Itqan Menambah Berkat

5.2  Itqan Menambah Berkat
 
   
Definisi Itqan

Tekun dalam beramal atau melaksanakan sesuatu pekerjaan secara sempurna dan disertai dengan usaha yang bersungguh-sungguh.

 
   

Itqan Nabi Muhammad SAW dalam melakukan sesuatu pekerjaan:

  • Nabi Muhammad SAW sangat rajin dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan
  • Baginda dikenali sebagai Al-Amin dalam kalangan masyarakat Arab kerana sifat jujur dan berakhlak mulia
  • Sifat itqan Nabi Muhammad SAW dalam berniaga menghasilkan keuntungan yang lumayan
 
   

Itqan Nabi Muhammad SAW dalam berdakwah:

  • Abu Lahab dan isterinya, Umi Jamil sering menyakiti baginda agar berhenti berdakwah
  • Umi Jamil sering menaburi duri di jalan yang sering dilalui oleh baginda
  • Abu Lahab pernah melempar sesuatu kepada Nabi Muhammad ketika baginda berdakwah
  • Nabi Muhammad SAW difitnah dan dihina di khalayak ramai
  • Baginda tetap itqan dan cekal menyampaikan dakwah sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT
 
   
Iktibar daripada tindakan Nabi Muhammad SAW yang bersifat itqan dalam melakukan pekerjaan
  • Melakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh
  • Bertanggungjawab
  • Menepati masa dan tidak bertangguh
  • Melakukan dengan cara yang terbaik
  • Tidak berputus asa, sentiasa bermotivasi dan berfikiran positif
 
   
Iktibar daripada tindakan Nabi Muhammad SAW yang bersifat itqan dalam amalan
  • Ikhlas beribadah 
  • Jauhi perkara membatalkan ibadah 
  • Banyakkan berzikir 
  • Menjaga pandangan mata 
  • Hindari perkara sia-sia