Mekanisme Degupan Jantung

10.3 Mekanisme Denyutan Jantung
 
Pengenalan
  • Jantung terdiri daripada otot kardium yang bersilang dan bersambungan antara satu sama lain.
  • Susunan ini membenarkan impuls elektrik disebar dengan cepat melalui jantung dan pada masa yang sama, merangsang sel otot kardium untuk mengecut dengan serentak dan seragam.
  • Otot kardium bersifat miogenik.
  • Ini bermaksud jantung mengecut dan mengendur tanpa perlu menerima isyarat impuls daripada sistem saraf.
  • Sekiranya otot kardium disimpan dalam larutan beroksigen yang suam dan mengandungi nutrien, otot-otot akan mengecut dan mengendur secara beritma dengan sendiri.
 
Rajah terperinci jantung manusia yang menunjukkan struktur dalaman dan bahagian-bahagian yang berlabel. Label termasuk nod sinoatrium, atrium kanan, nod atrioventrikular, ventrikel kanan, serabut Purkinje, ventrikel kiri, ikatan His, dan atrium kiri. Rajah ini menonjolkan aliran darah dan sistem pengaliran elektrik jantung.
 
Peredaran Daram dalam Manusia
  • Penghasilan daya yang menyebabkan peredaran darah dalam manusia adalah disebabkan oleh pengepaman jantung dan pengecutan otot rangka.
  • Pengecutan jantung dimulakan dan dikoordinasi oleh perentak jantung.
  • Perentak jantung ialah sekumpulan sel otot jantung khusus yang memulakan kadar pengecutan jantung dan terletak di dinding atrium kanan.
  • Perentak jantung menjana impuls elektrik yang merebak dengan cepat melalui dinding kedua-dua atrium menyebabkan atrium mengecut secara beritma.
  • Perentak jantung yang utama dikenali sebagai nodus sinoatrium (nodus SA).
  • Ketika pengepaman jantung, bunyi lub-dub boleh kedengaran.
  • Bunyi pertama 'lub' dihasilkan apabila injap trikuspid dan injap bikuspid tertutup.
  • Bunyi kedua 'dub' dihasilkan apabila injap sabit tertutup.
  • Pengepaman jantung membantu mengedar dan mengalirkan darah melalui arteri, arteriol dan kapilari darah.
  • Walau bagaimanapun, daya yang dihasilkan oleh pengepaman jantung tidak mencukupi untuk meneruskan pengaliran darah melalui vena untuk kembali ke jantung.
  • Di samping itu, darah terpaksa mengalir menentang tarikan daya graviti.
  • Kehadiran injap dalam vena memastikan darah mengalir dalam satu hala ke jantung.
  • Pengaliran darah dalam vena dibantu oleh pengecutan otot licin yang terdapat pada dinding venul dan vena dan pengecutan otot rangka di sekeliling vena.
  • Pengecutan otot rangka menekan dan mencerut vena lalu menyebabkan injap terbuka untuk membenarkan darah mengalir ke arah jantung.
  • Injap kemudian tertutup untuk menghalang darah mengalir balik semula ke arah kaki.