Permainan Traditional Masyarakat Malaysia

4.4 Permainan Traditional Masyarakat Malaysia
 
Permainan Anjung
 
Congkak

  • Permainan berpasangan dengan  mengisi “buah” (guli) ke dalam deretan lubang pada sekeping papan yang dinamakan papan congkak.
  • Dahulu;
    lubang congkak - atas tanah
    buah congkak - biji getah atau batu kecil.
 
Gambar ini merupakan satu peta minda atau carta alir yang menjelaskan konsep
 
Go atau Weiqi

  • Dimainkan secara berpasangan dengan menggunakan buah hitam dan buah putih
  • Menguasai kawasan papan yang lebih besar daripada lawan untuk menang.
 
Yoyo Cina atau Diabolo

  • Boleh dimainkan secara perseorangan.
  • Yoyo yang diikat pada tali dan dipegang pada kedua-dua batang kayu di tangan. Batang kayu ini membolehkan yoyo berputar pada tali dan mengelakkannya daripada jatuh.
 
Chaturangam

  • Permainan seperti catur yang dimainkan oleh dua orang pemain.
  • Umpama simulasi peperangan bagi memperlihatkan kekuatan tentera.
  • Kemenangan bergantung pada kejayaan menakluk lawan, terutamanya menewaskan raja.
 
Paramapadham

  • Seperti dam ular
  • Dimainkan oleh dua orang hingga empat orang. 
  • Bergerak mengikut angka buah dadu yang dilemparkan.
  • Pemain yang sampai ke bahagian penamat dengan pantas menang.
 
Permainan Laman
 
Sepak Raga

  • Wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.
  • Cara bermain:
    Seorang pemain melambung bola rotan kepada rakannya dengan menggunakan tangan.
    Rakannya akan menimang bola dengan menggunakan kakinya beberapa kali sebelum menendang ke arah pemain lain.
    Secara bergilir-gilir rakan akan menimang dan mengawal bola supaya tidak jatuh ke tanah.
 
Chap Teh

  • Permainan tradisional masyarakat Cina. Masyarakat Melayu pula menyebutnya sebagai tating lawi. Kini, chap teh dimainkan oleh semua kaum.
  • Cara bermain:
    Pemain akan menating bola lawi yang diperbuat daripada tiga atau empat helai bulu ayam yang diikat pada kepingan getah atau kertas tebal.
  • Kemenangan dikira berdasarkan tatingan terbanyak.
 
Kabaddi

  • Permainan laman bagi masyarakat India.
  • Dimainkan oleh dua pasukan dengan tujuh orang pemain setiap pasukan.
  • Cara bermain: Satu pasukan akan menghantar penyerang kepada pasukan lawan bagi menyentuh pihak lawan.
    Pemain yang berjaya disentuh akan tersingkir lalu memberikan markah kepada pihak lawan.

Permainan Kawasan Lapang
 
Wau

  • Lazimnya dimainkan selepas musim menuai. Wau dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang memegang wau dan seorang lagi akan memegang tali.
  • Apabila angin bertiup, tali akan ditarik melawan arus angin secara menghulur dan menarik tali sehingga wau terbang tinggi.
 
Tibau

  • Dimainkan semasa Pesta Kaul oleh masyarakat Melanau, Sarawak.
  • Tibau dibina daripada dua batang kayu yang membentuk piramid dan beberapa batang kayu yang disusun bertingkat-tingkat.
  • Pada bahagian atas piramid terdapat untaian tali daripada rotan yang akan diayun seperti buaian.
  • Pemain akan bergilir-gilir melompat ke atas tibau sehingga tidak berayun lagi.
 
Sepak Manggis

  • Kerap dimainkan ketika majlis keramaian, terutama di Kota Belud, Sabah.
  • Bungkusan hadiah digantung pada tiang tinggi. Peserta akan cuba menendang bola raga pada hadiah tersebut.
  • Peserta yang berjaya menyepak bola sehingga terkena hadiah tersebut dianggap pemenang.
  • Hadiah berupa wang, makanan atau barangan yang menarik.
 
Gasing

  • Dua cara bermain gasing, iaitu gasing uri dan gasing pangkah.
  • Dalam permainan gasing, terdapat beberapa langkah, iaitu melilit gasing, memusing gasing, memangkah dan mengangkat gasing.
  • Pemainan ini menguji kemahiran pemain memusing gasing supaya berputar dalam jangka masa yang lama.