Prinsip kedua Rukun Negara ialah Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
Walaupun prinsip pertama Rukun Negara berasaskan pengamalan serta penerapan kepercayaan terhadap Tuhan, tetapi prinsip kedua pula adalah berdasarkan kepatuhan yang berkekalan kepada raja dan negara.
Prinsip ini seharusnya disemai dalam diri setiap rakyat Malaysia supaya keamanan, keselamatan serta kedamaian negara kita sentiasa terpelihara.
Kesetiaan kepada raja amat penting demi mempertahankan warisan kesultanan di negeri-negeri Melayu sejak sebelum era kemerdekaan.
Pada masa yang sama, kita perlu mencurahkan taat setia kita terhadap negara demi mengelakkan keganasan serta keadaan yang tidak diingini berlaku di Malaysia.
Malaysia adalah antara negara di dunia yang masih mengamalkan sistem pemerintahan Raja Perlembagaan.
Ia merupakan warisan sistem politik yang masih kekal sehingga ke hari ini.
Institusi raja perlu dikekalkan kerana:
Treat yourself with rewards for your hard work