|
6.2 |
Ke Arah Menuntut Kemerdekaan |
|
|
1942-1945 (Pendudukan Jepun) |
- Pendudukan Jepun menyebabkan banyak kesengsaraan.
- Pemimpin tempatan bangkit menggerakkan perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan
|
|
|
1946-1948 (Malayan Union) |
- British memperkenalkan Malayan Union yang merupakan bentuk penjajahan baharu.
- Menghapuskan kuasa raja-raja Melayu.
- Orang Melayu yang dipimpin oleh Dato’ Onn bin Ja’afar bangkit menentang Malayan Union.
- Malayan Union digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.
|
|
|
1948 (Ancaman Komunis) |
- Parti Komunis Malaya (PKM) melakukan kezaliman seperti membunuh, memusnahkan lombong bijih timah dan ladang getah.
- Keganasan komunis mengakibatkan darurat diisytiharkan di seluruh negara pada tahun 1948.
- Rundingan Baling telah diadakan pada tahun 1955 tetapi gagal.
- Pada tahun 1960, darurat diisytiharkan tamat
|
|
|
1945-1951 (Kemunculan Parti-parti Politik) |
- Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada tahun 1945.
- United Malays National Organisation (UMNO) pada tahun 1946.
- Malayan Indian Congress (MIC) pada tahun 1946.
- Hizbul Muslimin pada tahun 1948.
- Malayan Chinese Association (MCA) pada tahun 1949.
- Parti Islam Se-Malaya (PAS) pada tahun 1951
|
|
|
1955 (Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan) |
- Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC ditubuhkan bagi menghadapi pilihan raya.
- Setiap parti politik mewakili setiap kaum, iaitu Melayu, Cina dan India. Parti Perikatan menang dalam pilihan raya ini.
- Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri.
- Parti Perikatan telah berunding dengan British untuk mendapatkan kemerdekaan
|
|
|
1956 (Rundingan London) |
- Wakil raja-raja Melayu dan wakil Parti Perikatan berangkat ke London.
- Tujuan mereka ke London adalah untuk berunding dengan British berkaitan dengan kemerdekaan.
|
|
|
1957 (Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu) |
Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 |
|
|
|
Rundingan Kemerdekaan
- Rombongan kemerdekaan berangkat ke London untuk berunding dengan pihak British yang diwakili Lord Alan Lennox-Boyd.
- Ahli rombongan:
- Empat wakil raja Melayu
- Empat wakil Parti Perikatan
- Hasil rundingan ini:
- Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu , atau dikenali sebagai
- Perjanjian London
- 31 Ogos 1957 ditetapkan sebagai tarikh kemerdekaan
|
|
Wakil Raja-raja Melayu:
- Dato’ Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz (Dato’ Panglima Bukit Gantang)
- Abdul Aziz Abdul Majid
- Dato’ Mohamad Seth Mohammad Said
- Dato’ Nik Ahmad Kamil Haji Mahmood
|
|
Wakil Parti Perikatan:
- Tunku Abdul Rahman
- Dato’ Abdul Razak Hussein
- Dr. Ismail Abdul Rahman
- Kolonel H.S. Lee
|
|
|
Pengumuman Kemerdekaan
- Rombongan kemerdekaan kembali ke Tanah Melayu pada 16 Februari 1956
- 20 Februari 1956, rombongan kemerdekaan tiba di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka dengan menaiki pesawat Malayan Airways
- Tunku Abdul Rahman mengumumkan bahawa persekutuan Tanah Melayu akan mencapai kemerdekaan dengan rasminya pada 31 Ogos 1957.
- Bendera Union Jack diturunkan pada 6.30 petang 30 Ogos 1957 di padang Banda Hilir, Melaka.
- Disaksikan Pesuruhjaya Tinggi British di Melaka, H.G. Hammett bersama rakyat jelata
- Melambangkan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu
|
|
|