, keselamatan, kebajikan) demi kesejahteraan semua rakyat. Semua hasil cukai yang dikutip berdasarkan akta-akta yang diluluskan dalam parlimen.
 
Tujuan Percukaian:

1. Sumber pendapatan kerajaan

  • untuk mentadbir urus negara
  • untuk membiayai projek pembangunan negara
  • untuk mengagih semula ketidakseimbangan pendapatan
    dalam masyarakat

2. Alat pelaksanaan polisi kerajaan

  • supaya polisi tersebut mendapat kesan yang lebih efektif
  • Contoh: pelepasan cukai untuk rawatan perubatan ibu bapa untuk mewujudkan masyarakat penyayang
  • Contoh: Cukai Keuntungan Harta Tanah dikenakan apabila kerajaan ingin mengurangkan aktiviti pelaburan hartanah yang keterlaluan

3. Kawalan penjualan barangan atau perkhidmatan

  • Cukai boleh dikenakan pada sesuatu barangan atau perkhidmatan supaya rakyat dapat mengurangkan pembelian barangan atau
    penggunaan perkhidmatan tertentu. Misalnya, cukai rokok, cukai arak dan cukai perjudian.

4. Alat kewangan untuk menstabilkan ekonomi

  • Pada keadaan tertentu, cukai merupakan satu daripada alat kewangan bagi kerajaan untuk menstabilkan ekonomi.
 
Ke Mana Hasil Cukai Digunakan?

  • Pendidikan
  • Kesihatan
  • Kebajikan
  • Infrastruktur dan Kemudahan Awam
  • Pertanian dan Perindustrian
  • Keselamatan dan Pertahanan Negara
  • Pembangunan
 
Jenis cukai:

1. Cukai Pendapatan

  • Cukai yang dikenakan atas pendapatan yang diperoleh oleh seseorang individu bergaji atau sesebuah syarikat yang beroperasi di Malaysia.
  • Setiap individu yang bergaji dan syarikat yang memperoleh keuntungan dikehendaki mendaftar sebagai pembayar cukai, mentaksirkan pendapatan tahunan dan membayar cukai pendapatan setiap tahun.
  • Laporkan semua pendapatan, pengecualian, potongan, pelepasan dan rebat dengan
    mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) sama ada melalui borang ataupun
    secara elektronik melalui Internet (ezHasil).
  • Pihak yang mengutip: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

2. Cukai Jalan

  • Cukai yang dikenakan terhadap pengguna jalan raya yang memiliki kenderaan termasuk motosikal dan kereta.
  • Pemilik kenderaan perlu membayar cukai jalan sebelum tarikh tamat tempoh cukai jalan. Tarikh tersebut tercetak di
    atas resit cukai jalan (Lesen Kenderaan Motor) yang wajib dilekatkan atau ditunjukkan pada kenderaan.
  • Kenderaan yang cukai jalan telah tamat tempoh lebih daripada setahun perlu dihantar ke Puspakom untuk diperiksa. Laporan pemeriksaan Puspakom dan bayaran cukai perlu dihantar ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengaktif balik cukai jalan.
  • Sekiranya cukai jalan tidak dibayar, kenderaan itu tidak dibenarkan untuk berada di atas jalan raya.
  • Pihak yang mengutip: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

3. Cukai Pintu

  • Cukai yang dikenakan kepada semua pegangan atau harta tanah (rumah kediaman, perindustrian, bangunan komersial dan tanah kosong) untuk membiayai kos penyelenggaraan bandar seperti mengangkut sampah, membersihkan longkang dan sebagainya.
  • Cukai ini juga dikenali sebagai cukai taksiran.
  • Pihak yang mengutip: Pihak berkuasa tempatan iaitu majlis perbandaran atau majlis daerah.

4. Cukai Tanah

  • Cukai yang dikenakan terhadap pemilik tanah pertanian, tanah perusahaan dan tanah bangunan.
  • Cukai ini ditafsirkan sebagai sewa bawah Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1965.
  • Pihak yang mengutip: Pihak berkuasa negeri iaitu Pejabat Tanah dan Galian..

5. Cukai Jualan dan Perkhidmatan

  • Cukai Jualan dan Perkhidmatan mula dikuatkuasakan pada 1 September 2018, terdiri daripada dua jenis iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan.
  • Cukai jualan merupakan cukai yang dikenakan sekali sahaja atas pelbagai barangan bercukai pada peringkat pengeluaran atau pengimportan.
  • Cukai perkhidmatan ialah cukai yang dikenakan terhadap pengguna yang menggunakan perkhidmatan bercukai tertentu seperti perkhidmatan hotel, insurans dan takaful, penyediaan makanan dan minuman, telekomunikasi, kad kredit dan sebagainya.
  • Pengeluar atau pengimport dengan nilai jualan barangan bercukai melebihi RM500 000 setahun perlu didaftarkan bawah Akta Cukai Jualan 2018.
  • Pembekal perkhidmatan dengan nilai perkhidmatan bercukai yang disediakan melebihi nilai ambang RM500 000
    setahun dan pembekal perkhidmatan penyediaan makanan dan minuman dengan nilai perkhidmatan bercukai yang disediakan melebihi nilai ambang RM1 500 000 setahun, perlu didaftarkan bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018.
  • Pengutipan cukai ialah tanggungjawab pembekalperkhidmatan bagi pihak kerajaan. Cukai perkhidmatan perlu dikutip daripada pelanggan iaitu penerima perkhidmatan. Cukai perkhidmatan yang dikutip oleh pembekal perkhidmatan akan dibayar kepada kerajaan dalam tempoh masa tertentu.
  • Pihak yang mengutip: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
 
Bagaimanakah mengira cukai pendapatan?
 
Cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh seseorang individu dapat dikira melalui proses pengiraan seperti carta alir berikut:
 
\(\text{Hitung Pendapatan Bercukai}\rightarrow\text{Hitung Cukai Pendapatan}\rightarrow\text{Tolak Rebat Cukai}\rightarrow\text{Cukai Pendapatan yang perlu dibayar}\)
 
Rumus Pendapatan Bercukai
 
\(\text{Pendapatan bercukai}=\text{jumlah pendapatan tahunan}-\text{pengecualian cukai}-\text{pelepasan cukai}\)
 
Jumlah pendapatan tahunan: termasuk segala bentuk upah, gaji, bonus, dividen, faedah, sewa, royalti, premium dan sebagainya. Namun, tidak semua pendapatan yang diterima daripada majikan perlu dikenakan cukai, contohnya elaun petrol atau perjalanan, subsidi-subsidi majikan seperti perumahan dan kenderaan, manfaat perubatan, Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), keraian dan lain-lain.
 
Pengecualian cukai: merujuk kepada semua perbelanjaan peribadi dalam bentuk hadiah, derma, sumbangan kepada kerajaan atau pelbagai organisasi, contohnya perpustakaan negeri dan badan rawatan kesihatan. Perbelanjaan tersebut boleh dikecualikan cukai tetapi tertakluk kepada had tertentu. Pengecualian cukai ini bertujuan untuk meningkatkan perkembangan kebudayaan, kesenian dan juga memupuk masyarakat penyayang.
 
Pelepasan cukai: merujuk kepada perkara atau perbelanjaan bagi kepentingan persendirian atau ahli-ahli keluarga yang tidak dikenakan cukai pendapatan, antaranya caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), rawatan perubatan dan yuran pengajian. Jenis pelepasan cukai bergantung kepada dasar yang ditetapkan oleh kerajaan dan boleh berubah setiap tahun.
 
Cukai Pendapatan
 
Selepas pendapatan bercukai diperoleh, cukai pendapatan boleh ditentukan dengan merujuk jadual kadar cukai. Kadar cukai ditetapkan oleh kerajaan dan boleh berubah mengikut polisi kerajaan pada belanjawan tahunan. Jadual di bawah ialah kadar cukai pendapatan individu
untuk Tahun Taksiran 2020.
 
Rebat Cukai
 
Rebat cukai diberikan untuk mengurangkan cukai yang perlu dibayar. Terdapat 2 jenis rebat cukai, iaitu:
 
  • Rebat cukai sebanyak RM400 akan diberikan kepada pembayar cukai sekiranya pendapatan bercukainya tidak melebihi RM35000, tertakluk kepada perubahan semasa.
  • Jumlah bayaran zakat atau fitrah oleh warganegara yang beragama Islam akan mendapat rebat cukai.
 
Contoh 1
 
Encik Khairul memperoleh pendapatan tahunan sebanyak RM125 300 termasuk elaun. Diberi bahawa elaun-elaun berjumlah RM12 340 adalah dikecualikan cukai. Pada masa yang sama, dia memberi derma kepada perpustakaan berjumlah RM2 000. Jumlah pelepasannya pula ialah RM22 500. Hitung pendapatan bercukai Encik Khairul.
 
Penyelesaian:
 
\(\begin{aligned} &\text{Jumlah pendapatan tahunan}\\ &=\text{RM }125300-\text{RM } 12340\\ &=\text{RM } 112960.\\\\ &\text{Pendapatan bercukai}\\ &=\text{jumlah pendapatan tahunan – pengecualian cukai – pelepasan cukai}\\ &=\text{RM }112960-\text{RM }2000-\text{RM }22500. \end{aligned}\)
 
Apakah potongan cukai bulanan (PCB) dan pengiraan yang terlibat?
 
Potongan Cukai Bulanan (PCB) ialah potongan pendapatan (saraan) pekerja untuk bayaran cukai pendapatan tahun semasa. Jumlah potongan berdasarkan Jadual Potongan Cukai Bulanan atau Kaedah Pengiraan Berkomputer PCB yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
 
Pembayar cukai perlu membuat perbandingan antara jumlah PCB yang telah dipotong dengan cukai yang perlu dibayar seperti yang ditunjukkan di bawah.
 
\(\begin{aligned} 1)&\text{Apabila: Cukai yang perlu dibayar $\gt$ PCB}\\ &\text{Cukai $-$ PCB $=$ Bayaran cukai yang tidak mencukupi}\\ &\text{Bayaran cukai yang tidak mencukupi perlu dijelaskan kepada LHDN}\\\\ 2)&\text{Apabila: Cukai yang perlu dibayar $\lt$ PCB}\\ &\text{PCB$-$Cukai $=$ Lebihan potongan}\\ &\text{Lebihan potongan PCB akan dipulangkan oleh LHDN ke dalam akaun bank pembayar cukai} \end{aligned}\)
 
Contoh 2
 
Gaji tahunan Encik Lim ialah RM74 000 pada tahun 2020. Dia menuntut pelepasan individu sebanyak RM9 000, insurans hayat dan KWSP sebanyak RM7 000, insurans perubatan sebanyak RM1 325 dan perbelanjaan rawatan perubatan ibu sebanyak RM1 250. Dia juga telah mendermakan RM1 000 kepada pusat kebajikan yang diluluskan. Setiap bulan gajinya dipotong sebanyak RM180 untuk potongan cukai bulanan (PCB).
(a) Hitung cukai pendapatan yang perlu dibayar bagi tahun tersebut.
(b) Adakah Encik Lim perlu membuat bayaran baki cukai pendapatan? Jelaskan jawapan anda.
 
Penyelesaian:
 
a) \(\begin{aligned} &\text{Pendapatan bercukai}\\ &=\text{jumlah pendapatan $-$ pengecualian cukai $-$ pelepasan cukai}\\ &=\text{RM74 000 $-$ RM1 000 $-$ (RM9 000 $+$ RM7 000 $+$ RM1 325 $+$ RM1 250)}\\ &=\text{RM54 425}\\ &\text{Pendapatan bercukai Encik Lim, RM54 425 terletak pada banjaran pendapatan bercukai seperti di bawah.} \end{aligned}\)
Banjaran Pendapatan Bercukai
(RM)
Pengiraan
(RM)
Kadar
(%)
Cukai
(RM)
50 001 - 70 000
50 000 pertama
20 000 berikutnya
 
14
1800
2800
\(\begin{aligned} \text{Cukai bagi RM50 000 pertama }&=\text{ RM1 800}.\\ \text{Cukai atas baki berikutnya} &= \text{(RM54 425 – RM50 000) $\times$ 14$\%$}\\ &= \text{RM619.50} \end{aligned}\)
\(\text{Rebat yang layak $=$ RM0 (kerana pendapatan bercukai $\lt$ RM35 000)}\)
\(\begin{aligned} &\text{Cukai pendapatan yang perlu dibayar}\\ & = \text{RM1 800 $+$ RM619.50 $-$ RM0}\\ &= \text{RM2 419.50} \end{aligned}\)
 
b) \(\begin{aligned} &\text{Jumlah PCB yang dipotong}\\ &=\text{RM180 $\times$ 12}\\ &=\text{RM2 160}\\ &\text{Cukai yang perlu dibayar $\lt$ PCB. Jadi, bayaran cukai yang tidak mencukupi perlu dibuat.}\\ &\text{Bayaran cukai yang tidak mencukupi}\\ & =\text{RM2 419.50 $-$ RM2 160}\\ &=\text{RM259.50}\\ &\therefore \text{Encik Lim perlu membuat bayaran sebanyak RM259.50 kepada LHDN kerana jumlah }\\ &\text{ PCB yang dipotong tidak mencukupi untuk cukai pendapatan yang perlu dibayarnya.} \end{aligned}\)
 
Apakah taksiran cukai bersama dan taksiran cukai berasingan serta pengiraan yang terlibat?
 
Taksiran cukai bersama: Taksiran yang dikeluarkan oleh suami (atau isteri). Pendapatan isteri (atau suami) akan dijumlahkan dengan pendapatan suami (atau isteri) semasa membuat taksiran.
 
Taksiran cukai berasingan: Suami dan isteri masing-masing membuat taksiran secara berasingan.
 
Bagaimanakah mengira cukai jalan?
 
Cukai jalan yang dikenakan adalah berdasarkan kapasiti enjin kenderaan yang digunakan oleh pemiliknya. Pada kebiasaannya, cukai jalan akan lebih tinggi bagi kenderaan yang lebih tinggi kapasiti enjinnya.
 
Bagaimanakah mengira cukai pintu?
 
\(\begin{aligned} \text{Jumlah cukai pintu} = \text{kadar cukai pintu}\times\text{nilai tahunan} \end{aligned}\)
 
Kadar cukai pintu ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan berdasarkan lokasi dan jenis hartanah. Jumlah cukai yang perlu dibayar setiap tahun bergantung pada kadar cukai yang dikenakan atas nilai tahunan.
 
Nilai tahunan (atau taksiran tahunan) merupakan anggaran kasar sewa tahunan yang munasabah dan dijangka akan diperoleh dalam setahun daripada pegangan tertentu jika disewakan.
 
Contoh 3
 
Mariani memiliki sebuah rumah kediaman di Subang Jaya. Dia menerima bil cukai pintu daripada Majlis Perbandaran Subang Jaya. Diberi bahawa nilai tahunan ialah RM6 580 dan kadar cukai pintu ialah 5%. Hitung cukai pintu yang perlu dibayar oleh Mariani untuk setiap setengah tahun.
 
Penyelesaian:
 
\(\begin{aligned} &\text{Jumlah cukai pintu}\\ & =\text{ kadar cukai pintu $\times$ nilai tahunan}\\ &= 5\% \times \text{RM6 580}\\ &= \text{RM329 setahun}.\\\\ &\text{Cukai pintu setiap setengah tahun}\\ &=\frac{\text{RM329}}{2}\\ &=\text{RM164.50 setiap setengah tahunr} \end{aligned}\)
 
Bagaimanakah mengira cukai tanah?
 
\(\begin{aligned} \text{Jumlah cukai tanah} = \text{kadar cukai tanah setiap unit keluasan}\times\text{jumlah keluasan tanah} \end{aligned} \)
 
Kadar cukai tanah ditetapkan oleh kerajaan negeri berdasarkan lokasi, saiz dan jenis tanah. Jumlah cukai yang perlu dibayar setiap tahun bergantung pada kadar cukai tanah setiap unit keluasan atas jumlah keluasan tanah yang dimiliki.
 
Contoh 4
 
Encik Hamid memiliki sebuah rumah berkeluasan 130 m2. Diberi bahawa kadar cukai tanah yang dikenakan ialah RM0.43 setiap meter persegi. Hitung jumlah cukai tanah yang perlu dibayar oleh Encik Hamid setiap tahun.
 
Penyelesaian:
 
\(\begin{aligned} &\text{Jumlah cukai tanaht}\\ & = \text{kadar cukai tanah setiap unit keluasan $\times$ jumlah keluasan tanah}\\ &= \text{RM0.43 $\times$ 130}\\ &= \text{RM55.90 setahun} \end{aligned}\)
 
Bagaimanakah mengira cukai jualan dan perkhidmatan?
 
Kadar cukai jualan untuk barangan adalah berbeza, iaitu 5%, 10% atau kadar-kadar lain bergantung pada barangan yang ditetapkan manakala kadar cukai perkhidmatan ialah 6%.
 
Example 5
 
Sofia menyewa sebuah bilik di Hotel Selesa dengan harga RM240 semalam. Sofia menginap di hotel itu untuk dua malam. Diberi bahawa hotel itu mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6%. Hitung cukai perkhidmatan yang perlu dibayar oleh Sofia.
 
Penyelesaian:
 
\(\begin{aligned} \text{Cukai perkhidmatan}& = \text{RM240 $\times$ 2 × 6}\%\\ &= \text{RM28.80} \end{aligned}\)