Sayangi Pemimpin Kita

2.1 Sayangi Pemimpin Kita
 
Hadis Nabi SAW

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ : أَنَّ النَّبِيَّ ﷺ قَالَ: السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ، مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ، فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلَا سَمْعَ وَلَا طَاعَةَ. (متفق عليه)

Maksudnya: Daripada Abdullah bin Umar RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Wajib atas seorang Muslim untuk mendengar dan mentaati (kepada pemimpin) dalam perkara yang dia suka dan benci selagi dia tidak diperintahkan melakukan maksiat, apabila diperintahkan melakukan maksiat maka tiada kewajipan untuk mendengar dan mentaati." 

(Muttafaq 'Alayhi)

Definisi Pemimpin
Pemimpin ialah seseorang yang dipertanggungjawabkan untuk mengetuai serta memimpin sesebuah kumpulan, persatuan, organisasi atau negara.
 
Sabda Rasulullah SAW

Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kamu mentaati perkara-perkara maksiat. Ketaatan hanyalah dalam perkara yang makruf." 

(Riwayat Al-Bukhari)

Ciri-ciri Pemimpin Budiman
  • Sopan dan lemah lembut ketika berbicara.
  • Saling bekerjasama dan memberi sokongan.
  • Menasihati satu sama lain sekiranya terdapat kesalahan.
  • Amanah dan beriman kepada Allah SWT.
  • Menjauhi rasuah dan perpecahan.
  • Adil dalam memerintah.
 
Imej ini menunjukkan cara-cara mentaati pemimpin. Terdapat enam langkah yang disenaraikan dalam bentuk nota dengan klip kertas di setiap sudut. Langkah-langkah tersebut adalah: 1. Patuh kepada pemimpin yang beriman dan bertakwa. 2. Pilih pemimpin yang adil dan amanah. 3. Bekerjasama dalam melakukan kebaikan. 4. Nasihat-menasihati dengan penuh hikmah. 5. Sentiasa mendoakan kesejahteraan. 6. Menghargai jasa dan pengorbanan. Di tengah-tengah imej, terdapat tajuk ‘Cara-Cara Mentaati Pemimpin’ dan logo ‘Pandai’ di bahagian bawah
 
Kepentingan Mentaati Pemimpin
  • Mengeratkan hubungan baik antara pemimpin dengan orang bawahannya.
  • Dapat mengembangkan syiar Islam.
  • Mengelakkan pergaduhan dan perselisihan faham.
  • Menjamin keharmonian negara.
  • Memantapkan keimanan kepada Allah SWT.
  • Disegani dan dihormati oleh negara lain.