Latar Belakang Negara Bangsa Sebelum Kedatangan Barat

1.1 Latar Belakang Negara Bangsa Sebelum Kedatangan Barat
 
Pengenalan Kerajaan Alam Melayu
  • Kemunculan kerajaan Alam Melayu seperti kerajaan Funan, Champa, Kedah Tua, Gangga Nagara, Srivijaya, Angkor dan Majapahit telah membuktikan asas negara bangsa sudah bermula sebelum kedatangan Barat.
  • Proses pembentukan negara bangsa mengambil masa yang lama dan melalui tahap berdasarkan sesebuah kerajaan.
  • Kehebatan kerajaan Alam Melayu menunjukkan ciri negara bangsa berkembang dan diwarisi kerajaan Alam Melayu selepasnya.
 
Imej ini menunjukkan diagram alir yang menerangkan ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu. Diagram ini mengandungi empat kotak berwarna merah yang disusun dalam bentuk bulatan dan dihubungkan dengan anak panah. Kotak pertama di sebelah kiri atas bertulis
Ciri-ciri Negara Bangsa Kerajaan Alam Melayu
Raja
  • Tonggak utama kerajaan.
  • Para pembesar membantu memperkukuhkan kedudukan raja dengan sistem pentadbiran.
Undang-undang
  • Dicipta untuk memelihara keamanan dan melindungi rakyat.
  • Digunakan di seluruh wilayah pengaruh sebagai panduan dalam mentadbir kerajaan.
  • Contoh: Undang-undang Kutara Manawa diamalkan oleh kerajaan Majapahit.
Wilayah Pengaruh
  • Bermaksud terdapat tempat tinggal.
  • Rakyat menerima pemerintahan seorang raja.
Rakyat
  • Merujuk kepada penduduk yang tinggal di sesebuah wilayah.
  • Terikat kepada undang-undang.
  • Rakyat hendaklah taat kepada raja.
 
Kesimpulan
  • Kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang telah meneruskan ciri-ciri negara bangsa yang diasaskan oleh kerajaan Alam Melayu sebelumnya, iaitu kerajaan Funan dan Champa.
  • Kesinambungan ini memberikan asas yang kukuh untuk kerajaan Srivijaya berkembang dan muncul sebagai empayar yang terkenal.
  • Ciri-ciri negara bangsa membawa kesejahteraan kepada empayar Srivijaya dan diwarisi oleh Kesultanan Melayu Melaka.
  • Kesultanan Melayu Melaka menyerapkan ciri-ciri lain dalam memperkukuh negara bangsa kesultanan ini.
  • Kesultanan Johor-Riau pula meneruskan ciri-ciri ini dengan menekankan kepentingan Islam dalam usaha melaksanakan ciri-ciri negara bangsa.