Muat Turun App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Pelawat
Log Masuk
Daftar
Utama
Kuiz
Battle
Latihan
Kelas
Senarai Kelas
Jadual
Tugasan
Belajar
Hub Belajar
Nota Ringkas
Video
Eksperimen
Buku Teks
Log Masuk
Daftar
Muat Turun App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Belajar
Nota Ringkas
Senarai
Sistem Limfa
Kembali
Sistem Limfa
10.7
Sistem Limfa Manusia
Proses Pembentukan Bendalir Tisu
Darah yang sampai di hujung arteriol kapilari darah bertekanan tinggi akibat diameter kapilari darah yang kecil dan daya pengepaman jantung.
Tekanan ini membolehkan plasma darah meresap secara berterusan dari kapilari darah ke dalam ruang antara sel.
Plasma darah yang memenuhi ruang antara sel dan sentiasa membasahi sel dikenali sebagai bendalir tisu.
Bendalir tisu tidak mengandungi eritrosit, platlet dan protein plasma kerana bersaiz terlalu besar untuk meresap keluar daripada kapilari darah.
Bendalir tisu membolehkan pertukaran bahan dalam darah dan sel berlaku.
Nutrien dan oksigen meresap dari bendalir tisu ke dalam sel badan.
Pada masa yang sama, bahan buangan dan karbon dioksida meresap dari sel badan ke dalam kapilari darah melalui bendalir tisu.
Pembentukan Limfa dan Komponen Sistem Limfa
Pada hujung venul kapilari darah, plasma darah adalah hipertonik berbanding dengan bendalir tisu di sekelilingnya.
Tekanan darah juga adalah lebih rendah.
Akibatnya, penyerapan semula air, garam mineral dan bahan buangan ke dalam venul kapilari berlaku.
Namun, hanya 85% daripada bendalir yang meninggalkan darah pada hujung arteriol kapilari darah meresap semula ke dalam hujung venul.
Baki 15% bendalir membentuk kira-kira 4 liter yang hilang daripada kapilari setiap hari.
Bendalir yang hilang dikumpul dan dikembalikan ke darah melalui kapilari limfa, iaitu salur paling halus dalam sistem limfa.
Bendalir ini dikenali sebagai limfa dan berwarna kuning pucat.
Dinding kapilari limfa terdiri daripada satu lapisan sel sahaja.
Kapilari limfa berbeza daripada kapilari darah kerana salah satu hujungnya adalah buntu atau tertutup sementara hujung yang satu lagi dihubungkan kepada salur limfa.
Kapilari limfa yang didapati di ruangan antara sel bergabung membentuk salur lmfa yang lebih besar.
Di sepanjang salur limfa, terdapat nodus limfa pada jarak-jarak tertentu.
Sistem limfa juga terdiri daripada organ-organ seperti nodus, limfa, limpa, kelenjar timus, sumsum tulang, tonsil dan apendiks.
Sistem limfa tidak mempunyai pamnya sendiri untuk mengalirkan limfa di sepanjang salur limfa.
Pengaliran limfa dibantu oleh nadi jantung, pengecutan otot rangka, peristalsi salur pencernaan dan perubahan tekanan yang berlaku semasa tarikan dan hembusan nafas.
Di dalam salur limfa, terdapat injap sehala yang memastikan limfa mengalir berterusan ke arah jantung.
Injap-injap ini juga menghalang limfa daripada menglair balik.
Hubungan antara Sistem Peredaran Darah dan Sistem Limfa
Semua salur limfa akhirnya akan bercantum dengan salah satu daripada dua salur limfa utama iaitu duktus toraks dan duktus limfa kanan.
Duktus limfa kanan menerima limfa daripada bahagian tangan kanan, bahagian dada dan bahagian kanan kepala dan leher.
Duktus toraks menerima limfa daripada bahagian kiri kepala, leher dan dada, serta semua bahagian badan di bawah tulang rusuk.
Seterusnya duktus toraks akan mengalirkan kandungannya ke dalam vena subklavikel kiri manakala duktus limfa kanan akan mengalirkan limfa ke dalam vena subklavikel kanan.
Jadi, limfa yang terkumpul dari seluruh badan akan mengalir masuk semula ke dalam sistem peredaran darah.
Keperluan Sistem Limfa
Pertahanan Badan
Nodus limfa berfungsi menghasilkan dan menyimpan limfosit yang terlibat dalam penghasilan antibodi.
Pelengkap kepada Sistem Peredaran Darah
Sistem limfa mengembalikan bendalir tisu berlebihan yang berada di ruang antara sel ke dalam aliran darah.
Komposisi, tekanan dan isi padu darah dikekalkan pada julat normal.
Pengangkutan Bahan Larut Lemak
Lemak dan bahan larut lemak meresap masuk ke dalam lakteal dalam vilus usu kecil.
Lakteal merupakan kapilari limfa.
Titisan lipid diangkut ke dalam duktus toraks dan seterusnya ke dalam sistem peredaran darah melalui vena subklavikel kiri.

Bab : Pengangkutan dalam Manusia dan Haiwan
Topik : Sistem Limfa Manusia
Tingkatan 4
Biologi
Lihat semua nota bagi Biologi Tingkatan 4
Nota yang berkaitan
Jenis Sistem Peredaran
Sistem Peredaran Manusia
Mekanisme Degupan Jantung
Mekanisme Pembekuan Darah
Kumpulan Darah Manusia
Isu Kesihatan Berkaitan Sistem Peredaran Manusia
Isu Kesihatan Berkaitan dengan Sistem Limfa Manusia
Bidang Biologi dan Kerjaya
Keselamatan dan Peraturan dalam Makmal Biologi
Komunikasi dalam Biologi
Laporkan nota ini
Bantuan Kerja Sekolah Live
Selesaikan kerja sekolahh dengan bantuan tutor live
Ketahui lebih lanjut
Register for pandai account for free now
Laporkan Masalah
×
Ada yang tidak kena dengan soalan ini.
Content text
Content graphic
Fakta Tidak Tepat
Maklumat Tambahan dan Komen
Hantar Laporan
Kemas kini Kandungan
×
Loading...
Kuiz
Video
Nota
Akaun