20: Istinjak Suatu Tuntutan

20 Istinjak Suatu Tuntutan
 
Maksud Istinjak

Bahasa: Selamat daripada penyakit

Istilah: Perbuatan menghilangkan najis yang keluar dari qubul ataupun dubur

Hukum Beristinjak

Wajib

Dalil Naqli

وَاللّٰهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِيْنَ

التوبة: (9)

Dan Allah menyukai orang-orang yang bersih

(At-Taubah:9)

Alat-Alat Istinjak
Air mutlak Benda-benda kesat seperti tisu, batu, kertas, kulit kayu, kain dan daun kering
 
Gambar ini menunjukkan kepentingan beristinjak. Terdapat enam poin yang disenaraikan: 1. Mendapat pahala. 2. Ibadah sah dan dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna. 3. Dikasihi Allah dan rasulNya. 4. Terhindar daripada jangkitan penyakit. 5. Badan menjadi sihat dan cergas. 6. Memberikan keselesaan kepada diri dan orang lain. Di tengah-tengah gambar, terdapat ilustrasi batu dan tisu tandas. Di bahagian bawah, terdapat logo ‘Pandai’.
 
Cara Beristinjak
Guna Batu dan Air (Paling Afdhal)
Bersihkan tempat keluar najis dengan tiga biji batu atau sebiji batu yang mempunyai tiga permukaan, kemudian basuh dengan air mutlak sehingga diyakini bersih
Guna Air
Basuh tempat keluar najis dengan air mutlak sehingga diyakini bersih
Guna Batu atau Benda Kesat
Bersihkan tempat keluar najis dengan tiga biji batu atau sebiji batu yang mempunyai tiga permukaan atau benda-benda kesat sehingga diyakini bersih
 
Adab-Adab Qadha Hajat
Tidak membawa masuk ke tandas sesuatu yang dimuliakan seperti ayat Al-Quran atau nama-nama Allah SWT

Membaca doa sebelum masuk ke tandas

“اللَّهُمَّ إِنّي أَعُوذُبِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ”

(Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindunganMu daripada gangguan syaitan jantan dan syaitan betina)

Memakai selipar dan menutup kepala
Melangkah masuk ke dalam tandas dengan kaki kiri
Menjaga aurat hingga sampai ke tempat membuang air, mencangkung dan berhati-hati dengan percikan najis
Tidak menghadap kiblat (bagi tempat tidak berdinding)

Tidak melakukan perkara yang dilarang ketika membuang air, seperti: bercakap semasa membuang air, memegang qubul atau dubur dengan tangan kanan

Tidak membuang air ditempat yang dilarang seperti: laluan orang ramai, tempat berteduh, dalam lubang tanah atau dalam air tenang seperti tasik atau kolam renang

Beristinjak sekurang-kurangnya sekali dan sunat ditambah menjadi dua atau tiga kali
Membersihkan tandas agar dapat digunakan oleh orang lain

Melangkah keluar dengan kaki kanan dan membaca doa 

“غُفْرَانَكَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذي أَذْهَبَ عَنِّي الأَذَى
وَعَافَانِي”

(Dengan mengharapkan keampunanMu, segala puji bagi Allah SWT yang telah menghilangkan penyakit daripada badan dan menyihatkanku)