Jenis Sistem Peredaran

10.1 Jenis Sistem Peredaran
 
Keperluan Sistem Pengangkutan Organisma Multisel Kompleks
  • Setiap sel hidup memerlukan bahan keperluan sel seperti oksigen dan nutrien dan menyingkirkan bahan buangan sel seperti karbon dioksida dan bahan kumuh bernitrogen.
  • Organisma unisel mempunyai isi padu badan yang kecil.
  • Maka nisbah jumlah luas permukaan kepada isi padu (JLP/I) organisma adalah besar.
  • Oleh itu, Amoeba sp. tidak memerlukan satu sistem pengangkutan yang khusus untuk mengangkut bahan masuk dan keluar sel.
  • Organisma multisel kompleks bersaiz besar tidak boleh memperoleh bahan keperluan dan menyingkirkan bahan buangan secara resapan kerapa JLP/I organisma tersebut adalah kecil.
  • Jarak persekitaran luar dari sel pula adalah terlalu jauh untuk pertukaran bahan secara langsung.
  • Untuk mengatasi masalah ini, organisma multisel mempunyai sistem pengangkutan dalaman.
  • Dalam vertebrata, sistem pengangkutan ini dikenali sebagai sistem peredaran daran.
 
Jenis-Jenis Sistem Peredaran dalam Organisma Multisel
  • Sistem peredaran organisma multisel dibahagi kepada dua jenis iaitu
    • Sistem peredaran terbuka.
    • Sistem peredaran tertutup.
 
Sistem Peredaran Terbuka
Sistem Peredaran Serangga
  • Sistem peredaran dalam serangga ialah sistem peredaran terbuka.
  • Ini bermaksud satu atau lebih jantung mengepam hemolimfa melalui salur darah ke dalam hemoselom.
  • Hemolimfa mengalir keluar dari jantung ke dalam hemoselom apabila jantung mengecut.
  • Di hemoselom, pertukaran bahan antara hemolimfa dan sel badan berlaku secara resapan.
  • Apabila jantung mengendur, hemolimfa mengalir kembali ke jantung melalui liang seni yang disebut ostium.
 
Sistem Peredaran Tertutup
Sistem Peredaran Ikan
  • Jantung ikan mempunyai dua ruang iaitu satu atrium dan satu ventrikel.
  • Darah yang meninggalkan ventrikel akan dipam ke dalam kapilari insang bagi membolehkan pertukaran gas berlaku.
  • Kapilari insang mengalirkan darah ke dalam salur darah yang mengangkut darah beroksigen ke kapilari sistemik.
  • Dalam kapilari sistemik, oksigen meresap ke dalam tisu manakala karbon dioskida meresap dari tisu ke dalam kapilari.
  • Darah terdeoksigen kemudian kembali ke atrium jantung melalui vena.
  • Oleh sebab darah mengalir dalam satu hala, maka sistem peredaran ikan dikenali sebagai sistem peredaran tunggal.
Sistem Peredaran Amfibia
  • Amfibia mempunyai jantung yang terdiri daripada tiga ruang iaitu dua atrium dan satu ventrikel.
  • Berbeza dengan peredaran tunggal ikan, darah mengalir dalam dua perdaran:
    • Peredaran pulmokutaneus 
    • Peredaran sistemik.
  • Oleh itu, sistem ini dikenali sebagai sistem peredaran ganda dua.
  • Amfibia dikatakan mempunyai sistem peredaran ganda dua yang tidak lengkap kerana darah terdeoksigen dan darah beroksigen bercampur.
  • Peredaran pulmokutaneus mengangkut darah ke peparu dan kulit dan pertukaran gas berlaku di sini.
  • Peredaran sistemik mengangkut darah beroksigen ke tisu badan dan mengembalikan darah terdeoksigen ke atrium kanan melalui vena.
Sistem Peredaran Manusia
  • Manusia mempunyai jantung yang terdiri daripada empat ruang: dua atrium dan dua ventrikel yang terpisah sepenuhnya.
  • Manusia mempunyai sistem peredaran ganda dua.
  • Ini bermaksud dalam satu kitar peredaran yang lengkap, darah mengalir dalam salur darah menerusi jantung sebanyak dua kali.
  • Oleh kerana terdapat dua peredaran yang berbeza, manusia dikatakan mempunyai sistem peredaran ganda dua yang lengkap kerana darah terdeoksigen dan darah beroksigen tidak bercampur.

Peredaran Pulmonari:

  • Darah terdeoksigen diangkut melalui arteri pulmonari ke peparu untuk pertukaran gas.
  • Darah beroksigen dari peparu kembali ke atrium kiri dan mengalir ke dalam ventrikel kiri.

Peredaran Sistemik:

  • Darah dipam dari jantung ke semua tisu badan melalui aorta.
  • Kemudian darah terdeoksigen kembali ke atrium kanan melalui vena kava.
 
Persamaan Sistem Peredaran dalam Organisma Multisel
  • Sistem peredaran terdapat dalam semua organisma multisel, mempunyai jantung untuk mengepam darah atau hemolimfa (di dalam serangga) dan berfungsi mengangkut nutrien dan bahan buangan.
  • Jantung mempunyai injap yang memastikan pengaliran darah sehala.