23: Solat Mercu Kejayaan

23 Solat Mercu Kejayaan
 
Maksud Solat
  • Solat ialah tiang agama yang menjadi penghubung antara hamba dengan penciptanya.
  • Solat merupakan ibadat yang paling awal disyariatkan dan amalan yang mula-mula akan dihitung pada hari akhirat.
  • Maksud solat dari segi:
    • Bahasa: Do'a.
    • Istilah: Perbuatan dan perkataan tertentu yang dimulai dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam.
 
Kefardhuan Solat
  • Solat mula difardhukan pada malam israk dan mikraj, iaitu dua tahun sebelum Hijrah.
  • Ibadat ini merupakan tuntutan fardhu ain kepada setiap mukallaf berdasarkan firman Allah SWT:

(٤٣) وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱرْكَعُوا۟ مَعَ ٱلرَّٰكِعِينَ

Maksud: Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, dan rukuklah (berjemaah) bersama-sama dengan orang-orang yang rukuk (solat). (Surah Al-Baqarah, ayat 43)

Syarat Wajib Solat
  • Islam.
  • Baligh.
  • Berakal.
  • Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan.
 
Perkara yang Membatalkan Solat
  • Berhadas sebelum salam yang pertama.
  • Bercakap dengan sengaja walaupun sedikit.
  • Meninggalkan satu daripada rukun solat.
  • Hilang ingatan kerana gila, pitam atau mabuk.
  • Terkena najis pada pakaian, badan atau tempat solat.
  • Pergerakan anggota besar seperti kepala, badan, tangan dan kaki sebanyak tiga kali berturut-turut.
  • Berdehem, ketawa, menangis kuat, mengerang kesakitan atau menghembus dengan mulut atau hidung jika zahir dua huruf atau satu huruf yang dapat difahami.
  • Makan atau minum.
  • Murtad.
  • Berpaling dada daripada arah kiblat.
  • Terbuka aurat dengan sengaja.
  • Berniat untuk memberhentikan solat atau berubah niat.
 
Rukun Solat
  1. Niat.
  2. Berdiri bagi yang mampu.
  3. Takbiratul ihram.
  4. Membaca surah Al-Fatihah.
  5. Rukuk serta tomakninah.
  6. I’tidal serta tomakninah.
  7. Sujud serta tomakninah.
  8. Duduk antara dua sujud serta tomakninah.
  9. Duduk ketika membaca tahiyat akhir.
  10. Membaca tahiyat akhir.
  11. Berselawat kepada Nabi S.A.W dalam tahiyat akhir.
  12. Memberi salam yang pertama.
  13. Tertib.
 
Sunat dalam Solat
Sunat Haiat
  • Mengangkat tangan ketika takbiratul ihram, rukuk, iktidal dan bangun dari tahiyat awal.
  • Meletakkan tangan kanan di atas belakang tangan kiri ketika berdiri.
  • Melihat tempat sujud.
  • Membaca doa iftitah.
  • Membaca isti’azah sebelum membaca surah Al-Fatihah.
  • Menyebut amin selepas membaca surah Al-Fatihah.
  • Membaca secara kuat (jahar) dan secara perlahan (sir) pada tempat-tempat tertentu.
  • Melafazkan takbir ketika berpindah dari satu rukun ke satu rukun yang lain.
  • Membaca mana-mana ayat al-Quran.
  • Membaca tasbih ketika rukuk dan sujud.
  • Meletakkan kedua-dua tangan di atas peha ketika duduk tahiyat awal dan akhir.
  • Duduk tawaruk ketika tahiyat akhir dan duduk iftirash pada tempat selainnya.
  • Membaca selawat Ibrahimiah.
  • Berpaling ke kanan ketika memberi salam pertama.
  • Memberi salam kedua.
Sunat Ab'ad
  • Duduk tahiyat awal.
  • Membaca tahiyat awal.
  • Selawat kepada Nabi Muhammad SAW selepas tahiyat awal.
  • Selawat kepada keluarga Nabi Muhammad SAW selepas tahiyat akhir.
  • Membaca doa qunut pada waktu Subuh.
  • Berdiri ketika membaca doa qunut.
  • Selawat kepada nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda ketika membaca doa qunut.
 
Akibat Meninggalkan Solat
  • Orang yang meninggalkan solat berdosa besar.
  • Menjadi penghuni neraka.
  • Boleh menjadi kafir jika menolak kefardhuan solat.
 
Hikmah Solat
  • Memperoleh pahala dan meningkatkan darjat.
  • Mencegah perbuatan keji dan mungkar.
  • Membentuk disiplin diri dan akhlak mulia.
  • Memberikan kebahagiaan hidup dan ketenangan jiwa.
  • Hidup selamat, diberkati dan dikasihi Allah SWT.
  • Melahirkan masyarakat yang harmoni.
  • Penawar stress dan tekanan jiwa.
 
Kelebihan Solat dari Sudut Sains

Ketika berdiri, takbiratul ihram dan qiam.

  • Boleh meluruskan tulang belakang.
  • Membesarkan rongga dada dan menjadi satu latihan pernafasan.
  • Melancarkan pergerakan sendi serta dapat mengelakkan penyakit artritis.
Ketika rukuk, i'tidal dan tomakninah.
  • Mengelakkan risiko penyakit tulang belakang.
  • Terapi untuk merawat dan mengurangkan sakit pinggang.
  • Memberikan ketenangan dan meningkatkan kewaspadaan.

Ketika sujud (sesuai dengan tarikan graviti).

  • Meningkatkan pengaliran darah dan oksigen ke otak.
  • Kadar denyutan jantung dan tekanan darah lebih rendah dan baik.
  • Paru-paru dapat berkembang dengan baik dan dapat mengelakkan tuberculosis.
  • Meningkatkan penumpuan dan daya ingatan sehingga otak menjadi lebih cerdas.
  • Proses peredaran darah menjadi lancar dan sempurna.

Membengkokkan jari ketika sujud, duudk iftiras dan duduk tawaruk.

  • Meningkatkan kadar pembakaran lemak dalam badan.
  • Melancarkan pengaliran darah ke jantung.
  • Merendahkan risiko penyakit jantung.
 
Khusyuk dalam Solat dan Kepentingannya
Bahasa Istilah
Senyap, tunduk dan merendah diri Menumpukan hati di hadapan Allah dengan menetapkan anggota, memahami serta menghayati setiap perkataan dan perbuatan yang dilakukan dari awal hingga akhir solat.
 
Kepentingan Khusyuk dalam Solat
  • Membentuk daya fokus terhadap tujuan hidup.
  • Penghalang daripada melakukan kemungkaran.
  • Dapat merasai nikmat menunaikan solat.
  • Dapat merasai kemanisan iman.
  • Memberikan kekuatan rohani.
  • Mendapat pengampunan Allah SWT.
  • Jaminan solat diterima Allah SWT.
  • Dapat mencapai kejayaan dan kebahagiaan.
 
Penghalang Khusyuk dalam Solat
  • Banyak melakukan dosa dan maksiat.
  • Makanan, minuman dan pakaian daripada sumber yang haram.
  • Banyak memikirkan perkara keduniaan.
  • Solat dalam keadaan tergesa-gesa.
  • Tidak memahami maksud bacaan dalam solat.
  • Tidak menjaga adab ketika berwuduk.
  • Solat pada waktu makanan terhidang, ketika lapar atau mengantuk.
 
Cara Mendapatkan Khusyuk dalam Solat
Sebelum solat
  • Menunaikan solat pada awal waktu.
  • Menyempurnakan wuduk dengan menjaga sunat dan adab-adabnya.
  • Mendahulukan solat sunat rawatib.
  • Menjauhkan tempat solat daripada segala gangguan.
Peranan anggota ketika solat

  • Mata melihat tempat sujud ketika berdiri.
  • Tidak berpaling, menjeling atau melakukan pergerakan yang bukandaripada perbuatan solat.
Peranan fikiran ketika solat
  • Memahami dan menghayati maksud bacaan dalam solat.
  • Tidak memikirkan hal-hal keduniaan.

Peranan hati ketika solat

  • Yakin bahawa Allah SWT mengetahui perlakuan kita.
  • Merasakan seolah-olah kita melihat Allah SWT atau Allah SWT melihat kita.
  • Menghadirkan rasa gerun terhadap kehebatan Allah SWT.
  • Menganggap solat yang ditunaikan sebagai solat yang terakhir.