Tuas

Mesin ialah alat yang digunakan untuk memudahkan kerja. Mesin ini bertindak sebagai alat yang menggunakan kuasa untuk menerapkan daya dan mengawal pergerakan bagi melakukan sesuatu tindakan. Terdapat pelbagai jenis mesin yang terdiri daripada mesin ringkas dan mesin kompleks.

10.1  Tuas
 
  • Tuas digunakan untuk mengangkat atau mengumpil sesuatu objek.
  • Tuas terdiri daripada tiga bahagian, iaitu:
  1. Beban iaitu berat sesuatu jasad
  2. Fulkrum iaitu suatu titik pada palang atau objek yang berfungsi sebagai pengimbang atau penyokong.
  3. Daya iaitu daya tolakan dan tarikan ke atas sesuatu objek yang memberikan kesan.
 
Aplikasi tuas

  1. Penutup tin bertindak sebagai beban.
  2. Hujung pemutar skru yang menyentuh penutup tin ialah fulkrum.
  3. Tangan yang menolak pemutar skru ke bawah pula bertindak sebagai daya

Hubung kait beban, fulkrum dan daya
  • Kedudukan fulkrum dari beban mempengaruhi daya yang diperlukan untuk mengangkat objek.
  • Untuk mengangkat beban yang berat, kita perlu:
  1. Meletakkan fulkrum paling dekat dengan beban
  2. Daya dikenakan sejauh mungkin dari fulkrum
  3. Gunakan kayu yang panjang, bukan kayu yang pendek. 

  • Semakin dekat jarak beban dari fulkrum, semakin sedikit daya yang diperlukan untuk mengangkat beban.
  • Semakin jauh jarak beban dari fulkrum, semakin banyak daya yang diperlukan untuk mengangkat beban. 