Muat Turun App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Pelawat
Log Masuk
Daftar
Utama
Kuiz
Battle
Latihan
Kelas
Senarai Kelas
Jadual
Tugasan
Belajar
Hub Belajar
Nota Ringkas
Video
Eksperimen
Buku Teks
Log Masuk
Daftar
Muat Turun App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Belajar
Nota Ringkas
Senarai
Mekanisme Pembekuan Darah
Kembali
Mekanisme Pembekuan Darah
10.4
Mekanisme Pembekuan Darah
Keperluan Mekanisme Pembekuan Darah
Pembekuan darah menghentikan atau meminimumkan kehilangan darah pada bahagian salur darah yang terluka.
Pembekuan darah juga mencegah kemasukan mikroorganisma seperti bakteria ke dalam darah melalui salur darah yang terluka.
Tekanan darah juga dapat dikekalkan kerana kehilangan darah yang terlalu banyak boleh menurunkan tekanan darah ke paras yang berbahaya.
Mekanisme Pembekuan Darah
Pembekuan darah melibatkan satu siri tindak balas kimia yang berlaku dalam darah apabila seseorang terluka bagi menghalang pendarahan berlebihan.
Platlet yang tergumpal, sel yang rosak dan faktor pembeku dalam plasma darah membentuk bahan pengaktif (trombokinase).
Trombokinase dengan bantuan ion kalsium dan vitamin K menukarkan protrombin kepada trombin.
Trombin (protein plasma aktif yang bertindak sebagai enzim).
Trombin seterusnya memangkinkan penukaran fibrinogen kepada fibrin.
Fibri ialah sejenis gentian protrin berupa bebenang yang membentuk jaringan pada permukaan luka untuk menjerat eritrosit dan menutup luka bagi menghalang kehilangan darah.
Isu Kesihatan yang Berkaitan Pembekuan Darah
Hemofilia
Hemofilia ialah satu contoh penyakit yang menghalang darah membeku.
Hemofilia ialah penyakit keturunan yang disebabkan oleh kekurangan faktor pembeku tertentu dalam darah.
Pendarahan secara berlebihan akibat luka kecil atau lebam boleh menyebabkan kematian.
Trombosis
Pembentukan darah beku (trombus).
Trombosis berlaku akibat kerosakan dalam salur darah atau pengaliran darah terlalu perlahan sehingga menyebabkan faktor pembeku terkumpul.
Embolisme
Apabila darah beku diangkut oleh aliran darah, darah beku ini dikenali sebagai embolus.
Sekiranya embolus tersekat di dalam salur darah yang terlalu kecil, aliran darah akan terhenti.

Bab : Pengangkutan dalam Manusia dan Haiwan
Topik : Mekanisme Pembekuan Darah
Tingkatan 4
Biologi
Lihat semua nota bagi Biologi Tingkatan 4
Nota yang berkaitan
Jenis Sistem Peredaran
Sistem Peredaran Manusia
Mekanisme Degupan Jantung
Kumpulan Darah Manusia
Isu Kesihatan Berkaitan Sistem Peredaran Manusia
Sistem Limfa
Isu Kesihatan Berkaitan dengan Sistem Limfa Manusia
Bidang Biologi dan Kerjaya
Keselamatan dan Peraturan dalam Makmal Biologi
Komunikasi dalam Biologi
Laporkan nota ini
Kuiz Bertahap
Uji diri anda dengan latihan bertahap
Ketahui lebih lanjut
Register for pandai account for free now
Laporkan Masalah
×
Ada yang tidak kena dengan soalan ini.
Content text
Content graphic
Fakta Tidak Tepat
Maklumat Tambahan dan Komen
Hantar Laporan
Kemas kini Kandungan
×
Loading...
Kuiz
Video
Nota
Akaun