Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Guest
Login
Register
Home
Quiz
Battle
Practice
Class
Classes List
Timetable
Assignments
Learn
Learning Hub
Quick Notes
Videos
Experiments
Textbooks
Login
Register
Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Learn
Quick Notes
List
Mengaplikasikan pengetahuan pengurusan sumber fizikal dan sumber teknologi dalam satu perniagaan yang mampan
Aplikasi Pengetahuan Pengurusan Sumber Fizikal dan Sumber Teknologi dalam Satu Perniagaan yang Mampan
2.5

PERODUA
1. Sumber fizikal PERODUA
Bangunan Dan Kemudahan
Peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kilang Dan Mesin
Produk Siap
Stok
2. Bangunan dan kemudahan
Sebagai sebuah syarikat yang besar, PERODUA telah mengambil langkah dengan mendirikan bangunan sendiri yang terletak di Rawang, Selangor bagi memudahkan urusan pentadbirannya.
PERODUA telah menyediakan makmal ujian penyelidikan dan pembangunan, trek ujian kenderaan dan pusat pembelajaran bagi tujuan meningkatkan mutu produk yang dihasilkan.
Selain itu, PERODUA juga telah menyewa ruang bangunan untuk dijadikan sebagai bilik pameran kereta-kereta yang dihasilkan di setiap cawangannya.
3. Peralatan teknologi maklumat dan komunikasi
Bagi mempercepatkan pengeluaran kereta sejajar dengan era globalisasi, PERODUA telah menggunakan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) seperti komputer, telefon pintar serta perisiannya dalam bangunan pejabat serta kilang dan bilik pameran.
Perisian yang ada memudahkan pekerja menjalankan proses kawalan mutu terhadap produk iaitu kereta yang telah siap pasang dan mengesan kecacatan.
Semua pekerja didedahkan dengan kemahiran menggunakan kemudahan ini untuk memudahkan pengurusan dan urus niaga dengan pelanggan.
4. Kilang dan mesin
Pengeluaran kereta memerlukan kawasan yang luas.
Kilang perodua telah dilengkapi dengan pelbagai mesin pemprosesan untuk menghasilkan kereta.
Mesin-mesin yang digunakan sentiasa diselenggara oleh jurutera dan juruteknik yang bertauliah secara berkala mengikut jadual bagi mengelakkan kerosakan mesin yang mungkin boleh menjejaskan pengeluaran.
5. Produk siap
Hasil daripada kaji selidik, PERODUA telah mengeluarkan pelbagai jenis kereta seperti Myvi, Alza, Axia dan Bezza bagi memenuhi pelbagai cita rasa pengguna.
PERODUA juga berusaha mendapat maklum balas daripada pelanggan tentang kekurangan produk mereka.
Maklumat tersebut akan dimaklumkan kepada pihak jurutera yang mencipta kereta bagi memperbaiki mutu dan kualiti produk.
6. Stok
Pihak pengurusan jualan PERODUA akan memastikan stoknya sentiasa sedia ada bagi memenuhi tempahan pelanggan.
Stok PERODUA seperti Myvi dan Bezza disimpan dalam gudang dan ada juga yang disimpan di pusat jualan dan pameran.
7. Sumber teknologi PERODUA
Harta intelek.
Kemahiran dan pengalaman.
8. Kemahiran dan pengalaman
PERODUA telah bekerjasama dengan syarikat Jepun seperti Daihatsu untuk meningkatkan kemahiran terkini dan pengalaman pekerja.

Chapter : Pengurusan sumber fizikal dan teknologi
Topic : Mengaplikasikan pengetahuan pengurusan sumber fizikal dan sumber teknologi dalam satu perniagaan yang mampan
Form 5
Perniagaan
View all notes for Perniagaan Form 5
Related notes
Tujuan Mengurus Sumber Fizikal Yang Diperlukan Dalam Operasi Sesebuah Perniagaan
Prosedur Mengurus Sumber Fizikal Yang Diperlukan Dalam Operasi Sesebuah Perniagaan
Tujuan Mengurus Sumber Teknologi Yang Diperlukan Dalam Operasi Sesebuah Perniagaan
Prosedur Mengurus Sumber Teknologi Yang Diperlukan Dalam Operasi Sesebuah Perniagaan
Membandingkan Kesan Pengurusan Sumber Fizikal dan Teknologi dalam Mempertingkatkan Kecekapan Sesebuah Organisasi Perniagaan
Rumusan Perkaitan antara Pengurusan Sumber Fizikal dengan Teknologi
Definisi Pengurusan Sumber Manusia
Peranan Pengurusan Sumber Manusia dalam Sesebuah Perniagaan
Aplikasi Pengurusan Sumber Manusia Dalam Pembangunan Perniagaan Yang Mampan
Aspek Pengelolaan Sumber Manusia Dalam Pembangunan Perniagaan
Report this note
Report Card
Evaluate your academic performance through detailed report
Learn more
Register for a free Pandai account now
Edit content
×
Loading...
Quiz
Videos
Notes
Account