Galaksi Bima Sakti

 
Galaksi ialah suatu sistem yang merangkumi berjuta-juta bintang, gas, debu dan jirim lain. Galaksi boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan saiz. Terdapat beberapa jenis galaksi dalam alam semesta. Antara contoh galaksi ialah galaksi berpilin, galaksi elips dan galaksi tidak seragam.
 
Sumber: ms.wikipedia.org
 
11.1  Galaksi Bima Sakti
 
Galaksi Bima Sakti merupakan salah satu galaksi dalam alam semesta. Manusia dapat melihat galaksi Bumi Sakti yang besar di langit malam kerana sistem suria berada di dalam galaksi ini.
 

Bima Sakti

  • Jaluran bintang dinamakan sebagai Bima Sakti atau Milky Way kerana bentuknya yang seakan-akan tumpahan susu di langit malam
  • Galaksi Bima Sakti ialah sebuah galaksi pilin berpalang yang mempunyai dua lengan utama dan mempunyai pusat bintang yang cerah dan tebal
  • Pandangan sisi galaksi Bima Sakti kelihatan seperti sebuah cakera nipis yang membonjol di bahagian tengah
 
  • Galaksi Bima Sakti
 
  • Pandangan atas galaksi Bima Sakti
 
  • Pandangan sisi galaksi Bima Sakti
 

Saiz Sistem Suria di dalam galaksi Bima Sakti

  • Sistem Suria berada di pinggir satu daripada lengan berpilin galaksi Bima Sakti
  • Manusia hanya boleh melihat sebahagian daripada galaksi Bima Sakti dari Bumi kerana Bumi berada di pinggir galaksi ini
  • Saiz Sistem Suria sangat kecil berbanding dengan saiz galaksi Bima Sakti