Itqan Menambah Berkat

5.2 Itqan Menambah Berkat
 
Definisi Itqan

Tekun dalam beramal atau melaksanakan sesuatu pekerjaan secara sempurna dan disertai dengan usaha yang bersungguh-sungguh.

Itqan Nabi Muhammad SAW dalam Melakukan Sesuatu Pekerjaan
  • Nabi Muhammad SAW sangat rajin dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
  • Baginda dikenali sebagai Al-Amin dalam kalangan masyarakat Arab kerana sifat jujur dan berakhlak mulia.
  • Sehinggalah seseorang hartawan yang bernama Khadijah bin Khuwailid meminta baginda membawa barang dagangan ke Syam untu diniagakan.
  • Sifat itqan Nabi Muhammad SAW dalam berniaga menghasilkan keuntungan yang lumayan.
 
Itqan Nabi Muhammad SAW dalam Berdakwah
  • Abu Lahab dan isterinya, Umi Jamil sering menyakiti baginda agar berhenti berdakwah.
  • Umi Jamil sering menaburi duri di jalan yang sering dilalui oleh baginda.
  • Abu Lahab pernah melempar sesuatu kepada Nabi Muhammad ketika baginda berdakwah.
  • Nabi Muhammad SAW difitnah dan dihina di khalayak ramai.
  • Baginda tetap itqan dan cekal menyampaikan dakwah sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT.
 
Iktibar daripada Tindakan Nabi Muhammad SAW yang Bersifat Itqan dalam Melakukan Pekerjaan
  • Melakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh.
  • Bertanggungjawab.
  • Menepati masa dan tidak bertangguh.
  • Melakukan dengan cara yang terbaik.
  • Tidak berputus asa, sentiasa bermotivasi dan berfikiran positif.
 
Gambar ini menunjukkan sebuah petikan yang bertajuk ‘Iktibar daripada tindakan Nabi Muhammad SAW yang bersifat itqan dalam amalan.’ Di bawah tajuk tersebut, terdapat lima poin penting yang disenaraikan: - Ikhlas beribadah - Jauhi perkara membatalkan ibadah - Banyakkan berzikir - Menjaga pandangan mata - Hindari perkara sia-sia Di sebelah kanan teks, terdapat ilustrasi tangan yang sedang menulis dengan pen. Di sudut kiri bawah, terdapat logo ‘Pandai’. Latar belakang gambar berwarna putih dengan hiasan berbentuk segi empat berwarna biru di keempat-empat sudutnya.
 
Pengajaran
  • Kita mesti mengamalkan itqan dalam melakukan amalan.
  • Sebagaimana yang ditunjukkan oleh baginda, iaitu melakukan amalan dengan cara yang terbaik, istiqamah dan menepati rukun serta syarat-syaratnya.
 
Istiqamah
  • Ketaatan melakukan sesuatu suruhan secara berterusan.