Sistem Peredaran Manusia

10.2 Sistem Peredaran Manusia
 
Komponen Utama dalam Sistem Peredaran Manusia
  • Darah: Sejenis tisu penghubung yang diperbuat daripada plasma darah, sel-sel darah dan platlet.
  • Darah bertindak sebagai medium pengangkutan.
  • Jantung: Berfungsi sebagai pam berotot yang mengedarkan darah ke seluruh badan.
  • Salur darah: Terdiri daripada arteri, kapilari dan vena yang dihubungkan kepada jantung dan mengangkut darah ke seluruh tisu badan.
 
Struktur Jantung
  • Jantung terletak di antara peparu dalam rongga toraks dan mengandungi empat ruang iaitu atrium kiri, atrium kanan, ventrikel kiri dan ventrikel kanan.
  • Ruang di sebelah kiri dipisahkan daripada ruang di sebelah kanan oleh dinding berotot yang disebut septum.
  • Atrium menerima darah yang kembali ke jantung manakala ventrikel mengepam darah keluar daripada jantung.
  • Ventrikel mempunyai dinding yang lebih tebal dan mengecut lebih kuat daripada atrium.
  • Dinding berotot ventrikel kiri adalah lebih tebal daripada dinding berotot ventrikel kanan.
  • Hal ini berlaku kerana ventrikel kiri perlu menjana tekanan yang lebih besar untuk mengepam darah keluar dari aorta ke seluruh bafan manakala ventrikel kanan hanya perlu mengepam darah ke peparu.
 
Struktur Fungsi
Arteri koronari Mengangkut darah beroksigen untuk tisu jantung.
Vena koronari Mengangkut darah terdeoksigen.
Aorta Arteri darah utama yang mengangkut darah beroksigen ke seluruh badan.
Vena kava Vena utama yang mengangkut darah terdeoksigen kembali ke jantung.
Arteri pulmonari Mengangkut darah terdeoksigen dari jantung ke peparu.
Vena pulmonari Mengangkut darah beroksigen dari peparu ke jantung.
Injap sabit

Berada di pangkal arteri pulmonari dan di pangkal aorta.

Memastikan darah yang telah mengalir keluar dari jantung tidak mengalir semula ke dalam ventrikel apabila ventrikel mengendur.

Injap triskupid

(Terletak di antara atrium kanan dengan ventrikel kanan) memastikan darah yang mengalir ke dalam ventrikel kanan tidak mengalir semula ke atrium kanan.

Injam ini terdiri daripada tiga cuping.

Injam bikuspid

(Terletak di antara atrium kiri dengan ventrikel kiri) memastikan darah yang telah mengalir ke dalam ventrikel kiri tidak mengalir semula ke atrium kiri.

Injap ini terdiri daripada dua cuping.

Septum Memisahkan bahagian jantung kiri daripada bahagian jantung kanan dan memastikan darah beroksigen tidak bercampur dengan darah terdekosigen.
 
Komposisi Darah Manusia
  • Darah manusia terdiri daripada 55% plasma dan 45% komponen sel.
  • Plasma ialah medium pengangkutan dalam badan.
  • Komponen sel darah terdiri daripada sel darah merah atau eritrosit, platlet dan sel darah putih atau leukosit.
 
Komponen Plasma Darah dan Fungsi Utama Setiap Komponen
Kompoen Fungsi Utama
Air

Plasma darah terdiri daripada 90% air.

Air merupakan medium pengangkutan dan pelarut bagi gas respirais, hasil pencernaan dan bahan perkumuhan.

Protein plasma

Fibrinogen berfungsi dalam pembekuan darah.

Albumin mengawal tekanan osmosis darah.

Globulin ialah sejenis antibodi yang terlibat dalam pertahanan badan.

Bahan terlarut: glukosa, urea dan gas respirasi

Nutrien adalah penting untuk tenaga, pertumbuhan dan pengekalan kesihatan.

Bahan buangan ialah bahan toksik yang perlu disingkirkan daripada badan.

Gas oksigen diperlukan dalam respirasi sel.

Hormon dan enzim

Hormon mengawal aktiviti fisiologi dalam badan.

Enzim terlibat dalam proses metabolisme sel.

Ciri dan Fungsi Eritrosit (Sel Darah Merah)
Ciri
  • Mempunyai membran plasma yang kenyal.
  • Bentuk cakera dwicengkung membolehkan JLP/I yang besar bagi pertukaran gas respirasi berlaku dengan cekap.
  • Tidak mempunyai nukleus pada peringkat matang supaya lebih banyak hemoglobin dapat dimuatkan di dalamnya.
  • Dihasilkan dalam sumsum tulang seperti sternum dan tulang rusuk.
  • Boleh hidup bagi tempoh 120 hari dan dimusnahkan dalam hati dan limpa melalui proses fagositosis.
Fungsi
  • Setiap eritrosit mengandungi hemoglobin iaitu pigmen merah yang menyebabkan darah berwarna merah.
  • Hemoglobin mengandungi kumpulan hem.
  • Kumpulan hem mengandungi atom ferum yang merupakan tapak penggabungan oksigen.
  • Hemoglobin berpadu dengan oksigen untuk membentuk oksihemoglobin dalam keadaan tekanan separa oksigen yang tinggi.
  • Oksihemoglobin akan membebaskan oksigen di tisu atau sel apabila tekanan separa oskigen adalah rendah.
 
Ciri dan Fungsi Platlet
Ciri
  • Platlet terhasil daripada serpihan atau cebusan sitoplasma sel yang berasal daripada sumsum tulang.
  • Tempoh hayat lebih kurang satu minggu.
Fungsi
  • Terlibat dalam proses pembekuan darah.
 
Ciri dan Fungi Leukosit (Sel Darah Putih)
Ciri
  • Bentuk tidak tetap dan berubah-ubah.
  • Mengandungi nukleus.
  • Tidak mempunyai hemoglobin.
  • Dihasilkan dalam sumsum tulang.
  • Tempoh hayat kurang daripada lima hari.
  • Terbahagi kepada dua jenis iaitu granulosit (bergranul) dan agranulosit (tidak bergranul).
  • Granulosit termasuk
    • Neutrofil
    • Eosinofil
    • Basofil
  • Agranulosit termasuk
    • Limfosit
    • Monosit
Functions
  • Leukosit boleh meresap keluar liang kapilari dan melawan patogen dalam bendalir tisu.
 
Ciri dan Fungsi Granulosit
Neutrofil
  • Nukleus terdiri daripada dua hingga lima cuping.
  • Menelan sel bakteria dan sel atau tisu yang mati akibat luka secara fagositosis.
Eosinofil
  • Nukleus terdiri daripada dua cuping.
  • Membebaskan enzim yang melawan keradangan dan tindak balas alergi.
Basofil
  • Bilangan basofil paling rendah dalam darah.
  • Mengandungi heparin yang mencegah pembekuan darah.
 
Ciri dan Fungsi Agranulosit
Limfosit
  • Mempunyai nukleus yang sangat besar dengan sitoplasma yang sedikit.
  • Menghasilkan antibodi untuk memusnahkan bakteria dan virus yang memasuki badan.
  • Menghasilkan antitoksin terhadap toksin yang dihasilkan oleh bakteria atau virus.
Monosit
  • Leukosit yang paling besar.
  • Nukleus berbentuk bujur.
  • Menelan bakteria serta sel atau tisu mati secara fagositosis.
 
Sel Darah Manusia
Arteri
  • Arteri ialah salur darah yang mengangkut darah keluar dari jantung.
  • Arah aliran darah dalam arteri adalah dari jantung ke seluruh badan.
  • Fungsi arteri adalah untuk mengangkut darah dengan cepat pada tekanan yang tinggi ke tisu.
  • Darah dalam arteri mengalami tekanan tinggi kerana tindakan jantung.
  • Ini kerana dinding arteri lebih tebal, berotot dan mempunyai lumen yang kecil.
  • Aorta ialah arteri utama yang meninggalkan jantung.
  • Arteri mengembang apabila menerima darah yang keluar dari jantung.
  • Jadi, dinding arteri yang kenyal menghalang arteri daripada pecah akibat darah bertekanan tinggi yang mengalir melaluinya.
  • Arteri bercabang menjadi salir kecil yang disebut arteriol apabila sampai ke tisu badan.
  • Arteriol terus bercabang dan berakhir dengan kapilari.
  • Himpunan kapilari disebut jaringan kapilari.
  • Arteri tidak mempunyai injam kecuali injam sabit di dasar aorta dan di dasar arteri pulmonari.
Kapilari Darah
  • Kapilari ialah salur darah yang berdinding nipis, setebal satu sel, tidak berotot dan tidak kenyal.
  • Lumen kapilari sangat halus.
  • Kapilari tidak mempunyai injap dan tekanan darah adalah rendah.
  • Kapilari darah mengangkut darah dari arteri ke vena.
  • Kapilari darah membenarkan pertukaran gas berlaku antara darah dan sel melalui resapan.
  • Nutrien, bahan buangan dan hormon meresap melalui kapilari darah.
Vena
  • Kapilari-kapilari bercantum semula membentuk salur yang lebih besar iaitu venul.
  • Dinding vena nipis, kurang berotot dan kurang kenyal.
  • Lumen vena besar dan tekanan darah rendah.
  • Venul-venul bercantum membentuk vena yang membawa darah kembali ke jantung.
  • Vena menangkut darah dari seluruh badan ke kembali ke jantung.
  • Vena kava ialah vena utama yang membawa darah terdeoksigen kembali ke jantung.