Nabi Muhammad SAW Pemimpin Agung 

5.3  Nabi Muhammad SAW Pemimpin Agung 
 
   
Definisi Pemimpin

Individu yang bertanggungjawab menerajui sesuatu organisasi.

 
   
Peranan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin:  
   

1. Nabi Muhammad SAW pemimpin masyarakat

  • Menyatukan masyarakat Madinah yang berbilang agama dan kaum
  • Menyemai sikap hormat-menghormati dan toleransi dalam masyarakat
  • Berganding bahu antara pemimpin dengan rakyat
  • Tidak menggunakan kekerasan dan paksaan
  • Memupuk nilai murni dalam masyarakat
  • Menjadikan masjid pusat dakwah dan kegiatan masyarakat Islam
  • Menjadikan setiap individu bertanggungjawab mempertahankan negara Madinah
 
   

2. Nabi Muhammad SAW sebagai ketua tentera

  • Menghulurkan perdamaian dengan kabilah-kabilah dan negara luar
  • Merancang strategi peperangan
  • Mengetuai peperangan menentang musuh dengan tenang dan bijaksana
  • Menjaga adab ketika berperang seperti tidak merosakkan bangunan dan tumbuh-tumbuhan
 
   

3. Nabi Muhammad SAW sebagai ketua hakim

  • Menjadikan al-Quran dan petunjuk Allah SWT sebagai asas menjatuhkan hukuman
  • Adil dan saksama serta berpendirian tegas
  • Menjatuhkan hukuman berdasarkan bukti dan saksi tanpa pilih kasih
 
   

4. Nabi Muhammad SAW sebagai perancang ekonomi negara

  • Menghapuskan dasar ekonomi jahiliah
  • Mewujudkan dasar ekonomi Islam yang adil
  • Memungut zakat daripada mereka yang wajib mengeluarkannya
  • Mengagihkan zakat kepada mereka yang layak
  • Membasmi segala bentuk penindasan sepertu riba, rasuah dan penipuan
 
   

Ciri-ciri kepimpinan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin unggul

  • Sentiasa bersedia dan berwaspada terhadap pergerakan musuh Islam
  • Mengadakan mesyuarat bagi mendengar pandangan anggota mesyuarat
  • Menerima cadangan yang terbaik
  • Kegigihan Nabi Muhammad SAW menggali parit bersama-sama
  • Tenang dan bijaksana
  • Bermunajat memohon pertolongan Allah SWT
  • Merancang strategi menghadapi serangan musuh
  • Sentiasa bersyukur atas pertolongan Allah SWT
  • Bertindak tegas dan adil dengan bimbingan wahyu
   
Iktibar keperibadian Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin
  • Mentaati perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya 
  • Menjaga kebajikan orang yang dipimpin dan tidak mengambil kesempatan ke atas mereka 
  • Menjalankan hubungan baik dengan bukan Muslim 
  • Berbincang dan merancang bersama-sama anggota mesyuarat untuk mendapatkan keputusan terbaik 
  • Tenang, tabah dan sabar menghadapi dugaan dan cabaran 
  • Tegas dan adil dalam menyelesaikan sesuatu masalah 
  • Tidak berputus asa dan banyak bermunajat memohon pertolongan Allah SWT 
  • Memiliki akhlak terpuji yang boleh dicontohi oleh orang yang dipimpin