|
3.1
|
Risiko dan Perlindungan Insurans
|
|
|
Definisi risiko |
|
Kemalangan jalan raya yang mencederakan pemandu dan penumpang kenderaan yang terlibat, kemusnahan harta benda disebabkan kebakaran, bil perubatan yang tinggi akibat penyakit kritikal dan sebagainya mungkin boleh berlaku dalam kehidupan kita. Sudah semestinya kejadian seperti ini menyebabkan kita menanggung kerugian. Hakikat bahawa diri kita terdedah kepada kerugian sedemikian dan ketidakpastian sama ada perkara tersebut akan berlaku kepada diri kita atau tidak menyebabkan wujudnya risiko dalam kehidupan kita. Oleh itu, risiko secara umumnya ialah kemungkinan berlakunya musibah yang tidak dapat dielakkan. |
|
|
|
|
Apakah itu insurans? |
|
Insurans bertujuan memindahkan risiko daripada individu kepada organisasi insurans. Kontrak insurans dimeterai antara
syarikat insurans dengan pemilik insurans. Dalam kontrak ini, syarikat insurans dikehendaki membayar ganti rugi
atau pampasan bagi kerugian yang dilindungi seperti yang dinyatakan dalam polisi, sebagai balasan kepada bayaran
premium yang dibuat oleh pemegang polisi. |
|
Jumlah pembayaran ganti rugi yang akan dibayar kepada pemegang polisi adalah hanya setakat jumlah kerugian yang
dialami. Hal ini demikian kerana, prinsip utama dalam sistem insurans adalah untuk memulihkan kedudukan kewangan
pemegang polisi kepada keadaan sebelum berlakunya kerugian, yang juga dikenali sebagai prinsip indemniti. Oleh itu,
prinsip insurans ini tidak akan membenarkan pemegang polisi memperoleh keuntungan daripada insurans yang dibeli. |
|
Insurans tidak boleh menghalang sesuatu kerugian daripada berlaku tetapi insurans berkepentingan untuk mengurangkan beban kewangan yang akan ditanggung oleh pemegang polisi apabila berlakunya kerugian atau kemalangan. Hal ini demikian kerana, pembelian amaun insurans yang mencukupi akan menghapuskan ketidakpastian terhadap kerugian kewangan jika berlakunya kerugian yang diinsuranskan itu. |
|
|
|
|
Apakah insurans hayat? |
|
Insurans hayat menjamin pembayaran manfaat kewangan kepada pemegang polisi sekiranya berlaku kematian terhadap
orang yang diinsuranskan atau bawah keadaan yang ditetapkan dalam kontrak. Risiko yang dilindungi oleh insurans hayat adalah seperti berikut |
|
- Kematian
- Penyakit kritikal
- Hilang upaya
|
|
Tujuan insurans hayat adalah untuk menyediakan perlindungan kewangan kepada ahli keluarga yang bergantung
pada pemegang polisi apabila pemegang polisi meninggal dunia. Namun, sekiranya pemegang polisi masih hidup tetapi mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal, pemegang polisi boleh menerima pampasan daripada syarikat insurans
berdasarkan syarat yang ditetapkan dalam polisi insurans hayatnya. |
|
|
|
|
Apakah insurans am? |
|
Insurans am memberikan perlindungan daripada sebarang kerugian atau kerosakan harta benda
yang ditanggung, selain risiko yang dilindungi dalam insurans hayat. Terdapat banyak jenis
insurans am yang melindungi pelbagai risiko. |
|
- Insurans motor
- Insurans kebakaran
- Insurans perubatan dan kesihatan
- Insurans kemalangan diri
- Insurans perjalanan
|
|
|
|
|
Insurans motor |
|
Insurans motor memberikan perlindungan terhadap sebarang kerugian atau kerosakan berkaitan dengan penggunaan
kenderaan berenjin. Jadual di bawah menunjukkan empat jenis polisi insurans motor yang melindungi kenderaan anda. |
|
|
|
Perlindungan |
Akta |
Pihak ketiga |
Pihak ketiga, kebakaran dan kecurian |
Komprehensif |
Liabiliti kepada pihak ketiga akibat
kecederaan dan kematian. |
Ya |
Ya |
Ya |
Ya |
Kerugian terhadap harta benda yang
dialami pihak ketiga. |
Tidak |
Ya |
Ya |
Ya |
Kerugian terhadap kenderaan sendiri
akibat kebakaran yang tidak disengajakan
atau kecurian. |
Tidak |
Tidak |
Ya |
Ya |
Kerugian dan kerosakan terhadap
kenderaan sendiri akibat kemalangan. |
Tidak |
Tidak |
Tidak |
Ya |
Polisi komprehensif memberikan perlindungan yang menyeluruh berbanding dengan tiga polisi di atas. Persamaan
bagi polisi-polisi ini ialah perlindungan tidak merangkumi tuntutan pemandu dan penumpang kenderaan seperti kecederaan dan kematian. |
|
|
|
Insurans kebakaran |
|
Insurans kebakaran memberikan perlindungan terhadap kerugian akibat kebakaran, kilat dan letupan yang berlaku pada rumah kediaman ataupun bangunan perniagaan. Pampasan akan dibayar oleh syarikat insurans untuk memulihkan kedudukan kewangan pemegang polisi, tertakluk kepada jumlah yang diinsuranskannya. Bagi mendapatkan perlindungan selain daripada kebakaran, kilat dan letupan, pemegang polisi boleh memasukkan perlindungan tambahan seperti taufan, banjir, rusuhan dan sebagainya dalam polisi kebakaran yang sedia ada dengan tambahan premium. |
|
|
|
|
Insurans perubatan dan kesihatan |
|
Selain risiko kematian, anda juga perlu memberikan perhatian kepada risiko kemerosotan kesihatan yang mungkin dihidapi. Hal ini demikian kerana anda mungkin terpaksa menanggung perbelanjaan perubatan seperti kos kemasukan ke hospital dan pembedahan. Antara polisi yang terdapat dalam insurans ini ialah: |
|
• insurans hospital dan pembedahan
• insurans penyakit kritikal
• insurans pendapatan akibat hilang upaya
• insurans pendapatan hospital |
|
|
|
|
Insurans kemalangan diri |
|
Insurans kemalangan diri memberikan perlindungan sekiranya pemegang polisi mengalami kecederaan anggota badan, kecacatan, hilang upaya ataupun meninggal dunia berpunca secara langsung daripada kemalangan. Insurans ini adalah berbeza daripada insurans hayat, dan insurans perubatan dan kesihatan. |
|
|
|
|
Insurans perjalanan |
|
Insurans perjalanan melindungi pemegang polisi terhadap kerugian dalam perjalanan sama ada melalui darat, udara atau laut seperti kematian dan kecacatan kekal, kehilangan bagasi, pasport dan duit, belanja perubatan dan lain-lain. |
|
|
|
|
Apakah insurans kelompok? |
|
Insurans berkelompok secara asasnya memberikan perlindungankepada sekumpulan individu, biasanya pekerja syarikat atau murid sekolah dan pelajar institusi pendidikan. |
|
Insurans berkelompok kepada organisasi: Perlindungan kewangan disediakan kepada pekerja sesebuah organisasi seperti kematian, hilang upaya, kemasukan hospital dan pembedahan dengan polisi dan had perlindungan tertentu. Dengan adanya insurans ini, pekerja-pekerja syarikat tersebut akan menikmati perlindungan sewajarnya daripada majikan mereka. |
|
Insurans berkelompok kepada murid: Perlindungan kewangan disediakan kepada murid seperti kematian, lumpuh, kecacatan dan elaun kerusi roda dengan polisi dan had perlindungan tertentu. Sebagai contoh, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan skim perlindungan kepada murid sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan bawah skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM). |
|
|
|
|
Contoh 1 |
|
Jadual di bawah menunjukkan harga premium bagi insurans perjalanan yang ditawarkan oleh Syarikat Insurans PQ Bhd.
ke negara-negara Asia dan Eropah. |
|
|
Bilangan hari |
|
Pemegang polisi dan pasangan (RM) |
|
|
|
1-5 |
|
|
|
6-10 |
|
|
|
11-18 |
|
|
|
Premium tahunan (berumur 18-69 tahun) |
|
- |
- |
a) Apakah faktor yang mempengaruhi perbezaan harga premium bagi insurans perjalanan itu? |
b) Mengapakah semakin panjang tempoh perjalanan, semakin tinggi harga premium? |
c) Pekerjaan Shahir sebagai seorang jurugambar memerlukan dia melawat banyak negara Eropah dalam tempoh setahun. Dia akan mengunjungi sesebuah negara antara 12 hingga 15 hari. Insurans yang manakah patut dibeli oleh Shahir sesuai dengan pekerjaannya? Berikan alasan anda. |
|
Penyelesaian: |
|
a) Destinasi, tempoh perjalanan dan bilangan orang yang diinsuranskan. |
b) Tempoh perjalanan yang lebih panjang meningkatkan kebarangkalian kerugian berlaku pada pemegang polisi semasa berada di luar negara. |
c) Shahir patut membeli insurans perjalanan premium tahunan bagi negara-negara Eropah kerana ini lebih menjimatkan daripada membeli insurans bagi tempoh 11 hingga 18 hari setiap kali perjalanan. |
Premium bagi insurans hayat |
|
Bagi insurans hayat, nilai premium yang dibayar bergantung pada nilai muka yang dipilih, umur, jantina dan sama ada
merokok atau tidak. Pengiraan premium ini merujuk kepada jadual kadar premium bagi setiap RM \(x\) nilai muka. |
|
\(\begin{aligned} \text{Premium} = \frac{\text{Nilai muka polisi}}{\text{RM} \hspace{1mm}x}\times (\text{Kadar premium per RM $x$}) \end{aligned}\)
Contoh 2 |
|
Jadual kadar premium tahunan bagi setiap RM1 000 nilai muka insurans sementara boleh baharu tahunan yang ditawarkan oleh Syarikat Insurans XYZ adalah seperti berikut. |
Umur |
Bukan peroko (Lelaki) |
Perokok (Lelaki) |
Bukan perokok (Perempuan) |
Peroko (Perempuan) |
35 |
RM 2.12 |
RM 2.72 |
RM 1.45 |
RM 1.78 |
36 |
RM 2.18 |
RM 2.80 |
RM 1.50 |
RM 1.84 |
37 |
RM 2.26 |
RM 2.91 |
RM 1.56 |
RM 1.93 |
38 |
RM 2.36 |
RM 3.05 |
RM 1.63 |
RM 2.03 |
39 |
RM 2.49 |
RM 3.23 |
RM 1.71 |
RM 2.14 |
40 |
RM 2.66 |
RM 3.47 |
RM 1.80 |
RM 2.26 |
a) Mengapakah kadar premium semakin tinggi
(i) apabila umur semakin meningkat?
(ii) bagi seorang perokok? |
|
b) Berdasarkan jadual tersebut, hitung premium tahunan bagi setiap situasi berikut.
(i) Encik Guan ingin membeli polisi insurans tersebut bernilai RM100 000. Dia berumur 39 tahun, seorang yang sihat dan tidak merokok.
(ii) Puan Shapuva berumur 36 tahun, seorang yang sihat dan tidak merokok ingin membeli polisi insurans tersebut bernilai RM250 000 dan menambah polisi penyakit kritikal. Syarikat Insurans XYZ menawarkan polisi penyakit kritikal dengan memberikan perlindungan sebanyak 30% nilai muka asas dan kadar premium bagi setiap RM1 000 ialah RM1.77 mengikut umur dan status kesihatan Puan Shapuva. |
|
Penyelesaian: |
|
a) (i) Kadar premium meningkat dengan peningkatan umur kerana jangka hayat setiap orang semakin pendek dengan penambahan umur.
(ii) Kebarangkalian seorang perokok terdedah kepada risiko penyakit lebih tinggi berbanding dengan seseorang yang mengamalkan gaya hidup sihat. |
\(\begin{aligned} \text{b(i)} \hspace{1mm}&\text{Berdasarkan jadual, kadar premium ialah RM 2.49.}\\ &\text{Premium tahunan Encik Guan}\\ &=\frac{\text{RM}\hspace{1mm}100000}{\text{RM}\hspace{1mm}1000}\times \text{RM}\hspace{1mm}2.49\\ &=\text{RM}\hspace{1mm}249.00 \end{aligned}\)
\(\begin{aligned} (\text{ii}) \hspace{1mm}&\text{Berdasarkan jadual, kadar premium ialah RM1.50.}\\ &\text{Jumlah perlindungan untuk penyakit kritikal}\\ &=\frac{30}{100}\times\text{RM}\hspace{1mm}250000\\ &=\text{RM}\hspace{1mm} 75000.\\ &\text{Premium tahunan Puan Shapuva}\\ &=\text{Premium asas tahunan $+$ Premium tambahan tahunan penyakit kritikal}\\ &=\frac{\text{RM}\hspace{1mm}250000}{\text{RM}\hspace{1mm}1000}\times\text{RM}\hspace{1mm}1.50+\frac{\text{RM}\hspace{1mm}75000}{\text{RM}\hspace{1mm}1000}\times\text{RM}\hspace{1mm}1.77\\ &=\text{RM}\hspace{1mm}375+\text{RM}\hspace{1mm}132.75\\ &=\text{RM}\hspace{1mm}507.75. \end{aligned}\)
Apakah itu deduktibel? |
|
Deduktibel ialah suatu jumlah yang perlu ditanggung oleh pemegang polisi sebelum layak membuat tuntutan daripada syarikat insurans. Kebiasaannya deduktibel terdapat dalam kontrak insurans harta, insurans perubatan dan kesihatan, dan insurans motor. Peruntukan ini tidak terdapat dalam insurans hayat dan insurans liabiliti diri. |
|
|
|
|
Apakah ko-insurans dalam insurans harta? |
|
Ko-insurans ialah perkongsian bersama kerugian antara syarikat insurans dengan pemegang polisi. Bagi fasal ko-insurans dalam insurans harta, pemegang polisi dikehendaki menginsuranskan hartanya pada suatu jumlah tertentu berdasarkan peratusan ko-insurans yang telah ditetapkan oleh syarikat insurans daripada nilai boleh insurans harta tersebut. Sekiranya peruntukan ko-insurans ini tidak dipenuhi, pemegang polisi perlu menanggung sebahagian daripada kerugian bersama-sama syarikat insurans. Oleh itu, jika pemegang polisi ingin mendapatkan pampasan penuh atas kerugian separa yang dialami, dia perlu menginsuranskan harta tersebut mengikut peruntukan ko-insuransnya. |
|
|
|
\(\begin{aligned} &\text{Jumlah insurans yang harus dibeli}\\ &=\text{Peratusan ko-insurans} \times\text{Nilai boleh insurans harta} \end{aligned}\)
\(\begin{aligned} \textbf{1) }&\textbf{Jika nilai yang diinsuranskan $=$ jumlah insurans yang harus dibeli} \\ &\text{Byayaran pampasan}\\ &=\text{Jumlah kerugian $-$ Deduktibel}\\ &\text{dengan keadaan jumlah kerugian < jumlah insurans yang harus dibeli.} \end{aligned}\)
\(\begin{aligned} \textbf{2) }&\textbf{Jika nilai yang diinsuranskan $\lt$ jumlah insurans yang harus dibeli}\\ &\text{Jumlah pampasan}\\ &=\frac{\text{Jumlah insurans yang telah dibeli}}{\text{Jumlah insurans yang harus dibeli}}\times\text{Jumlah kerugian}-\text{Deduktibel} \end{aligned}\)
\(\begin{aligned} \textbf{3) }&\textbf{Mengalami kerugian menyeluruh}\\ &\text{Bayaran pampasan}\\ &=\text{Jumlah isnurans yang telah dibeli $-$ Deduktibel} \end{aligned}\)