Prosedur Mengurus Sumber Teknologi Yang Diperlukan Dalam Operasi Sesebuah Perniagaan

2.4 Prosedur Mengurus Sumber Teknologi yang Diperlukan Dalam Operasi Sesebuah Perniagaan
 
Imej ini menunjukkan prosedur mengurus sumber teknologi. Di tengah-tengah, terdapat tajuk 'Prosedur Mengurus Sumber Teknologi' dengan ikon kaca pembesar di atasnya. Di sebelah kiri, terdapat bahagian bertajuk 'Pengurusan Paten' yang menerangkan tentang hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk ciptaan baru, serta keperluan pendaftaran paten di Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Di sebelah kanan, terdapat bahagian bertajuk 'Hak Cipta Terpelihara' yang menerangkan tentang hak eksklusif yang diberikan kepada pencipta karya seni dan perlindungan hak cipta di Malaysia.
 
Prosedur Mengurus Sumber Teknologi
  1. Pengurusan Paten
    • Paten merupakan hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk suatu reka cipta, sama ada satu produk atau proses untuk menghasilkan sesuatu yang baharu.
    • Semua reka cipta yang ingin dipatenkan haruslah reka cipta yang belum dizahirkan oleh mana-mana perniagaan.
    • Pendaftaran paten penting kerana hak cipta perniagaan dapat dilindungi oleh undang-undang seperti Akta Paten 1983 4.
    • Pendaftaran paten boleh dilakukan melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia.
       
  2. Hak Cipta Terpelihara
    • Hak cipta merupakan hak eksklusif yang diberikan kepada pencipta karya dalam tempoh tertentu.
    • Perlindungan hak cipta di malaysia adalah berdasarkan akta hak cipta 1987.
    • Hanya ekspresi idea yang direkodkan atau dijadikan bahan yang dizahirkan sahaja boleh diberikan perlindungan hak cipta.
    • Perlindungan hak cipta bertujuan untuk memastikan hasil karya tidak disalahgunakan untuk kepentingan pihak lain.
    • Antara karya-karya yang boleh diberikan perlindungan hak cipta ialah:
      • Karya sastera.
      • Karya muzik.
      • Filem.
      • Rakaman bunyi.
      • Siaran.
      • Karya terbitan.