Sistem Saraf Manusia

2.2  Sistem Saraf Manusia
 
Sistem saraf manusia ialah satu sistem yang mengawal fungsi semua bahagian tubuh manusia. SIstem saraf memberitahu tubuh manusia cara bergerak balas apabila menerima rangsangan.
 

Fungsi sistem saraf manusia

  • Mengesan dan bergerak balas terhadap rangsangan yang berlaku di dalam atau di luar badan
  • Berkomunikasi dengan bahagian tubuh yang lain melalui penghantaran isyarat
 

Sistem saraf manusia terdiri daripada

  • Otak
  • Saraf tunjang
  • Rangkaian saraf di seluruh tubuh
 

Sistem saraf manusia terbahagi kepada dua jenis :

  • Sistem saraf pusat iaitu terdiri daripada otak dan saraf tunjang
  • Sistem saraf periferi iaitu terdiri daripada rangkaian saraf
 
Cara-cara menjaga sistem saraf
     
 
  • Makan makanan seimbang
 
 
  • Tidur yang cukup
 
 
  • Memakai alat pelindung tubuh
 
 
  • Menjalankan aktiviti harian dengan postur yang betul