Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Guest
Login
Register
Home
Quiz
Battle
Practice
Class
Classes List
Timetable
Assignments
Learn
Learning Hub
Quick Notes
Videos
Experiments
Textbooks
Login
Register
Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Learn
Quick Notes
List
Perkembangan nasionalisme di Asia tenggara
Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara
2.4

Pengenalan Nasionalisme di Asia Tenggara
Bermula daripada gerakan membebaskan diri daripada penjajahan kuasa Barat - berlaku di Filipina, Burma (Myanmar), Vietnam dan Indonesia.
Thailand - gerakan nasionalisme menuntut pembaharuan dalam pentadbiran untuk mengekalkan kedaulatan negara daripada ancaman imperialisme.
Nasionalisme di Filipina
Untuk menghapuskan penjajahan asing.
Jose Rizal, Andres Bonifacio (Bonifacio) dan Emilio Aguinaldo (Aguinaldo) - tokoh nasionalisme.
Andres Bonifacio
Menubuhkan Katipunan iaitu gerakan revolusioner untuk memperoleh kemerdekaan melalui revolusi.
Akhbar
Kalayan
: Sebar idea revolusi kepada rakyat Filipina.
Berkerjasama dengan Aguinaldo memimpin Katipunan lancarkan Revolusi Filipina pada 1896 untuk singkirkan pemerintahan Sepanyol namun usaha gagal.
Jose Rizal
Memimpin Gerakan Propaganda untuk menuntut Filipina dijadikan sebahagian wilayah Sepanyol dan mempunyai hak yang sama rata.
Menubuhkan Liga Sepanyol 1892 - mendesak Sepanyol lakukan perubahan politik, ekonomi dan sosial di Filipina.
Gerakan Propaganda gagal dan telah mencetuskan gerakan yang lebih radikal oleh Bonifacio.
Emilio Aguinaldo
Bekerjasama dengan Amerika Syarikat - berjaya mengusir Sepanyol.
Amerika Syarikat tidak iktiraf Pengisytiharan Kemerdekaan Filipina oleh Aguinaldo pada 1899 - Filipina jatuh bawah penguasaan Amerika Syarikat.
Golongan nasionalis mengubah strategi - menggunakan hubungan diplomasi melalui parti politik sederhana.
Sergio Osmena, pemimpin Parti Nasionalis dilantik menganggotai Dewan Perhimpunan Filipina tahun 1907 - gerakan diteruskan sehingga Perang Dunia Kedua.
Nasionalisme di Burma (Myanmar)
Perjuangan oleh
Golongan kelas menengah.
Sami Buddha (pongyi).
Thakin (siswazah universiti).
Menentang imperialisme dan pengaruh British yang mengancam agama Buddha.
Persatuan Belia Buddha
Persatuan Belia Buddha
Mengekalkan tradisi Buddha, pendidikan dan kebudayaan Burma.
Isu kasut digunakan - Orang British memakai kasut ketika memasuki kuil Buddha, dianggap mencemari kesucian agama Buddha.
Dinamakan Majlis Persatuan Am Kesatuan Burma selepas diambil alih oleh pemimpin yang lebih radikal (U Ba Pe) - Isu bangsa Burma diperjuangkan.
Isu Kasut
Perbuatan orang British yang memakai kasut semasa memasuki kuil Buddha.
Perbuatan ini dianggap rnencemari kesucian agama Buddha.
Revolusi Pelajar (1920)
Menuntut penubuhan universiti.
Golongan Sami Buddha
Menubuhkan Majlis Am Sangha Samagyi.
Mencetuskan pemberontakan Saya San (1930-1932).
Diketuai oleh Saya San (bekas pongyi).
Disokong oleh golongan petani yang terbeban dengan cukai.
Pengenalan Perlembagaan Burma 1935
Memisahkan Burma dan India.
Merangsangkan perjuangan berkerajaan sendiri.
Golongan Thakin (siswazah universiti)
Menubuhkan Parti Do Bama Asiayone (Kami Orang Burma) untuk menuntut kemerdekaan.
Pemimpin parti
Aung San
Kyaw Nein
U Nu
Mengguna gelaran "Thakin" yang bermaksud tuan - menegaskan agar orang Burma mesti bertuankan orang Burma.
Dr. Ba Maw memenangi pilihan raya 1937 - dilantik sebagai Perdana Menteri pertama.
Nasionalisme di Vietnam
Kemunculan nasionalisme akibat perubahan sosiopolitik dan sosioekonomi setelah kedatangan Perancis.
Gerakan nasionalisme oleh golongan bangsawan dan pegawai daripada golongan Mandarin.
Memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja.
Golongan Intelektual
Tingkatkan kesedaran politik dan gerakan anti-Perancis.
Melalui akhbar
Tribune Indige
dan
Cloche Felee.
Mengkritik penindasan Perancis dan menuntut hak rakyat Vietnam.
Selepas Perang Dunia Kedua
Gerakan revolusi dan mempunyai dua aliran ideologi iaitu nasionalisme dan komunisme.
Parti nasionalisme / Parti Nasionalis Veitnam - Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD)
Pimpinan Nguyen Thai Hoc
Berteraskan demokrasi, nasionalisme dan sosiolisme.
Lancarkan pemberontakan terhadap Perancis pada 1930
Perancis menangkap dan membunuh pemimpin VNQDD, Nguyen Thai Hoc.
Parti Komunis Vietnam (PKV)
Pimpinan Ho Chi Minh
Meneruskan gerakan revolusi menentang Perancis selepas kematian Nguyen Thai Hoc.
Berjaya mengisytiharkan kemerdekaan Republik Demokratik Vietnam di Hanoi, Vietnam Utara pada 1945.
Ho Chi Minh dilantik sebagai presiden pertama.
Vietnam selatan (Saigon) - jatuh bawah pengaruh Perancis dan Amerika Syarikat.
Gerakan nasionalisme berterusan sehingga Republik Vietnam dibentuk pada tahun 1976.
Nasionalisme di Indonesia
Berkisarkan isu pendidikan yang boleh mengubah nasib rakyat akibat dasar penjajah Belanda.
Raden Adjeng Kartini
Memimpin perjuangan untuk memajukan pendidikan kaum wanita.
Karyanya,
Hilang Gelap Terbitlah Terang
1911 telah dibukukan dan diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris,
Letters of a Javanese Princess
- mendedahkan diskriminasi Belanda menindas dan membawa kemunduran bangsa Indonesia.
Muhammadiyah
Gerakan yang lebih tersusun.
Mempertahankan agama Islam daripada sekularisme Barat.
Perjuangan Parti Politik Radikal
Sarekat Islam (SI)
Partai Komunis Indonesia (PKI)
Partai Nasionalis Indonesia (PNI) - Soekarno sebagai pemimpin.
Kongres Pemuda Indonesia
Melahirkan ikrar "Sumpah Pemuda".
Tiga asas dalam sumpah
Satu tanah air
Satu bangsa
Satu bahasa
Permuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia (PPPKI)
Diketuai oleh Soekarno.
Gabungan organisasi dan parti politik Indonesia.
Memperjuangkan kemerdekaan.
Nasionalisme di Thailand
Berbeza daripada gerakan nasionalisme di negara Asia Tenggara.
Bertujuan mempertahankan kedaulatan negara.
Menuntut penglibatan rakyat dalam pemerintahan.
Dipelopori Raja Thailand - usaha diplomasi dan pemodenan.
Strategi Pemodenan oleh Raja Mongkut
Membina hubungan baik dengan kuasa Barat seperti British, Amerika Syarikat dan Perancis.
Melaksanakan birokrasi Barat.
Membawa masuk 80 orang penasihat Barat.
Penasihat kewangan, pelabuhan dan polis dari Britain.
Penasihat kastam dari Amerika Syarikat.
Penasihat ketenteraan dari Perancis.
Guru dari British untuk melaksanakan pendidikan Barat.
Diteruskan oleh putera baginda, Raja Chulalongkorn - Thailand bebas daripada penjajah Barat.
Pemerintahan Raja Vajiravudh
Rakyat menentang pemerintahan kerana kelemahan pentadbiran dan penguasaan politik oleh kerabat raja.
Nai Pridi Phanomyong dan Field Marshal Phibulsongkram - tubuhkan Parti Rakyat dan lancarkan Revolusi Thai 1932.
Pemerintahan raja berkuasa mutlak ditamatkan akibat revolusi tersebut - Pemerintahan raja berperlembangaan diperkenalkan.
Kedudukan raja tertinggi tetapi Perdana Menteri menjalankan urusan pentadbiran.
Rakyat Menolak Penguasaan Ekonomi oleh Kapitalis Barat dan Orang Cina
Perdana Menteri, Phibulsongkram meluluskan undang-undang:
Menyekat penguasaan ekonomi orang Cina.
Menggalakkan peribumi terlibat dalam ekonomi.
Semasa Perang Dunia Kedua
Dasar bekerjasama dengan Jepun menyebabkan Thailand tidak dijajah oleh Jepun.
Memperoleh hak semula wilayah di Indochina dan negeri utara Tanah Melayu.
Kesimpulan
Nasionalisme di Asia Tenggara berkembang daripada kesedaran memperjuangkan hak bangsa dan mendapatkan kemerdekaan.
Namun begitu, nasionalisme di Thailand pula berbeza kerana lebih kepada usaha mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Sumbangan pemimpin dalam usaha mengekalkan kedaulatan negara sewajarnya diteladani untuk mengukuhkan peradaban bangsa dan negara.

Chapter : Kebangkitan Nasionalisme
Topic : Perkembangan nasionalisme di Asia tenggara
Form 4
Sejarah
View all notes for Sejarah Form 4
Related notes
Maksud Nasionalisme
Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat
Perkembangan Idea Nasionalisme di Asia
Perkembangan Nasionalisme
Kesedaran Nasionalisme di Negara Kita
Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme
Kesan Perkembangan Nasionalisme
Latar Belakang Negara Bangsa Sebelum Kedatangan Barat
Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka
Keunggulan Sistem Pentadbiran dan Undang-undang sebelum kedatangan Barat
Report this note
Online Tuition
Live class daily with celebrity tutors
Learn more
Register for a free Pandai account now
Edit content
×
Loading...
Quiz
Videos
Notes
Account