Interaksi antara haiwan

Bab ini menerangkan tentang interaksi yang berlaku antara hidupan iaitu haiwan dan tumbuhan. Hidupan yang hidup dalam satu habitat yang sama saling berinteraksi antara satu sama lain untuk kemandirian hidup masing-masing. Ekosistem yang stabil terbentuk melalui interaksi antara hidupan ini dan dengan alam sekelilingnya.  
   
4.1  Interaksi antara haiwan
 
Haiwan-haiwan berinterkasi antara satu sama lain untuk mendapatkan keperluan asas bagi meneruskan kehidupan. Haiwan-haiwan ini adalah daripada spesies yang sama dan juga berlainan.  
   
  Definisi  
     
  Interaksi antara haiwan ialah bentuk hubungan yang berlaku secara intraspesies atau interspesies bagi memperoleh keperluan asas  
     
  Haiwan Hidup Berkumpulan  
     
Kelebihan Kekurangan
  • Dapat bekerjasama untuk membuat sarang dan mendapatkan makanan
  • Bekerjasama menjaga keselamatan dan mengawal kawasan
  • Bekerjasama melindungi anak daripada musuh atau pemangsa
  • Mudah dijangkiti wabak penyakit
  • Persaingan yang hebat berlaku untuk mendapatkan makanan dan pasangan
  • Haiwan yang lemah dalam kumpulan besar sukar untuk melarikan diri daripada pemangsa
 
Haiwan Hidup Bersendirian
     
Kelebihan Kekurangan
  • Mengelakkan persaingan untuk mendapatkan air, makanan, tempat tinggal dan pasangan
  • Mengelakkan persaingan memburu makanan sesama sendiri dan seterusnya dapat mengatasi masalah sumber makanan yang terhad
  • Mengambil masa yang lama untuk mendapatkan makanan
  • Sukar mempertahankan diri daripada musuh
 
Faktor Persaingan Haiwan Intraspesies dan Interspesies
     
Intraspesies Interspesies
  1. Makanan
  2. Air
  3. Kawasan
  4. Pasangan
  1. Makanan
  2. Air
  3. Kawasan
 
  • Simbiosis antara haiwan bermaksud hubungan antara dua haiwan berlainan spesies yang hidup bersama
 
Simbiosis
     
Jenis Simbiosis Penerangan
Mutualisme
  • Maksud: Interaksi yang membawa faedah kepada kedua-dua organisma
  • Contoh: Buaya dan burung, kerbau dan bangau, buran laut dan umang-umang
Komensalisme
  • Maksud: Interaksi yang memberi faedah kepada satu pihak sahaja tanpa menjejaskan pihak yang satu lagi
  • Contoh: Ikan remora dan jerung, ikan paus dan teritip
Parasitisme
  • Maksud: Interaksi yang memberi manfaat kepada satu pihak sahaja dan merugikan pihak yang lain
  • Contoh: Kucing dan kutu kucing, cacing pita