Prosedur Mengurus Sumber Teknologi Yang Diperlukan Dalam Operasi Sesebuah Perniagaan

2.4 Prosedur Mengurus Sumber Teknologi yang Diperlukan Dalam Operasi Sesebuah Perniagaan
 
Prosedur Mengurus Sumber Teknologi
  1. Pengurusan Paten:
    • Paten merupakan hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk suatu reka cipta, sama ada satu produk atau proses untuk menghasilkan sesuatu yang baharu.
    • Semua reka cipta yang ingin dipatenkan haruslah reka cipta yang belum dizahirkan oleh mana-mana perniagaan.
    • Pendaftaran paten penting kerana hak cipta perniagaan dapat dilindungi oleh undang-undang seperti Akta Paten 1983.
    • Pendaftaran paten boleh dilakukan melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia.
       
  2. Hak Cipta Terpelihara:
    • Hak cipta merupakan hak eksklusif yang diberikan kepada pencipta karya dalam tempoh tertentu.
    • Perlindungan hak cipta di Malaysia adalah berdasarkan Akta Hak Cipta 1987.
    • Hanya ekspresi idea yang direkodkan atau dijadikan bahan yang dizahirkan sahaja boleh diberikan perlindungan hak cipta.
    • Perlindungan hak cipta bertujuan untuk memastikan hasil karya tidak disalahgunakan untuk kepentingan pihak lain.
    • Antara karya-karya yang boleh diberikan perlindungan hak cipta ialah:
      • Karya sastera.
      • Karya muzik.
      • Filem.
      • Rakaman bunyi.
      • Siaran.
      • Karya terbitan.