Sesaran, Halaju dan Pecutan sebagai Fungsi Masa

8.1 Sesaran, Halaju dan Pecutan sebagai Fungsi Masa
 
Imej tersebut ialah carta perbandingan dengan tajuk 'PERBANDINGAN' dan logo Pandai di bawahnya. Terdapat dua bahagian: satu bahagian berlabel 'SESARAN' di sebelah kiri, diterangkan sebagai 'Kuantiti vektor yang mempunyai magnitud dan arah,' dan satu lagi berlabel 'JARAK' di sebelah kanan, diterangkan sebagai 'Kuantiti skalar.' Kedua-dua bahagian diwakili sebagai kad dengan klip kertas di sudut kiri atas.
 
Sesaran dan Jarak
Sesaran, \(s\)

Sesaran, \(s\) suatu zarah dari satu titik tetap ialah jarak di antara zarah itu dan titik tetap tersebut yang diukur dalam arah tertentu.

Jarak

Jarak ialah suatu kuantiti skalar yang merujuk kepada jumlah panjang bagi laluan sebenar yang dilalui oleh suatu objek.

Sesaran Seketika

Sesaran suatu zarah pada masa tertentu.

Rumusan

Jika \(O\) ialah satu titik tetap dan gerakan suatu zarah ke arah kanan ialah positif, maka

  • Sesaran negatif, \(s \lt 0\) menunjukkan zarah berada di sebelah kiri titik \(O\).
  • Sesaran sifar, \(s=0\) menunjukkan zarah berada di titik \(O\).
  • Sesaran positif, \(s \gt 0\) menunjukkan zarah berada di sebelah kanan titik \(O\).
 
Halaju dan Laju
Halaju, \(v\)

Halaju, \(v\) ialah suatu kuantiti vektor yang merujuk kepada kadar perubahan sesaran terhadap masa.

Laju

Laju ialah suatu kuantiti skalar yang merujuk kepada kadar perubahan jarak terhadap masa.

Halaju Seketika

Halaju suatu objek pada masa tertentu.

  • Halaju positif, \(v \gt 0\) menunjukkan zarah bergerak menuju ke kanan.
  • Halaju sifar, \(v=0\) menunjukkan zarah berada dalam keadaan rehat, iaitu zarah adalah pegun ketika ini.
  • Halaju negatif, \(v \lt 0\) menunjukkan zarah bergerak menuju ke kiri.
 
Pecutan
Pecutan, \(a\)

Pecutan, \(a\) bagi suatu objek yang bergerak pada satu garis lurus ialah kadar perubahan halaju terhadap masa. Fungsi pecutan, \(a\) ialah suatu fungsi masa, iaitu \(a=f(t)\) dan merupakan suatu kuantiti vektor yang mempunyai magnitud dan arah.

Pecutan Malar

Kadar perubahan halaju terhadap masa bagi suatu objek yang bergerak adalah sama pada sebarang ketika.

Pecutan Tak Malar

Kadar perubahan halaju terhadap masa adalah berbeza pada sebarang ketika.

Pecutan Seketika

Pecutan, \(a\) pada masa tertentu, \(t\) dan boleh diperoleh dengan mencari kecerunan tangen kepada graf halaju-masa pada masa tertentu, \(t\).

Rumusan

Jika gerakan suatu zarah ke arah kanan ialah positif, maka

  • Pecutan positif, \(a\gt 0\) menunjukkan halaju zarah menokok terhadap masa.
  • Pecutan sifar, \(a=0\) menunjukkan halaju zarah adalah maksimum atau minimum.
  • Pecutan negatif, \(a\lt 0\) menunjukkan halaju zarah menyusut terhadap masa.
 
Contoh
Soalan

Suatu zarah bergerak di sepanjang satu garis lurus dan melalui satu titik tetap \(O\).

(a) Sesaran, \(s\) m, pada masa \(t\) saat selepas zarah mula bergerak diberi oleh
  \(s=4+8t-t^2\).
  Hitung sesaran seketika, dalam m, dan tentukan kedudukan zarah itu dari titik tetap \(O\) apabila \(t=10\).
   
(b) Halaju, dalam ms\(^{-1}\), zarah itu pada masa \(t\) saat selepas melalui titik \(O\) diberi oleh
  \(v=3t-12\).
  Hitung halaju awal, dalam ms\(^{-1}\), zarah itu.
   
(c) Pada masa \(t\) saat melalui \(O\), pecutan, \(a\) ms\(^{-2}\), zarah itu diberi oleh
  \(a=12-4t\).
  Hitung pecutan seketika, dalam ms\(^{-2}\), zarah itu pada masa \(7\) saat.
Penyelesaian

(a)

Diberi \(s=4+8t-t^2\).

Apabila \(t=10\),

\(s=4+8(10)-(10)^2\\ s=4+80-100\\ s=-16.\)

Maka, zarah itu berada pada kedudukan \(16\) m ke kiri dari titik \(O\) apabila \(t=10\)

(b)

Diberi \(v=3t-12\).

Pada halaju awal, \(t=0\),

\(v=3(0)-12\\ v=-12.\)

Maka, halaju awal zarah itu ialah \(-12\) ms\(^{-1}\).

(c)

Diberi \(a=12-4t\).

Apabila \(t=7\),

\(a=12-4(7)\\ a=-16.\)

Maka, pecutan seketika zarah itu pada masa \(7\) saat ialah \(-16\) ms\(^{-2}\).