Kesetian kepada Raja

1.5   Kepentingan Taat Setia Kepada Raja
 
Pengertian
 
  • Prinsip kedua Rukun Negara ialah Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

  • Walaupun prinsip pertama Rukun Negara berasaskan pengamalan serta penerapan kepercayaan terhadap Tuhan, tetapi prinsip kedua pula adalah berdasarkan kepatuhan yang berkekalan kepada raja dan negara.

  • Prinsip ini seharusnya disemai dalam diri setiap rakyat Malaysia supaya keamanan, keselamatan serta kedamaian negara kita sentiasa terpelihara.

  • Kesetiaan kepada raja amat penting demi mempertahankan warisan kesultanan di negeri-negeri Melayu sejak sebelum era kemerdekaan.

  • Pada masa yang sama, kita perlu mencurahkan taat setia kita terhadap negara demi mengelakkan keganasan serta keadaan yang tidak diingini  berlaku di Malaysia.

Penghargaan Terhadap Institusi Beraja
 
  • Malaysia adalah antara negara di dunia yang masih mengamalkan sistem pemerintahan Raja Perlembagaan.

  • Ia merupakan warisan sistem politik yang masih kekal sehingga ke hari ini.

  • Institusi raja perlu dikekalkan kerana:

Imej ini menunjukkan tiga buih ucapan yang mengandungi sebab-sebab mengapa institusi raja perlu dikekalkan. Buih ucapan pertama menyatakan bahawa institusi raja merupakan lambang kesetiaan kepada negara. Buih ucapan kedua menyatakan bahawa institusi raja berperanan menjaga kesucian agama Islam dan keistimewaan orang Melayu. Buih ucapan ketiga menyatakan bahawa institusi raja menjadi lambang perpaduan rakyat jelata dan simbolik penyatuan rakyat. Di tengah-tengah imej terdapat logo ‘Pandai’. Latar belakang imej berwarna putih dengan hiasan bintang berwarna merah.