19: Suci daripada Najis

19 Suci daripada Najis
 
Maksud Najis
  • Dari segi bahasa: Semua benda yang kotor.
  • Dari segi istilah: Benda kotor yang menyebabkan solat tidak sah.
 
Jenis-Jenis Najis
Mukhaffafah
Najis ringan, iaitu air kencing kanak-kanak lelaki berumur kurang dua tahun yang hanya minum susu ibu.
Mutawasssitah
Najis pertengahan, seperti darah, muntah, nanah, tahi, air kencing dan bangkai.
Mughallazah
Najis berat, iaitu anjing, khinzir, atau kacukan kedua-duanya serta segala yang ada kaitan dengannya seperti tahi, darah, kulit, daging, bulu dan lain-lain.
 
Cara-Cara Menyucikan Najis
Mukhaffafah
  1. Buang najis.
  2. Renjis air pada tempat terkena najis.
Mutawasssitah
  1. Buang najis.
  2. Basuh tempat yang terkena najis dengan mengalirkan air.
  3. Pastikan hilang dan suci daripada warna, rasa dan bau.
Mughallazah
  1. Buang najis.
  2. Sediakan satu bekas air tanah dan satu bekas air mutlak.
  3. Basuh tempat yang terkena najis dengan satu kali basuhan air tanah.
  4. Basuh tempat yang terkena najis dengan enam kali basuhan air mutlak.
  5. Pastikan hilang dan suci daripada warna, rasa dan bau.
 
Cara Menyucikan/ Menyamak Kulit Binatang
  1. Sediakan bahan yang bersifat menghakis untuk menyamak, seperti: manjakani, daun akasia, kulit delima, tawas, tahi merpati, bahan kimia.
  2. Buang lendir, lemak dan darah yang melekat pada kulit tersebut.
  3. Gosok kulit dengan bahan yang disediakan (samak).
  4. Bilas kulit dengan air mutlak.
  5. Jemur kulit hingga kering.