Pembiakan Manusia

Manusia membiak untuk memastikan kemandirian spesiesnya supaya generasinya tidak pupus. Dalam bab ini pelajar akan mengetahui lebhh lanjut tentang pembiakan manusia dan sistem saraf manusia.
 
2.1  Pembiakan Manusia
 
Manusia membiak melalui proses pembiakan yang melibatkan sel-sel pembiakan yang dipanggil gamet daripada seorang lelaki dan seorang perempuan. Organ-organ pembiakan lelaki dan perempuan membentuk suatu sistem pembiakan.
 
Pembiakan
     
  Penghasilan individu baharu oleh organisma hidup  
 
Organ pembiakan perempuan
 
Organ Fungsi
Faraj
  • Saluran yang menerima sperma daripada zakar
Ovari
  • Menghasilkan sel pembiakan yang dikenali sebagai ovum atau telur
Tiub Fallopio
  • Tempat proses persenyawaaan berlaku antara sperma dengan ovum
  • Menghubungkan ovari dan uterus
Uterus
  • Tempat untuk embrio berkembang dan membesar
  • Dikenali sebagai rahim
 
Organ pembiakan lelaki
 
Organ Fungsi
Testis
  • Menghasilkan sperma
Zakar
  • Menyalurkan sperma keluar dari tubuh
 
Proses persenyawaan manusia hingga bayi dilahirkan

  • Sperma mula terhasil apabila seorang lelaki mencapai peringkat akil baligh
  • Ovari menghasilkan ovum apabila seorang perempua  mencapai peringkat akil baligh
  • Proses persenyawaan ialah proses percantuman antara sperma daripada lelaki dengan ovum daripada perempuan
  • Sperma dari testis lelaki dibebaskan ke dalam faraj perempuan menerusi zakar
  • Sperma berenang ke arah ovum
  • Hanya satu sperma yang akan bersenyawa dengan satu ovum
 
Kepentingan pembiakan kepada manusia

  • Menambahkan bilangan populasi
  • mengelakkan daripada kepupusan